Thursday, May 26, 2011

Pakatan Haprak Cakap Tak Serupa Bikin, Air Paip Pun Nak Dicurinya.



Semasa Horas! meronda-ronda difacebook kawan-kawan tadi, secara tak sengaja terjumpa pula dengan banner lama berkenaan satu ceramah Pakatan Haprak berkaitan isu air di Hulu Langat. Puak-puak Pakatan Haprak memang cukup gemar dengan isu air. 

Tak cukup dengan ceramah, mereka pasang pula 'billboard' bersaiz bapak punya besar diseluruh negeri Selangor. Yang untung tukang lulus projek dan tauke-tauke 'billboard' jugak.

Apa yang Horas! ingin dedahkan kali ini ialah tentang perangai cakap tidak serupa bikin Pakatan Haprak dan ianya ada kaitan dengan banner diatas. Mereka berceramah kehulu kehilir dan kata air adalah hak rakyat, tapi sebenarnya...dalam masa yang sama mereka curi apa yang mereka sendiri kata sebagai hak rakyat itu.

Gambar dibawah...yang membuktikan bahawa pejabat Urusetia PKR DUN Dusun Tua terlibat dalam perbuatan mencuri air dikirimkan kepada Horas! melalui email pada awal febuari tahun ini. Menurut sipengirim didalam emailnya, dia adalah seorang yang kuat menyokong dan bekerja untuk Pakatan Haprak. Namun apabila melihat perangai busuk dan cakap tak serupa bikin Pakatan Haprak kini hatinya jadi tawar untuk terus memberikan sokongan.

Tapi Horas! tidak sempat untuk memasukkan gambar-gambar tersebut didalam blog ini kerana tidak lama kemudian sambungan paip air secara haram itu telah dibuka semula. Mungkin kerana pengurusan pejabat berkenaan telah mendapat tahu ada dikalangan orang-orang mereka sendiri telah bertindak mendedahkan perangai buruk dan busuk PKR. 

Akhirnya gambar tersebut tersimpan begitu sahaja didalam komputer dan Horas! sendiri sudah hampir terlupa mengenainya.

Tapi apabila ternampak banner lama ceramah Pakatan Haprak tersebut...serta merta Horas! teringat kembali tentang gambar yang telah diemailkan kepada Horas! dulu. Terbukti gambar itu amat berguna dan tidak sia-sia Horas!  terus menyimpannya.

Gambar 1


Inilah sambungan paip haram yang dilakukan oleh puak-puak Pakatan Haprak untuk mencuri air bagi kegunaan pejabat mereka. Nampak banner dibelakang paip? Merakyatkan Ekonomi Selangor. Agaknya beginilah caranya puak Pakatan Haprak merakyatkan ekonomi negeri yang mereka tadbir. Dengan mencuri apa yang mereka war-warkan sebagai hak mutlak rakyat? 

Gambar 2


Gambar kedua ini dirakam dalam jarak yang lebih jauh sedikit daripada gambar pertama. Nampak apa yang tertulis dibanner yang lagi satu? Kempen Tanda Tangan Selamatkan Selangor. Nak selamatkan daripada siapa wahai Pakatan Haprak? Selamatkan daripada pencuri dan penyamun macam puak-puak kamu? 

Gambar 3


Inilah pejabat urusetia Parti Readilan Rakyat DUN Dusun Tua. Hanya lebih kurang 3 kilometer sahaja jaraknya dari tempat mereka berceramah seperti dalam gambar banner diawal posting ini. Bulatan merah adalah kedudukan paip air yang mereka sambung secara haram. Agar tiada mata yang melihat, mereka gunakan guni lama untuk menutupnya.

Bukankah ini hipokrit dan cakap tidak serupa bikin namanya. Disuatu tempat mereka berceramah tentang hak air rakyat, tapi ditempat lain pula...mereka curi apa yang mereka katakan sebagai hak rakyat itu. 

Mustahil lebai-lebai PAS yang selalu berkunjung dan melepak dipejabat usrusetia berkenaan tidak tahu  perbuatan mencuri air yang dilakukan rakan-rakan mereka dari PKR. Tapi biasalah PAS...kalau kena pada Pakatan Haprak semuanya jadi halal, kalau kena pada UMNO semuanya jadi haram.

pssstttt...mungkin kerana takut kantoi, kini pejabat urusetia Parti Kencing Rakyat berkenaan sudah pun memasang meter air secara sah. Baguslah..sekurang-kurangnya sekarang tak adalah minum dan mengambil wudhu' dengan air yang dicuri lagi.



2 comments:

Anonymous said...

kalo yg taraf pencacai berani mencuri air...cuba bayangkan apa pulak yg dirompak oleh pemimpin2 PR yg ada pangkat kat atas tu. Jahanammmmm weiiii!

Anonymous said...

Mmg patut ler digelar Pakatan Haprak. Air paip pn nk dicurinya. Lps tu minum smpai jadi darah daging.

Bila kantoi curi pasir kat S'ngor x ngaku pulak tu. Tapi klu air paip pn blh curi...pasir apatah lagi. Buat duit haram..Masyukkkk.