DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya malam tadi mencadangkan agar negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Haprak agar tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU13 diadakan tahun ini. Alasannya agar DAP, PAS dan PKR dapat menumpukan perhatian bagi memenangi dan menguasai semula negeri Perak.
Mengapa takut nak bubarkan DUN kalau betul sokongan rakyat tengah mencanak-canak pada Pakatan Haprak?
Selama ni cakap bukan main besar dan berdegar-degar. Berkokok kehulu kehilir mengatakan sokongan rakyat semakin meningkatlah...rakyat setia bersama pakatanlah...rakyat semakin menolak BN, yakin dapat tawan Putrajaya dan entah apa-apa lagi. Tapi sekarang dah lain pulak ceritanya. Dasar lidah bercabang macam biawak dan kuat menipu Pakatan Haprak ni.
Sebenarnya Pakatan Haprak tahu yang rakyat semakin menyampah, meluat dan tidak lagi boleh menerima mereka. Rakyat bukan buta untuk tidak dapat melihat betapa hancur dan lintang pukangnya negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haprak.
Pakatan Haprak juga tahu yang mereka akan kalah teruk kalau PRU13 diadakan tahun ini. Memandangkan jika mengikut perlembagaan mereka akan terus berkuasa sehingga awal tahun 2013, jadi saki baki masa yang ada itu akan mereka gunakan untuk membalun dan merembat secukup-cukupnya hasil negeri-negeri mereka tadbir.
Bagaimana caranya? Cukup mudah...jangan bubarkan DUN masing-masing seperti yang disarankan oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya.
No comments:
Post a Comment