Tuesday, July 26, 2011

Dialog SPR & Ambiga: Demonstrasi Dibenarkan Dalam Demokrasi Kata Saifuddin Abdullah.



Itulah yang dikatakan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang hadir dan diberi kesempatan bercakap dalam dialog diantara SPR dan Ambiga yang dianjurkan oleh Karangkraf dan Sinar Harian.

Sessi dialog berkenaan sedang berlangsung kini.

Semua jenis demonstrasi memang patut dibenarkan ke Datuk? Demonstrasi yang boleh mengancam keselamatan negara...yang dibuat atas kepentingan parti-parti politik tertentu patut dibenarkan jugakah?

Kata Datuk Saifuddin lagi, BERSIH bukan organisasi, tapi bersih adalah program. Letakkan kepentingan nasional ditempat pertama...bukan parti tambahnya lagi

Beliau juga turut mengatakan yang dirinya amat memahami perasaan hadirin yang hadir dan mengajukan soalan kepada ahli panel.

Horas! lihat yang teruk menjawab soalan hadirin adalah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau diasak dengan soalan yang bertalu-talu. 

Seolah-olah majoriti penonton yang hadir dalam sessi dialog berkenaan adalah penyokong-penyokong BERSIH.

Para pembaca sekalian nilai dan tafsirkanlah sendiri apa maksud yang terkandung didalam kata-kata Datuk Saifuddin tu.



2 comments:

Anonymous said...

Ada sebab kenapa orang Melayu boleh cipta perumpamaan-perumpamaan seperti "gunting dalam lipatan" dan "api dalam sekam". Saifuddin ni adalah salah satu sebab itu.

Double Y said...

Blog tuan sudah dipautkan di laman blog saya tuan.. terima kasih...

http://yuseriyusoff.blogspot.com