Friday, July 15, 2011

Dr Lo' Lo' Kini Sedang Tenat Di Hospital



Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' kini dilaporkan sedang tenat akibat penyakit kanser paru-paru tahap 4 yang dihidapinya. Beliau  dirawat di tingkat 10A, katil 26 Hospital Selayang.

Walaupun Nik Aziz suka mendoakan agar musuh politiknya pecah perut, namun sebagai sesama Islam dan tidak nyanyok seperti Nik Aziz, marilah kita sama-sama mendokan agar Dr Lo' Lo' sembuh. 

Kepada pemimpin dan YB-YB UMNO, jika ditakdirkan usia Dr Lo' Lo' tidak panjang, janganlah itu dijadikan mainan dan bahan sendaan dengan mencipta pantun-pantun merapu seperti yang pernah dilakukan oleh Mahfuz Omar @ Mr Bean diatas kematian allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau. Baca disini.

Jika ada kesalahan Dr Lo' Lo' pada kita semua, marilah dengan lapang hati kita memaafkannya.



10 comments:

HHalem said...

Hidup orang Semenyih:-)

Anonymous said...

Semoga beliau cepat bertaubat kerana menyokong parti kafir PAS.

Haja Craft said...

semoga beliau sembuh....

Anonymous said...

Innalillah wainnailahhirojiunn​nnnn...

Anonymous said...

salam tuan..betul ke dia tenat tuan?kalo doakan dia x sembuh kita pun x untung apa kalo doakan dia sembuh pun kita x untung apa tp mgkin allah taala suka..ni je yg penting dlm idup tuan iaitu yg allah suka,bukan yg kita suka kerana yg allah suka itulah br boleh d pggil "agama"..(antara mengambil keputusan dgn berkumpul n buat bising tunjuk perasaan marah2 atau ambik kputusan serahkan saja pada allah taala yg maha kuat n mtk keampunan,hidayah utk sesama muslim yg mana 1 agak2 allah suka?yg allah suka itulah "agama"..yg kita suka xkan kita berani ckp itu "agama"??)..salam tuan..walahuaklam..saya sokaong seratus peratus saranan mulia tuan 2..

Anonymous said...

menyemak jer orang tua tu... siapa dia tu?? aku bukan cakap lolo ek, tp yg seekor lg tu...

Horas! Hulu Langat said...

anon 11.43,

Tak salah & tak rugi kalau kita mendoakan yang baik-baik untuk saudara sesama Islam. Jangan diikut perangai Nik Aziz...suka mendoakan yang tak elok untuk orang lain. Tapi setakat ni doa dia tak pernah makbul pun. Orang yang didoakan tu tetap sihat wal afiat...mulut dia yang akhirnya menyembur darah.

Anon 11.59,

Siapa tu? Tok Gundu...Mr Bean?

krakatau said...

kenapa agaknya pemuka pemuka Pas ni yang pecah perut terlebih dulu?

ISAC said...

Gua caya sama lulah bro...

Tapi dah tahap empat, kalau ikut logik akal... Susah nak baik.

Bukan dia baru buat coronory by pass ke?

Semoga beliau sempat bertaubat dan mintak maaf kepada sesiapa sahaja terutama musuh2 politik beliau.

Yelah orang politik... Kalau X mengata orang X menang...

Mudah2an kita dapat mengamalkan gaya politik yang lebih sihat...

PAS BANGANG said...

elok le mati ... ada pun buat menyalah guna agama...