Friday, July 22, 2011

Mat Sabu Pusing Cerita, Kata Kena Sondol Dengan Waja Pulak.




Semakin dekat dengan bulan Ramadan, semakin kuat pulak Mat Sabu menipu. Ingatkan dia sudah jadikan pengajaran bila satu Malaysia dah tahu dia seorang penipu besar

Rupanya tidak. Mat Sabu tetap Mat Sabu dan mungkin dia sudah ditakdirkan akan terus menipu dan membohong sampai mati.

Bayangkan, kalau dulu dia cakap dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda polis, tapi hari ini tiba-tiba pula dia boleh cakap bukan kenderaan pacuan 4 roda itu yang melanggarnya, tapi Proton Waja yang berada dibelakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Horas! petik apa yang dilaporkan oleh keadilandily hari ini.
Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu. 
“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,” 
“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau. 
Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu. 
MasyaAllah, apa sudah jadi? Sebaik sahaja dia dibuktikan menipu oleh polis semalam, hari ni dia boleh pusing dan buat cerita  lain pulak. 

Nampaknya, Timbalan Presiden PAS yang sudah kantoi menipu ini terpaksa pula membuat penipuan yang kedua bagi menutup penipuan pertamanya berkaitan dirempuh kenderaan polis tempoh hari.

Percayalah, bila dia dah kantoi untuk penipuannya yang kedua, dia akan buat pula penipuan ketiga...dan begitulah seterusnya. Dia akan terus menipu, menipu dan menipu.

Kasihan pencacai PAS dapat Timbalan Presiden yang perangai lidah bercabangnya tidak pernah dimiliki oleh Timbalan-timbalan Presiden PAS sebelum ini.



14 comments:

Anonymous said...

Kan saya dah kata, pembohongan pertama menjadi bapa pada semua pembohongan yang akan datang..."the first lie is the father of all lies". Kantoi Mat Sabu.

Anonymous said...

Bohong bagi Mat Sabu ni macam makan nasi lauk budu..habis epinggan tambah lagi

Anonymous said...

Next - proton wira...

Anonymous said...

video tak leh pakai...DSAI cakap...
Kena ada 4 saksi....
Selamat Mat Sabun

Anonymous said...

Oiiii bodoh...polis yg menipu sebenarnya. Dalam keadaan cemas cam gitu mana Mat Sabu boleh ingat apa yang sebenarnya berlaku.

Bila polis dah keluarkan video dengan izin Allah beliau ingat kembali apa yang berlaku. Mat Sabu tak kan menipu la.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

udah laa... dulu pun polis cakap anwar yg cederakan diri sendiri last-last manusia yg tertinggi dlam pasukan polis yg pukul anwar tu siap pukul dlam keadaan tangan berikat lagi punya baculnya polis malaysia... bila pencen seluruh badan sakit-sakit sebab darah dan danging penuh hasil rasuah.........


biasa la tu... senjata makan tuan...

cuma tuannya aje yg x serik2... pakai jugak senjata yg sama walaupun senjata dah banyak kali makan tuan...

nak kata b0d0h x sampai hati, tapi camtu la nampak gayanya...

Anonymous said...

org cite psl mat syabu lu cite psl polis zaman dulu.nmpk sgt x dpt nk cover line.lari tajuk la lu..

Horas! Hulu Langat said...

Anon 3.57 dan Anon 4.05
Mengapa bengap sangat ni. Dah terang-terang Mat Sabu menipu pun masih nak cover line lagi? Najis apa yang kamu berdua dah makan sampai buta tak boleh nampak penipuan dia?

Tapi pencacai PAS biasalah. Kalau Mat Sabu kata tahi dia seharum kasturi pun diaorang pakat percaya. Bengong...

AnaQarbana said...

Tak palah...Mat Sabu memang betul dan benar...yang salah..Polis...yang zalim Polis....bila kes ini di bawa ke mahkamah...Polis di dapati salah...apa hukumannya yang perlu dikenakan kepada PDRM....
apakah yang arif akan menghukum PDRM penjara selama 30 tahun...sia[pa PDRM tu...ataupun halim akan membuat keputusan, bubar PDRM dan hakim akan berkata...malaysia tidak perlu polis...tanpa Polis rakyat hidup aman dan damai...tiada jenayah...tida dadah dan tiada demonstrasi haram.....hakim dan mahkamah serta loyar juga mungkin di mansuhkan.....mana-mana parti politik yang memerintah dapat mengurangkan wang rakyat dan kerajaan boleh berikan sabsidi kepada rakyat supaya tidak berlaku "BN"......"Barang Naik"..sapa setuju.....saupaya kita ramai-aramai desak kerajaan bubarkan PDRM dan Malaysia tidak perlu Polis dan mana-mana agensi penguatkuasa undang-undang yang melanggar perlembagaan malaysia....

Anonymous said...

Kami 3.57 dan 4.05 sama sekali tidak akan gunakan khidmat Polis apa keadaan sekalipun..sebab kami beranggapan....Polis penipu..kami rasa selamat tanpa Polis..sebautna Polis dah macam nak muntah apa lagi nak gunakan khidmat Polis....Polis bergelumang dengan maksiat....kami lebih rela dan percayakan Unit Amal PAS yang bakal mengambil alih tugas/peranan Polis bila PR memerintah........

Pejuang Bangsa said...

Lawak giler unit amal nak suruh ganti tempat polis apsal tak suruh ganti bomba terus wakakaakaka

Anonymous said...

kesian .....kat saper ntah
mungkin pada Land Rover ? Pajero ? Waja ? moto ?
..... atau penyokong Mat Sabun ..??

Anonymous said...

Assalamualaikum keybord worrior semua. apa kbr? kenapa nak gaduh2. politik ni cuma kuasa di dunia je. negara kita ada perlembagaan dan mementingkan hak2 kita sbg org melayu ttpi tetap tidk mengabaikan kepentingan kaum-kaum lain. mengapa kita sbg org melayu taknk bersatu hati dn mengeklkan kesatuan ini. parti ni cuma sesuatu yang melalaikan kita semua. kenapa perlu nk pech belhkan org kita sndr. kita satu bangsa melayu, satu akidah, agama iaitu Islam. kita dh duduk dgn aman tanpa peperangan. kita nak apa lagi??? fikir-fikirlah. ini dunia semata-mata dan dunia akan kiamat jua. untuk renungan bersama