Saturday, July 9, 2011

Gempar! Ada Pihak Yang Merancang Untuk Lepaskan Tembakan Kearah Perusuh BERSIH 2.0?



Khabarnya ada rancangan jahat dikalangan perusuh BERSIH 2.0 untuk melepaskan tembakan yang boleh menyebabkan kematian kearah perusuh-perusuh yang lain. 

Kemudian mereka akan menuduh bahawa tembakan tersebut telah dilepaskan oleh anggota keselamatan yang bertugas. Tujuannya adalah untuk memburukkan imej kerajaan Malaysia dan anggota keselamatan yang bertugas.

Perusuh-perusuh yang merancang tindakan kejam tersebut mahu dunia melihat bahawa kerajaan yang memerintah Malaysia pada masa ini adalah amat zalim dan sanggup membunuh rakyat sendiri untuk terus berkuasa. 

Dengan melepaskan tembakan tersebut, mereka juga berharap berharap perusuh-perusuh akan bertempur secara ganas dengan pasukan keselamatan dan keadaan yang benar-benar huru hara dapat dicipta.

Hati-hatilah wahai perusuh-perusuh BERSIH 2.0. Kepala anda mungkin berada dalam bidikan rakan-rakan 'seperjuangan' anda sendiri. Tak berbaloi hilang nyawa semata-mata untuk memenuhi nafsu jahat Ambiga, Anwar, Lim Kit Siang dan gerombolan mereka.



No comments: