Saturday, August 27, 2011

Video: Selepas Beri Jawapan Berbelit-Belit Dan Konar Baring, Akhirnya Tuan Ibrahim Hanya Mampu Mengiyakan Soalan 'Maut' Dr Asri.

Setelah habis bercerita pasal kambing darah tinggi, potong atas atas bawah dan entah apa-apa lagi dalam usahanya menjawab soalan Dr Asri, sudahnya Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu mengakui PAS ada berubah dalam soal ijtihad.

Kalau dulu, untuk menyerang dan memburukkan UMNO mereka katakan haram mengundi dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin, kini mereka sendiri menyokong dan mengangkat kafir sebagai pemimpin. 

Sikafir yang mereka jadikan pemimpin itu dipuji pula tinggi melangit dan digambarkan seolah-olah sebagai manusia yang paling sempurna dan tiada tolak bandingnya.

Video ini membuktikan PAS sanggup memutar belit dan mengubah apa yang ulamak mereka sendiri ijtihadkan demi untuk kepentingan politik dalam usaha mengejar undi bukan Islam.


Kesimpulannya, berkawan rapat dengan DAP menyebabkan PAS benar-benar berubah. Dan PAS juga semakin jahanam sedikit demi sedikit.




8 comments:

Anonymous said...

Salam buat tuan.
Video klip yang tuan paparkan mengingat saya pada tahun 70an dahulu dimana kalau pangkah bangsa lain waktu mengundi untuk dijadikan pemimpin maka kafirlah ia.... Dan ini berlaku zaman Umno berlebel kapal layar hingga ke dacing dan yang dah kahwin pun bercerai jika pangkah kapal layar apalagi kalau berkerjasama dengan mereka seperti MIC dan MCA...fatwa ini memang berlaku di Kelantan.

Dan kerana ijtihad ciptaan baru maka berlaku konar bering 360 darjah yang mana DAP dihalalkan tidur sebantal malah taraf pemimpinnya sudah diakui sendiri oleh ulamak politik hingga sampai ke hampir Khalifah Abdul Aziz layaknya....astaufirullah...

Inilah dunia politikus yang melacurkan agama....

Anonymous said...

Saya setuju dgn pendapat anon diatas. Memang perkara tersebut berlaku di kelantan sekitar thn 70an dulu. Perpecahan yang berlaku akibat drpd fatwa yg dibuat oleh Hj Hadi benar2 menjadikan umat Melayu berpecah belah pada masa itu.

Malah ada dikalangan ahli keluarga saya sendiri sampai bercerai-berai akibat fatwa gila berkenaan. Mujurlah atas nasihat keluarga, sisuami akhirnya mahu rujuk semula.

Selain itu, hanya kerana disebabkan berlainan parti, jiran sekampung dan tinggal sebelah menyebelah sampai tidak bertegur sapa. Perkara tersebut tetap kekal diingatan saya sehingga kini.

whiteorange said...

Aku bukan pandai sangat agama tapi aku juga tak mudah ditipui dalam bab agama.

Tuan Ibrahim boleh lah buka langkah silat yang pelbagai jurus, hakikatnya PAS memang telah melacorkan agam .

Anonymous said...

Aku cuma musykil, sampai bila PAS hendak meroyan !!!

Dot said...

mat sabu bersetuju:

aak aaaaaa!! uuuu uhuuuu!!

aak aaaaaa!! uuuu uhuuuu!!

aak aaaaaa!! uuua uhuuuu

usin said...

yg paling aku terkasima ialah pada 10 saat terakhir video tersebut. mcm takut2 je nak jawab 'ya'. ulamak perlu jujur dan tidak hipokrit. hehehe, dulu pas ok, sekarang pas ko...

Anonymous said...

konpius...dia dok cakap bila sebut Islam org takut. Siap salahkan parti memerintah 54 tahun lg. Ermmm...bukan PAS ke yg menyebabkan org takut dgn Islam???? Aduhaii...BN n Umno maybe x wat apa2 sgt psl Islam, tp PAS ngaku parti pejuang Islam, patut dia lagi arif cara2 nak pikat bukan Islam. Bkn benarkan org Islam murtad, tp explain keindahan Islam pada bukan Islam. Masalahnya, PAS perintah kelantan lama, tp org melayu beragama islam kt sana msh amal benda2 karut dan anggap itu amalan Islam. Apa citer PAS???
Cakap psl pecah belah, ambe org Ganu. Cerita benar masa ambe bebudad dulu, sorang nenek dtg umah bgi tazkirah, siap cakap jenazah kena balut dgn bendera PAS, kalau tak malaikat tak tahu, nanti kena seksa kubur. Nauzubillah...

Anonymous said...

kahkahkah.. tergagap2 nk menjawab.. anyway Dr Asri mmg best.. seorg yg natural.. dua2 pun kene hentam