Tuesday, August 23, 2011

Aneh! Pemuda PAS Perak Tiba-Tiba Pula Sokong Pemakan Duit Pelacur, Duit Judi Dan Duit Babi.



Terkejut Horas! bila terbaca di haramkah yang Pemuda PAS Perak tiba-tiba pula menyokong dan memuji Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Bukankah dulu juak-juak PAS juga yang paling kuat memaki hamun dan mengelarkan Mufti Perak itu dengan gelaran haramsani, syaitan bisu, mufta dan entah apa-apa lagi gelaran yang amat buruk. 

Malah, bekas Ketua Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa yang penampilannya nampak zuhud dan warak...tapi memiliki lidah iblis pernah membuat fitnah mengatakan Tan Sri Harussani Zakaria menerima gaji hasil dari duit pelacur, duit judi dan duit babi.

Tan Sri Harussani digambarkan sebagai makhluk yang paling jahat dan paling teruk dalam serba serbi dan walau dengan apa cara pun perlu dimusuhi. 

Tapi mengapa pula hari ini Pemuda PAS Perak tiba-tiba pula menyokong beliau?

Jawapannya adalah kerana Tan Sri Harussani baru-baru ini ada membuat cadangan agar kerajaan menyegerakan akta murtad...dan Pemuda PAS Perak melihat cadangan itu sedikit sebanyak boleh melepaskan tengkuk atau setidak-tidaknya boleh menyelamatkan parti mereka dari isu murtad di Selangor.

Nanti bolehlah mereka pusing dan buat konar baring pasal isu cuba memurtadkan sekumpulan umat di Gereja Methodist Damansara Utama tempoh hari. Boleh salahkan UMNO atau kerajaan pusat kerana lewat melaksanakan akta tersebut kalau ada mana-mana pihak yang bertanya.

Begitulah perangai PAS. Sebelum ini merekalah yang paling kuat memaki hamun, mencaci dan menghina Tan Sri Harussani dengan pelbagai gelaran bila Mufti Perak itu membuat kenyataan yang nadanya mengkritik mereka.

Tapi bila Tan Sri Harussani membuat kenyataan atau cadangan yang boleh menyelamatkan atau melepaskan tengkuk mereka, serta-merta Mufti Perak itu mereka jilat dan puji melangit.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, berapa lama mereka boleh menyokong dan memuji Tan Sri Harussani. 

Percayalah bila sudah selesai isu murtad di Selangor dan bila punggung mereka sudah tidak panas lagi, Tan Sri Harussani pasti akan mereka maki hamun dan cerca kembali jika ada kenyataannya yang tidak memihak kepada PAS.

Berikut Horas! siarkan kembali video ceramah bekas KP PAS Perak yang begitu dahsyat memaki hamun, mencerca dan memfitnah Tan Sri Harussani Zakaria untuk rakan-rakan pembaca sekalian nilai dan pertimbangkan.




4 comments:

Nam Ron said...

Horas tondi madingin..sayur matua bulung!..hahahha

Anonymous said...

astagfirullah. kalau lah rasuluallah saw ada pada hari ini dan tgk video mufti kene maki hamun, sudah tentu rasullallah kecewa dengan ummatnya.

law kana baynana....

Anonymous said...

Benar kata horas, pakaian & penampilan hamba Allah dalam video tu langsung tidak menggambarkan akhlak dirinya. Sangat kesat bahasa yg digunakan. Disambut dgn gelak ketawa pula oleh hadirin menjadikan dia bertambah biadab & kurang ajar. Malu saya bila tahu dia adalah bekas Ket. Pem. PAS Perak kerana saya sendiri adalah ahli pem. PAS.

benci org hipokrit said...

ala sekarang nie, byk org bg pendapat untuk besarkan perut sendiri je. kat kg aku, dah 50 tahun merdeka , yg menang yb bn lg tu. umno lak tu, jln tanah merah gak. dtg 5 tahun sekali. masa nak undi je. pas tu hilang... sbb tu org gelar yb hantu. apa yg dpt 50 tahun ,merdeka. masing nak besokan perut je. dtg woi kg aku kat selama perak....... dgn pulau gandasuli. kawsan perak tu.....