Wednesday, August 17, 2011

Video: Serbuan 'Ganas' Lagi 'Biadab' JAIS Di Gereja Methodist Damansara Utama.



Inilah video yang amat-amat ditakuti oleh PAS dan PKR jika keluar kepada umum. Kerana apa mereka takut? Kerana selama ini mereka sendiri yang menggambarkan seolah-olah JAIS telah melakukan serbuan secara kasar dan ganas keatas DUMC.

Mereka tidak menggunakan perkataan 'memeriksa' tapi mereka gunakan perkataan 'serbu'. Dan perkataan itu mereka ulang-ulang, JAIS serbu...JAIS serbu...JAIS serbu.

Malah ada pihak tertentu yang lebih biadab yang menggunakan perkataan 'menyerang'.

Khalid Ibrahim tanpa meminta penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu, terus meluru meminta maaf dari pihak DUMC. Kemudian dengan amat tegas meminta JAIS menyediakan kertas laporan. Dia turut mengarahkan exco kerajaan negeri tutup mulut rapat-rapat.

Pemimpin-pemimpin dari PAS pun sama. Demi undi, mereka salahkan dan hentam JAIS secukup-cukupnya. Namun JAIS tidak berdiri sendirian. Rakyat (kecuali penyokong jumud PAS dan totok PKR) berdiri teguh dibelakang JAIS. Tindakan JAIS terus dipertahankan.

Sekarang kita semua boleh melihat apa sebenarnya yang berlaku. Lihatlah samada benar JAIS 'menyerbu' atau sebenarnya hanya menjalankan pemeriksaan secara berhemah dan penuh diplomasi.

Lihat juga bagaimana loyar buruknya siperempuan Kristian berbaju hitam yang berdolak-dalih dan cuba memperbodohkan pegawai JAIS yang bertugas. Namun ditangani dengan sopan oleh pegawai terlibat. 

Horas! tak berminat nak menulis panjang-panjang. Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri siapa sebenarnya yang berada dipihak yang benar...kerajaan negeri Selangor, PAS, DUMC atau JAIS.

Nilaikan juga pihak mana yang sebenarnya biadab...JAIS,  DUMC, PAS atau kerajaan negeri.



5 comments:

PasForAll said...

Nmpk sgt video ni sdh diedit olh cai umngok.bdk bdh pn tau.

Anonymous said...

Sian kat ko PasForAll..bila kena muka sendiri, pusing pulak kata video tu dah diedit. Bila la agaknya spesis mcm ko ni nak pupus dalam PAS?

PAS diperlukan sebagai kerajaan/pembangkang yang cerdik. Bukan sebaliknya.

Anonymous said...

pas dah macam jadi pengacau jabatan agama nak laksanakan tugas cegah murtad, pas ni la perosak imej islam.

Horas! Hulu Langat said...

PasForAll : Jangan dibiarkan otak kamu terus berada dilutut. Kalau mahu konar baring pun, carilah alasan yang kukuh.

Anonymous said...

Tindakan menfitnah dan menjatuhkan maruah seseorang bukanlah sikap pemimpin negara. Apatah lagi sikap suka buat perhimpunan haram, suka rosakkan harta benda dan rezeki saudara islam yang lain semasa berhimpun juga bukanlah sikap mereka yang boleh memimpin negara. Kerana itu, pas, pkr langsung tidak layak memimpin negara kerana mereka cuba menjatuhkan negara sendjri. Namun, jika pas keluar dari pkr dan bergabung dgn umno, insyaallah org melayu islam akan memimpin negara malaysia dgn jayanya