Saturday, August 20, 2011

PM Nak Turun, Ahli Parlimen Hulu Langat Pula Tiba-Tiba Jadi Macam Beruk Kena Belacan.



Esok 21hb Ogos 2011, sebagaimana yang telah dirancang, Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan ke Hulu Langat.

PM akan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat maghrib bersama-sama rakyat dalam DUN Dusun Tua di Masjid Sultan Hishamuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat.

Selepas itu PM akan berangkat pula ke DUN Semenyih dan akan menunaikan solat Isya', Tarawih dan moreh bersama-sama rakyat di Masjid Kg Pasir Baru.

Itulah sikap PM kita, walau sesibuk mana pun menjalankan urusan mentadbir negara, beliau tetap berusaha untuk meluangkan masa turun beramah mesra dengan rakyat.

Dalam pada warga Hulu Langat sibuk membuat persiapan menanti kedatangan PM, tiba-tiba pula Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS jadi macam beruk kena belacan dan menggelupur tidak tentu arah.


Ini antara kata-kata Che Rosli CheMat yang Horas! petik dari FB beliau
"Bila Najib nak datang mereka pun turap jalan dan turap tapak operasi UmNo, pasang khemah gadang-gadang, orang kampung tak boleh meniaga, nak beli barang pun tak boleh. Hari ini Jumaat sepatutnya ada pasar tani.... nanti Ahad pun sepatutnya ada pasar tani. Apo nak buek?"

"Johan pulak sebok hantar jemputan ke majlis tersebut pakai letterhead UmNo.... Ini program kerajaan atau program UmNo? Pasang khemah, turap jalan, makan-makan tu guna duit UmNo atau duit kami pembayar cukai?"
Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri apa yang ada dalam kepala otak YB PAS yang seorang ini. Hatinya busuk dan sentiasa iri dengan usaha UMNO mendekati rakyat.

Yang digusarkannya adalah pasal khemah-khemah besar yang akan dipasang. Alahai YB, PM kami datang bukan nak beramah mesra dengan 20-30 orang, tapi dengan seluruh warga Hulu Langat. Takkan nak pasang khemah saiz 8 kaki x 8 kaki dua tiga buah? Mana cukup nak tampung ribuan rakyat yang akan hadir nanti. Takkan nak pakat buka puasa duduk bertenggek atau mencangkung ditepi jalan dan di 'bus stand'.

Lepas tu YB PAS ini kata, kerana PM turun ke Hulu Langat, orang kampung tak boleh berniaga dan tak boleh nak beli barang keperluan. Mengapa sengal sangat YB? Apa YB ingat semua peniaga yang ada di Hulu Langat diarahkan tutup kedai dan tak dibenarkan berniaga ke?

YB jangan lupa, dulu masa Hadi Awang datang ke Prima Saujana di Kajang, berlambak jugak khemah dipasang. Lepas tu siap keluarkan arahan jalan-jalan tertentu ditutup...lagi hebat!. Sampai orang ramai terpaksa berpusing-pusing mencari jalan yang jauh untuk balik kerumah.

Peniaga-peniaga yang berniaga disitu pun diarahkan tutup dan hentikan perniagaan masing-masing. Kalau berdegil Majlis Perbandaran Kajang akan datang angkut. Tak ada pula YB fikir pasal orang tak boleh berniaga dan tak boleh beli barang?

Masa tu, YB Datuk Johan dan pemimpin-pemimpin UMNO Hulu Langat yang lain tak ada pun yang pertikai pasal kedatangan Hadi Awang itu dalam FB masing-masing macam yang YB buat.

Oh ya! persedian buat itu ini untuk sambut Hadi Awang dulu pakai duit siapa pulak YB? Pakai duit YB sendiri atau pakai duit Presiden PAS? Ke pakai duit pembayar cukai di Selangor?

Nasihat Horas! tak payahlah YB masuk campur dan sibuk-sibuk pasal program yang dijalankan UMNO Hulu Langat. Lagi baik kalau YB jaga hal PAS sendiri.

Kalau ada masa elok YB pusing dalam kawasan parlimen YB. Ada jambatan yang dah nak roboh tapi langsung tak ada tindakan untuk membaik pulih yang diambil PAS. Jalan banyak yang tak berturap dan kemudahan awam pun banyak yang rosak. Kalau tak ada bantuan dari kerajaan Pusat alamat warga Hulu Langat akan hidup macam tahun 80an lah jawabnya.

Lepas tu. kalau YB dah tak ada apa sangat nak dibuat, elok ronda-ronda dekat pejabat YB tu. Dulu ada 'mini kasino' yang beroperasi di situ. Tengok premis tu dah tutup ke belum. 

Lepas tu kalau rajin, cuba tengok-tengok gereja baru tu...entah-entah beroperasi dalam bangunan yang bukan berstatus rumah ibadat. Jangan lupa untuk pantau-pantau apa aktivitinya. Bukan apa...takut ada pulak orang Islam yang murtad di Hulu Langat nanti. YB senanglah lepas tangan...pasal boleh salahkan dan hentam JAIS kalau dah terdesak.

Horas! pernah menulis pasal sikap suka merapu dan merepek YB Che Rosli Che Mat ini disini dan disini.






9 comments:

HHalem said...

Bro:-)

Masjid Kg Pasir Baru, kat mana Bro?

Kat Jalan Kaki Lima Rinching tu ka?
Atau kat Bandar Rinching?
Atau kearah Nirvana Tasik Semenyih?
Atau ke arah Bukit Broga?

Horas! Hulu Langat said...

Jalan Sg Lalang bro..ala, ikut jer jalan nak pergi Sg Tekala tu. Nanti boleh nampak. Kalau masuk dari pekan Semenyih...masjid tu sebelah kanan.

HHalem said...

IC, senang ja la kalu mcm tu..Bro:-)

Aku tekan Google Earth, dia sampai ke Mexico:-)

Masjid Kampung Pasir Baru
Kg. Pasir Baru, 43500 Semenyih
Hulu Langat
Latitude 3-0-14 Longitude 101-52-22
GPS-292-34-24

Horas! Hulu Langat said...

Perghhh! siap latitude longtitude...hahahha. Tapi kat mexico memang ada satu Masjid Kampung Pasir Baru...yb che rosli bagi dana & rasmikan dulu...hahahha..errrr..aku boleh kena saman ke ni?

eyrfa naniey said...
This comment has been removed by the author.
eyrfa naniey said...

saya pergi semalam. Ramai gila orang. semua nak salam PM, tapi tak dapat. kesian!

Anonymous said...

Sayer pun pegi. Ramai betul orang, meriah sungguh. Moga UMNO dapat rampas kembali kerusi parlimen Hulu Langat dlm pru yg akan datang. Ahli parlimen dkrg langsung tak bole pakai.

Mr Yezzaa said...

semak betul la Ahli Parlimen Hulu Langat nih!!

Anonymous said...

sedarla diri ko...Dr rosli ni saintis nuklear..ko tu kaki ampu umno je....ni la melayu kita..