Ketika umat Islam dinegara ini terkejut dan resah kerana tindakan Gereja Methodist Damansara Utama yang berusaha untuk memurtadkan sekumpulan orang Islam, PAS masih lagi tidak berhenti-henti daripada mempoltikkan isu berkenaan.
Kata salah seorang AJK Pusat PAS, Abdul Ghani Shamsuddin, para pemimpin UMNO dan BN diingatkan agar tidak menjadikan PAS sebagai sasaran dalam isu membabitkan pemeriksaan Jais ke gereja GMDU bagi melindungi kejahatan mereka sendiri dari orang ramai.
Kata Abdul Ghani lagi, orang ramai cukup faham tujuan UMNO bertindak demikian adalah untuk melindungi kesalahannya sendiri kepada rakyat, terutama yang membabitkan langkah menjadikan warga asing sebagai pengundi di negara ini.
Nampaknya soal politik dan mengejar kuasa berkali-kali ganda lebih penting pada PAS. Mungkin juga pada PAS, isu dan masalah umat Islam yang dimurtadkan itu hanyalah masalah kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
Bayangkan, ketika banyak pihak berharap agar kerajaan negeri Selangor dapat menangani dan menyelesaikan isu murtad berkenaan dengan segera, PAS masih lagi sibuk bercerita tentang isu warga asing menjadi pengundi dan juga isu biometrik yang mereka sendiri cipta.
Dan untuk melepaskan diri dari dipersalahkan kerana kelemahan mereka menangani isu murtad di DUMC, mereka menuding jari dan cuba meletakkan beban diatas bahu UMNO pula.
Cukup-cukuplah wahai PAS, ketepikanlah dulu soal kepentingan politik buat sementara ini. Berikan sepenuh perhatian bagi mencari jalan bagaimana untuk menangani isu murtad yang melanda ketika ini dahulu.
Selepas semuanya dapat ditangani dan jalan penyelesaian diperolehi, berpolitiklah kembali 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun.
Dan kalau itu masih tak mencukupi, berpolitik dan burulah kuasa sampai kiamat. Tiada siapa yang akan menghalang.
Dan kalau itu masih tak mencukupi, berpolitik dan burulah kuasa sampai kiamat. Tiada siapa yang akan menghalang.
Tapi, seperti yang Horas! katakan tadi...sebelum itu, selesaikanlah dulu isu murtad di Selangor itu dengan segera. Itulah harapan umat Islam dinegara ini.
2 comments:
Bro,PAS sudah jauh tersasar dari matlamat asal perjuangannya. Dulu PAS letakkan agama ditempat pertama, tp skrg tak lagi. Politik dan kuasa dah jadi keutamaan. Jadi janganlah pelik klu kita lihat PAS lebih utamakan politik berbanding kes murtad tu.
Bodohnya PAS,kalau nak kira pengundi asing yang betul2, patut dia kira semua cina ngan india kat negara nih. dorang tak layak duk kat Malaysia ni. Datang pun menumpang. Jadi jgn nak menyalak ckp pasal pengundi asing lagi.
Post a Comment