Friday, August 12, 2011

Biar Betul! Jumud PAS Anggap Akhbar Harakah Itu Adalah Risalah Allah SWT.



Horas! terjumpa kenyataan diatas ketika meronda-ronda disebuah ruang forum maya pro PAS dan Pakatan Haprak yang forumer-forumernya berada pada maqam tertinggi dalam soal memaki hamun.

Nampaknya pemikiran totok PAS semakin bercelaru dan terpesong. Inilah jadinya bila pemimpin PAS sentiasa memasakkan kedalam pemikiran totok-totok mereka bahawa PAS itu sentiasa benar, sempurna, tiada cacat cela dan tidak pernah melakukan salah dan silap.

Bayangkan, akhbar yang sentiasa diisi dengan fitnah, pembohongan, iklan ubat untuk menguatkan nafsu seks lelaki yang juga dijadikan sebagai alat propaganda politik dianggap sebagai risalah Allah SWT.

Apa sudah jadi???!

Kalau akhbar Harakah boleh dianggap sebagai risalah Allah SWT, jangan terkejut jika satu hari nanti ada pula totok PAS yang menganggap setiap kata-kata dan perbuatan Nik Aziz itu sama tarafnya dengan hadis nabi.

Tanda-tandanya sudah pun kita semua boleh lihat kini.

Nauzubillah!



6 comments:

anti bohmau said...

hanya ALQURAN KITAB RISALAH ALLAH SWT. puak2 pas ni dah terlajak benar tergelincir tersembam dlm ego mrk! biarlah Allah SWT sj menunjukkan kebenaran demi kebenaran krn kebodohan mrk yg amat2 benak ni! pas takkan dapat meemrintah negara SAMPAI KIAMAT krn derhakanya mrk kpd Allah dgn menyamakan suratkhabar buatan manusia spt risalah Allah! melampau!!

Megat Alam Gempita said...

hehehe

Teman tak terkejut kalau nanti ada yang kata baca Harakah dapat pahala dan balasan sorga. Tetapi membiarkan saudaranya seagamanya murtad itu adalah hak asasi manusia.

Anonymous said...

Hishhh...makin pening aku dgn sikap penyokong PAS nih. Makin lama sikap taksub mereka pd PAS makin melampau.

Anonymous said...

lagi berat dan jangan terkejut
kalau PAS kata, baca HARAKAH itu hukumnya WAJIB !!

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan penyokong2 tegar pas ini. Dlm pada depa asyik dok kata umno sesat, sekular & menolak Islam...depa yg sebenarnya makin terpesong jauh.

Paspispus said...

Tak lama lagi ada majlis tilawah membaca harakah kt kelantan.