Tuesday, August 9, 2011

Munajat Perdana PRU13: Apa Guna Dianjurkan Kalau Akhirnya PAS Tetap Tak Boleh Terima Qada & Qadar Allah.



PAS akan mengadakan Munajat Perdana secara serentak diseluruh negara pada 26 Ogos. Tujuannya adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13. 

Idris Ahmad, yang kini menjadi AJK biasa PAS Pusat selepas digugurkan dari jawatan Ketua Penerangan PAS adalah pengarah program Munajat Perdana berkenaan.

Kata Idris, program itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan tempatnya akan ditentukan oleh Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS di negeri masing-masing.

Program akan bermula dengan solat terawih sehingga berakhir selepas subuh 27 Ogos.

Dari dulu sampai sekarang, PAS memang cukup rajin mengadakan solat hajat mahu pun program-program munajat. Sampaikan solat hajat minta saudara seagama mati pecah perut pun PAS pernah buat.

Tapi pada Horas!, tak guna diadakan semua itu kalau akhirnya PAS tetap tak boleh terima apa yang sudah ditentu atau ditetapkan oleh Allah SWT.

Apalah gunanya bermunajat kepada Allah sepanjang malam, tapi jika ditakdirkan Allah calon-calon PAS yang bertanding dalam PRU13 nanti kalah, PAS tak boleh terima lalu memaki hamun UMNO dan menuduh SPR tidak telus?

Apalah gunanya dianjurkan solat hajat kalau kesudahannya bila kalah dalam pilihanraya PAS akan melenting marah-marah dan menuduh UMNO guna taktik kotor dan SPR pula dituduh sebagai anjing BN?

Bukan sekali dua perkara tersebut terjadi.

Sebelum ini, jika ada calonnya yang bertanding dalam mana-mana PRK, PAS akan buat solat hajat minta Allah berikan kemenangan kepada mereka. Tapi bila ditakdirkan calon berkenaan kalah maka mulalah PAS menjerit dan melolong kehulu dan kehilir menuduh serta memfitnah  UMNO dan SPR yang bukan-bukan.

Sepatutnya PAS terima apa yang sudah ditetapkan oleh Allah selepas mereka berusaha dan meminta pertolongan daripadaNya.

Jika ditakdirkan kalah, terimalah dengan redha dan dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama perbaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan dan perbetulkan mana-mana kesilapan. Itu baru betul.

Tapi itu tidak berlaku, PAS hanya akan menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah jika kemenangan atau perkara yang baik-baik yang dikurniakan kepada mereka. Tapi kalau kekalahan yang dikurniakan...walaupun mungkin tersembunyi 1001 hikmah disebalik kekalahan itu, jangan haraplah mereka dapat menerimanya. 

Maka UMNO, BN dan SPR lah yang akan mereka jadikan sasaran untuk melepaskan geram, marah dan rasa tidak puas hati. Qada dan qadar Allah akan mereka humbankan kedalam longkang.

Nasib tak baik, para pengundi pun akan turut mereka sumpah seranah sebagai jahiliyah, menolak dan menghancurkan Islam, menolak syurga dan entah apa-apa lagi jenis maki hamun.



7 comments:

Anonymous said...

merujuk tajuk horas di atas...

sungguh menakutkan tarikat/ajaran yg parti pas bawa ini...

'amanat hj hadi' macam kena balik kat muka sendiri jer...

'....tak perlu masuk hindu,kristian,budha....masuk umno...jadi kafir..'

bila mereka nak sedar.....

AmalUPM said...

non 12.05, Jangan jadi hamba kepada kebodohan...nanti kebodohan itu akan mematikan iman kamu. Base munafiq...

Anonymous said...

Salam bro kalau solat hajat bagus,aku nak minta puak2 Pas ni buat solat hajat minta harga minyak turun,harga barang turun bukan ka bagus gitu,kalau harga minyak turun,harga barang turun,tak payah susah2 buat solat hajat Pru 13,semua rakyat akan sokong Pas betul tak?

anti bohmau said...

susah kalau Islam dijadikan percaturan politik!
pas bukan Islam!!
sebelum berkuasa dah menunjukkan kelemahan kpd sekutunya yg disanjungi - lge!
pas rela melayu Islam murtad hanya krn nak jaga silaturahim dgn dap. maklumlah, sokongan kaum cina sgt2 pas dambakan!
ntah apa lagi yg pas nak buktikan?

nak dirikan daulah Islamiyah? maafla, nak pertahankan dato hj. hassan ali pun pas tak mampu!!

Anonymous said...

Dulu solat hajat minta kebenaran kes anwar. Bila tuhan tunjuk bukti video anwar main konda kondi, umno juga yg salah

mat hijau said...

tak payah nak mempertikaikan orang buat benda baik.kalau rasa tak nak sokong,diam2 je lah.umno kalau nak buat...boleh je pun.tapi kalau bab solat2 ni...umno mana berkenan.kalau berdangdut...poco2...boleh la bagi kat wanita2 dan ustazah2 umno!

anselmo said...

Mat Hijau dari kaum PAS yg durjana, hal murtad kamu tak berani sentuh. Babi kau Mat Hijau, hal murtad nak minta penjelasan gereja dulu, hal anwar tak minta penjelasan saiful, hal video anwar tak minta minta penjelasan dato t. Hal menghapuskan negara Islam tak berani minta penjelasan hadi babi dan nik aziz babi. Kaamu Mat Hijau berhenti menyembah banyak2 tuhan ni. SOlat hajat baik babi kau mat hijau, jika kaum kamu jadikan solat itu satu dari tuhan-tuhan kamu yg banyak tu. Tuhan undi kamu ada, tuhan Kit Siang kamu ada, tuhan karpal kamu ada, tuhan elizabeth telanjang kamu ada, tuhan teresa kok kamu ada, sekarang tuhan methodis pun kamu dah mula sembah. Solat hajat apkamu nak tuju tu?