Wednesday, August 17, 2011

Video: Padan Muka! Nik Nazmi Terkantoikan Zuraida Mak Lampir Dalam Isu Sumpah Pendatang Asing.

Video dibawah adalah rakaman sidang media mingguan Parti Kencing Rakyat. Ada dua isu yang dibangkitkan. Pertama tentang tentang isu pendatang-pendatang asing yang dikehendaki bersumpah untuk menyokong UMNO dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

Kedua, tentang isu dokumen berkaitan campur tangan pemimpin Pakatan Haprak yang menghalang tindakan MBPJ menyita DUMC seperti yang didedahkan oleh blogger papagomo yang cuba diputarbelit oleh Nik Nazmi

Horas! tak akan mengulas tentang isu yang dibawa oleh Zuraida Mak Lampir. Ramai rakan-rakan blogger pro UMNO/BN yang telah mengulas dan membuktikan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan ianya sengaja diada-adakan oleh pemimpin Pakatan Haprak bagi memburuk-burukkan UMNO.

Apa yang Horas! ingin ulas ialah tentang kesilapan Nik Nazmi sendiri, yang secara tidak sengaja telah mengantoikan penipuan Zuraida Mak Lampir tentang isu sumpah yang perlu dibaca oleh pendatang asing dan sekaligus membuktikan bahawa dakwaan blogger-blogger pro UMNO itu adalah benar.

Dalam keghairahan Nik Nazmi menjelaskan bahawa dokumen yang didedahkan oleh papagomo itu kononnya palsu dan direka-reka, dia tanpa sengaja telah mengatakan bahawa dokumen yang ada pada Mak Lampir juga adalah palsu dan juga direka-reka.

Cuba rakan pembaca sekalian tumpukan perhatian dan amati apa yang dikatakan oleh Nik Nazmi pada minit 1.52 hingga minit 2.10.


Kata Nik Nazmi " Tapi kalau dari awal lagi menipu...membuktikan bahawa ini semuanya adalah satu dokumen olok-olok...yang direka cipta oleh blogger-blogger UMNO yang terdesak dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa, samalah macam dia (merujuk pada Mak Lampir) buat surat sumpah untuk pendatang asing".

Lihat betapa kelatnya muka Zuraida Mak lampir ketika itu. Dijeling dan macam nak ditelannya Nik Nazmi hidup-hidup kerana telah mendedahkan bahawa dokumen yang ada ditangannya itu adalah dokumen olok-olok (palsu).

Itulah akibatnya kalau mahu menegakkan benang yang basah. Niatnya mahu menuduh orang lain menipu tapi akhirnya diri sendiri yang kantoi menipu dan memfitnah.

Sekarang sudah jelas terbukti bahawa Zuraida Mak Lampir memang menipu dalam isu sumpah yang kononnya perlu dibaca oleh warga asing itu. Dan yang paling memalukan...dia dikantoikan oleh rakannya sendiri.

Padan muka!!!



8 comments:

Anonymous said...

Ni betul2 kantoi ni. Kompem lepas tu Nik Nazmi kena sembur dgn Zuraidah...hahahaha!

AmalUPM said...

Insaflah wahai blogger umco. Bulan Ramadan ni kurangkan ler sikit fitnah & putar belit tu. Kalau terdesak sangat pun nak cari duit raya...carilah dengan cara yang halal.

Anonymous said...

Alahai AmalUPM, kalau kat sini boleh pulak ko bising kononnya ada unsur fitnah, putar belit, bla.. bla..

Kalau puak Pengencing Rakyat buat fitnah hal Mismah, pendatang asing kene bersumpah sokong UMNO/BN, ko tak bising pulak?? Double standard ke???

Kalau masih lagi jd student kat UPM tu tak payah nk sibukkan diri dlm politik la... sorang pompuan MPP UPM pun bodoh tak tau maksud 'serbu' dgn 'pemeriksaan'. Tu la asyik baca haprakdaily, meloyakini dan meloyainsider je tiap2 ari...

Anonymous said...

mamat Nik ni pun kaki penipu. Masa kat kolej Tg Malim pun dia ni lulus sbb cikgu2 sana sokong PKR, mcm cikgu K, Cikgu Id. Cikgu2 ni semua bocor kertas soalan kat dia. Dia ni bukan bijak sgt pun nak ke luar negara. Belajar pun BN sponsor. Tak malu punya budak.

AmalUPM said...

Video tu pun diambil dari tong taik...confirm dah diedit. Biasa ler cai umco mmg pakar edit mengedit ni. Fitnah dah jadi makanan cai umco.

Anonymous said...

banyak sngat kononnye, ayat lain x de.kononnye..kononnye..kononnye..macam budak AmalUPM ni, apa ko tau. sial la ko ni. hati dh berkarat dgn dakyah otak pembelit. yg benar dikatakan fitnah. yg fitnah dikatakan benar.

Horas! Hulu Langat said...

Amal UPM : Sepatutnya kamu cakap video tak boleh dipakai untuk apa-apa tujuan pun kerana dirakam oleh besi. Macam yang Tuan Guru kamu cakap tu...he he he.

Komen kamu menunjukkan kamu ni seperti kebanyakan pencacai PAS yang lain...bengap-bengap belaka dan buta hati belaka.

Anonymous said...

Mentaliti pemimpin melayu dan pembangkang malaysia, cikai sungguh, nak berkuasa cara senang, tabur fitnah bohong rakyat, pesong rakyat, kemudian rakyat pangkah masa ngundi dapat kuasa, jadi pemimpin, pimpin macam cibai...malu sungguh, bertahun berkempen cara baik tak laku, kempen cara kotor pulak janji dapat kuasa dunia, tapi ketepikan cara islam, tapi perwatakan islam, perbuatan macam setan...ha ha malu malu