Thursday, August 18, 2011

Wawancara Menyakitkan Hati Antara Wartawan Sebuah Akhbar Dengan Orang Kuat PAS.




Seorang wartawan dari sebuah akhbar telah mewawancara sorang orang kuat PAS tentang isu murtad yang amat panas ketika ini. 

Orang kuat PAS tersebut amat sibuk dengan urusan politiknya, jadi beliau hanya sempat meluangkan lebih kurang 15 minit sahaja daripada masanya.

Berikut adalah jawapan orang kuat PAS berkenaan pada soalan-soalan yang dilontarkan oleh siwartawan.

Wartawan: "Assalamualaikum Datuk. Bagaimana dengan karier politik Datuk bersama PAS sekarang?"

Orang Kuat PAS: "Walaikumsalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya amat sibuk berceramah dimerata-rata tempat sekarang. Sokongan dan sambutan yang diterima amat memberansangkan. Kita jangkakan UMNO akan berkubur pada PRRU13 nanti."

Wartawan: "Apa pandangan Datuk berkaitan isu murtad yang kini sedang hangat diperkatakan?"

Orang Kuat PAS: "Isu tersebut sebenarnya tidak seserius mana pun...tapi telah diperbesar-besarkankan oleh UMNO untuk keuntungan politik mereka. Politik UMNO sedang nazak ketika ini. Jadi mereka sentiasa akan mencari peluang untuk menyerang PAS. Isu murtad ini adalah salah satu daripadanya."

Wartawan: "Ada yang mengatakan DAP terlibat dalam gerakan memurtadkan umat Islam dinegara ini. Apa pendapat Datuk?"

Orang Kuat PAS: "Itu hanya fitnah yang dilemparkan oleh UMNO. DAP sama sekali tidak terlibat. Malahan DAP kini amat memahami Islam dan menerima dakwah dari PAS. Tidak seperti UMNO yang istiqamah menolak Islam."

Wartawan: "Mengapa PAS nampak seperti tidak menyokong pemeriksaan pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini?"

Orang Kuat PAS: "Kerana ianya didalangi oleh UMNO. UMNO mempergunakan JAIS untuk kepentingan politik mereka."

Ketika ini wawancara terhenti seketika kerana orang kuat PAS berkenaan mengangkat telefon bimbitnya yang tidak berhenti berdering beberapa kali. Dia bercakap sesuatu dengan nada perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Wartawan: "Beberapa hari yang lalu ada pihak yang mengatakan ada usaha-usaha memurtadkan kanak-kanak Islam melalui kelas tuisyen secara percuma yang diberikan kepada mereka. Apa pandangan PAS tentang perkara tersebut?"

Orang Kuat PAS: "Kita akan siasat perkara tersebut...dan jika perlu kita akan mengadakan perjumpaan dengan pihak yang menganjurkan kelas tuisyen berkenaan. Tapi PAS percaya ianya hanya diada-adakan oleh UMNO." 

Wartawan: "Benarkah pihak DUMC menyalahgunakan kebenaran lalu menjadikan bangunan yang sepatutnya dijadikan sebagai pusat komuniti itu sebagai gereja?"

Orang Kuat PAS: "No Komen. Tidak mustahil cerita itu sengaja diada-adakan oleh UMNO."

Wartawan: "Ada pihak yang mengatakan pemimpin PR Selangor masuk campur dan cuba menghalang tindakan MBPJ menyita bangunan gereja terlibat. Apa pandangan Datuk?"

Orang Kuat PAS: "Itu hanya fitnah daripada UMNO...pemimpin PR di Selangor tidak pernah campur tangan dalam urusan mana-mana PBT."

Wartawan: "Berkaitan dengan 12 orang Islam yang cuba dimurtadkan itu, adakah PAS akan berjumpa dan mendengar penjelasan mereka?"

Orang Kuat PAS: "Buat masa ini tidak...kita khuatir UMNO akan mengambil kesempatan politik."

Wartawan: "Baiklah. Apa pendekatan yang akan diambil oleh PAS bagi menangani isu murtad yang berlaku di Selangor?"

Orang Kuat PAS: "Kita akan berbicang dengan pihak-pihak terlibat. PAS tidak seperti UMNO yang suka mengambil kesempatan atas isu-isu yang terjadi".

Wawancara terhenti untuk kali kedua. Orang kuat PAS menjawab panggilan ditelefon bimbitnya sekali lagi. Dia hanya menjawab "iya"..."iya" dan "iya" beberapa kali. Air mukanya nampak menggelabah. Seolah-olah menerima panggilan dari orang yang sangat ditakuti.


Orang Kuat PAS: "Maaf...saya minta diri dahulu. Pemimpin DAP Selangor mahu berjumpa saya dengan segera. Takut terlewat nanti. Maklumlah jalan sekarang selalu sesak disebabkan UMNO tidak membina jalan yang boleh menyuraikan kesesakan."

Orang Kuat PAS: "Oh ya! saya terlupa. Awak dari akhbar mana tadi?"

Wartawan: Tidak menjawab...hanya mampu menjuihkan muncungnya sepanjang 3 inci.

He he he...wawancara diatas hanyalah dari imaginasi Horas!. Tapi percayalah, kalau ianya benar-benar berlaku...mungkin hanya lari 5%-10% daripada wawancara diatas.

PAS akan tetap menyalahkan UMNO dan akan membela DAP walau dengan apa cara sekalipun. Sementara kelemahan mereka sendiri akan mereka sembunyikan didalam jubah atau dicelah serban.

Mereka akan kaitkan UMNO dalam segala hal...lebih-lebih lagi dalam isu-isu yang menampakkan kelemahan mereka.

Kalau ditakdirkan punggung Nik Aziz tumbuh bisul pun PAS akan salahkan UMNO. Kalau Khalid Samad terjatuh dibilik air rumahnya pun PAS akan salahkan UMNO. Paling bodoh pun mereka akan beri alasan rumah yang diduduki oleh Khalid Samad itu dibina semasa UMNO menerajui Selangor.

Nak buat macam mana, memang dah begitu mentaliti puak PAS dari dulu sampai sekarang...dan mungkin juga untuk selama-lamanya.



11 comments:

hafiz said...

Hehehe..Semua orang tau dah, ayat2 pusing macam nih.

Anonymous said...

hahahha...aku ingat bebetul tadi. Tp aku stuju ngan kau bro. Pas tetap akan pusing & salahkan umno.

shukor said...

Horas! Makin berapi2 menyampah aku kat PAS. Ko pandai menyemarakkan rasa meluat aku kat PAS..hhuhuhu.

Kalo aku jadi wartawan tu..aku ludah je muka pemimpin pas yg suka kaitkan umno kat semua benda.

Anonymous said...

kamu ni blogger tong taik.

Anonymous said...

Anon 3.38...daripada kamu yang otaknya asyik diselaputi taik sehingga kebodohan kau terserlah ke tahap melampau, menyanjung dan mengagung2kan partai PAS PIS PUS yang menjadi tunggangan serta anjing suruhan, barua Dapigs untuk hapuskan hak Melayu Islam di negara ini.

Pakah mata kau juga turut diselaputi taik ijau PAS PIS PUS sehingga x nampak dah kebobrokan PAS PIS PUS yang jelas depan mata menjual, melacurkan akidah Umat Islam semata-mata untuk mengejar dan memenuhi tembolok daripada undi golongan kafir laknatullah... apa cerr???...

Anonymous said...

Syaitan dibelenggu pd bulan Ramadan. Tapi syaitan ciptaan umngok laknatullah lepas bebas membuat dosa dan fitnah. Mudah2an dosa anda semua akan diampunkan Allah.

kluangman said...

Tapi kalau bini dia beranak, dia tau itu bukan kerja UMNO, ada sekor mangkuk hayun lagi yang suka benda tu...

Anonymous said...

anon 3.59, anda ahli syurga ya. semua ahli pas bakal ke syurga. satu dunia semua ahli neraka kecuali ahli pas malaysia.

Horas! Hulu Langat said...

Anon 3:38 dan Anon 3:59:

Anda berdua panas punggung ya? Sebenarnya semua orang tahu, yang banyak berkeliaran dalam bulan puasa ni syaitan-syaitan yang jadi pengikut PAS.

mat sabu 121 said...

PARTI AJARAN SYAITAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

non said...

sndiri buat cerita sendiri marah bagitu la bodoh nya orng umno