Juak-juak, lebai-lebai dan pemimpin-pemimpin PAS selalu menggambar dan mengatakan bahawa merekalah pejuang Islam sejati.
Tiada Melayu yang lebih mencintai agama dinegara ini melainkan mereka.
Matlamat mereka kononnya tiada yang lain melainkan untuk berdakwah dan memartabatkan Islam beserta dengan hukum-hukumnya.
Mereka juga dengan angkuh selalu mengatakan bahawa kerana imej dan pendekatan Islam yang mereka bawalah yang menjadikan orang-orang bukan Islam semakin mesra dan semakin mengenali Islam.
Hakikatnya itu adalah kata-kata mereka yang lebih kepada perasan dan syok sendiri.
Tak perlu kita pergi jauh untuk mengkaji siapa sebenarnya pejuang-pejuang PAS yang mengaku mereka adalah pejuang sejati Islam ini. Cukup membuat perbandingan diantara sikap mereka dengan sikap pendakwah-pendakwah Kristian.
1. Pejuang Islam PAS berdakwah atas tujuan dan kepentingan politik tapi pendakwah Kristian berdakwah semata-mata atas tujuan menyebarkan dan meramaikan penganut agama mereka.
2. Pejuang Islam PAS suka memaki hamun dan memfitah untuk menarik perhatian orang lain sedangkan pendakwah Kristian menggunakan pendekatan yang lembut dan menyantuni golongan sasaran mereka.
3. Pejuang Islam PAS sampai ketahap mengatakan Allah yang disembah umat Islam sebagai samseng, mencarut dan sebagainya tapi pendakwah Kristian menyatakan bahawa tuhan mereka sangat pengasih, penyayang dan sentiasa membantu penganut-penganutnya.
4. Pejuang Islam PAS kata ibadah solat umat Islam adalah sebagai tanda 'demonstrasi' kepada Allah sedangkan pendakwah Kristian mengatakan sembahyang mereka adalah sebagai tanda mentaati tuhan mereka dan dengannya mereka akan lebih dikasihi dan diberikan rahmat yang lebih besar.
5. Pejuang Islam PAS takut dan tunduk jika ada pihak-pihak bukan Islam mempertikaikan apa yang mereka mahu laksanakan berkaitan hukum Islam tapi pendakwah Kristian tidak akan tunduk pada tekanan dan akan tetap melaksanakan apa yang mereka rasa baik untuk agama mereka.
6. Pejuang Islam PAS suka melihat umat Islam dinegara ini berpecah belah dan bermusuhan sedangkan pendakwah Kristian akan berusaha untuk menyatukan penganut-penganut agama Kristian agar mereka menjadi lebih kuat dan berpengaruh.
Itulah antara kelemahan puak-puak PAS yang mengaku merekalah pejuang Islam sejati yang kononnya meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya. Walhal kita semua boleh melihat apa yang diutamakan oleh PAS hanyalah kepentingan politik semata.
Sedangkan Islam itu jauh lebih indah, suci, murni dan yang terbaik untuk seluruh umat manusia. Tapi gambaran yang dibawa oleh PAS jadi sebaliknya. Seolah-olah Islam membenar dan menggalakkan maki hamun, fitnah, perpecahan, samseng dan sebagainya yang negatif.
Mereka harus bertanggungjawab dengan sikap mereka yang kebanyakannya menjadikan yang bukan Islam semakin jauh daripada Islam dan yang Islam pula menjadi keliru dan celaru.
Bila itu berlaku, mereka dengan mudah akan meletakkan kesalahan pada pihak lain sedangkan mereka sendirilah yang menjadi punca dan penyebabnya. Akhlak mereka langsung tidak menggambarkan perjuangan yang mereka bawa
Siapa lagi yang akan mereka jadikan kambing hitam kalau bukan UMNO?.....Mudah bukan?
Kalau hampas kelapa ada juga gunanya kerana boleh dibagi makan ayam. Tapi hamPAS yang satu ini kalau diletakkan dilubang biawak pun biawak akan lari lintang pukang.
8 comments:
sory to say..penulis blog ni jeng kereng...nk kata bo*** pun ye jugak..y islam tgk negatif..y kafir nampak y positif je..
ape pulak beza perjuangan umno dgn kristian..same ke??
tu la anom 4:18pm: penulis blog tu menunjukkan contoh yang boleh di fikirkan....kalu bolih ubah kan baik...ni tidak terus cakap orang bo***......amenda la bro...ni bulan puasa...kalu kita sama islam sama sama lah ambil ikhtibar....
anon 4:18. Aku setuju ngan apa yg bro horas tulis. Sikap org2 pas, walaupun bkn sumer, x menggambarkan kesucian agama islam itu sendiri.
Ada banyak bukti bole kita nampak betapa puakanya mulut penceramah2 PAS. Dlm menyampaikan ceramah agama...sempat pula mereka memaki hamun pihak yg mereka x suka ngan sewenangnya.
Ajaran islam ke tu?
Anon 4:18 sendiri adalah contoh betapa puakanya mulut org2 pas. Senang2 cakap org lain bodo. Fahamkan dulu apa yg cuba disampaikan penulis blog.
Anon 4.18 ni sama ada tak tau atau buat2 tak tahu sebenarnya. Jgn nafikan yg puak2 PAS yg mengaku alim dan cintakan Islam tu memang kuat maki hamun & fitnahnya.
Cuba tengok kat youtube betapa dahsyatnya mulut azly taliban memaki hamun dan memfitnah mufti perak.
Dikatanya mufti perak makan hasil babi & pelacur. Sifat pejuang Islam ke tu?
Sedangkan kalau kita tengok penampilannya bukan main zuhud lagi...dgn serban dan janggut panjang mengikut sunah nabi.
Bayangkan klu yg bukan islam tengok video tu. Apa agaknya pandangan & penilaian mereka tentang agama islam.
Cuba jawab sket..!!
Ajaran agama Islam tu amat baik .Tapi umat Islam Melayu UMNO teruk .Duit Zakat pun mereka bawa lari .Duit Tabung Haji pun mereka curi .Duit Pejabat Agama pun mereka bawa lari.
dakwah politik je banyak...tu psal melayu rela murtad...
roti lebih afdal daripada politik
berubahlah PAS
xdenye org murtad sbb harga kereta kat malaysia mahal
Anon 4:18 : Kasihan...dengan bahasa semudah itu pun kau tak faham dengan apa yang cuba Horas! sampaikan.
Anon 4:45 : Maafkan lah dia. Pemegang-pemegang tiket kesyurga yang dijanjikan PAS memang macam tu perangainya :)
Anon 4:57 : Terima kasih kerana sdra banpak dan faham apa yang Horas! cuba sampaikan.
Anon 5:13 : Walaupun benar, tapi yang buta mata hati tak akan nampak apa yang sdra cakapkan tu.
mathijau : Apa yang kau merapu ni? Tak menentu hala nak konar kemana. Ilmu spin kau belum cukup tinggi lagi. Pergi tuntut lagi dengan otai-otai PAS.
Anon 11:13 : Setuju dengan saudara. Dakwah PAS adalah dakwah politik. Sekarang lebih teruk kerana PAS menganggap politik itu seperti agama. Tapi statement "xdenye org murtad sbb harga kereta kat malaysia mahal" tu terbaeekkkk bro. .hahahhaa..panas mata juak PAS baca.
sabarlah sahabatku sekalian.bersatulah kita sesama islam ,sesama melayu .parti dan agama janganlah disamakan.agama adalah no satu.tidak semestinya org yang kononnya memperjuangkan agama didalam parti adalah benar2 betol.kepentingan politik mengatasi segalanya.siapakah mat sabu????salah satu contoh terbaik pas dan islam kah ??? Bukankah dia pernah ditangkap khalwat pada suatu masa dahulu ???kalau salah fakta betulkan..
Post a Comment