Dulu, kalau ada saja tindakan atau kata-kata dari bangsa lain yang mencabar, menghiris dan memperlekehkan Melayu, maka akan berebut-rebutlah pemimpin-pemimpin Melayu membuat kenyataan dalam bentuk amaran yang agak keras bunyinya.
Ada yang akan bagi amaran 'jangan jolok sarang tebuan'. Ada yang kata 'jangan kejutkan harimau yang tidur'. Ada juga yang kata 'jangan cabar Melayu', Yang berkata 'orang Melayu sanggup bemandi darah' pun ada dan macam-macam lagi.
Bunyinya amat tegas dan seolah-olah had kesabaran orang Melayu sudah sampai kepuncaknya.
Yang cakap 'jangan bermain api' usah ceritalah, berlambak pemimpin Melayu yang berebut mengucapkannya. Sampaikan kita boleh jadi bosan dan muak mendengarnya.
Kita jadi bosan dan muak kerana setakat yang kita ketahui, amaran dan peringatan yang dilafazkan itu biasanya akan hilang dan dilupakan begitu saja. Minta maaf cakap, kebanyakannya adalah retorik dan dilafazkan bagi menunjukkan kononnya merekalah pembela bangsa Melayu sejati.
Kini, mungkin kerana tahu amaran dan peringatan yang selalu dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu itu setakat dibibir sahaja dan akan disenyapkan selepas itu, hari ini giliran Cina pula beri amaran yang serupa kepada Melayu.
Dibawah ini Horas! petik apa yang ditulis oleh Lim Swee Guan, Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily News pada 8 Ogos 2011 yang lalu.
Bermain Api
Jabatan agama islam negeri selangor dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor, jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama itu, mereka akan berterus menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja.
Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihakJabatan Agama Islam negeri Selangor menggeledah dan memecah masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC), selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu meminta Jabatan Agama Islam Selangor ajukan laporan.
Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.
Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.
Nah! sekarang giliran Melayu pula diberi peringatan keras. Puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana JAIS berani menghalang usaha dan percubaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk memurtadkan sekumpulan orang Islam.
PAS dan PKR harus dipertanggungjawabkan dengan keadaan ini. Mereka yang terlampau memberi muka kepada cina-cina ini sehingga mereka berani melangkaui batas-batas yang telah ditetapkan.
Kepada pemimpin-pemimpin Melayu, terutamanya dari UMNO. Selepas ini tidak perlu lagi mengeluarkan amaran-amaran retorik seperti yang Horas! nyatakan diatas.
Ambil pendekatan dan tindakan yang tegas agar mereka mendapat pengajaran bahawa bangsa atau penganut agama lain sesekali tidak akan dibenarkan meletakkan kaki mereka diatas kepala umat Islam dan bangsa Melayu dinegara ini.
1 comment:
Tunggu pulak nanti org india cakap "ikut semua kehendak kami...jika tak, kami sanggup bermandi darah"..
Post a Comment