Friday, August 26, 2011

Isu Lynas: Tuan Ibrahim Macam Budak-Budak, Minta Projek Lynas Dipindahkan Ketepi Rumah Dr. Che Rosli.



Isu projek Lynas di Gebeng Kuantan benar-benar memerangkap dan menjadikan PAS huru hara.

Setelah sekian lama mereka jadikan isu projek tersebut sebagai modal untuk menipu dan menjaja fitnah memburukkan kerajaan pusat bersama PKR, akhirnya semalam mereka tersungkur ketanah.

Tambah memalukan apabila penipuan dan fitnah mereka selama ini bukan didedahkan oleh UMNO atau kerajaan pusat, tapi didedahkan oleh Dr Che Rosli Che Mat, ahli parlimen PAS dari Hulu Langat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man cukup marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Dr Che Rosli itu, tambahan pula pakar sains nuklear itu ada menyebut bahawa beliau telah dihalang oleh Penerangan PAS Pusat daripada tampil menyatakan perkara yang sebenar tentang isu projek Lynas.

Yang kelakarnnya, kerana tidak dapat mengawal perasaan marahnya, perangai Ketua Penerangan PAS Pusat yang selalu nampak tenang itu turut bertukar menjadi seperti perangai budak-budak apabila meminta projek Lynas itu dibawa ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.

Geli benar hati Horas! apabila memikirkan masih ada rupanya sikap kebudak-budakan dan sikap tidak matang yang masih bersisa dalam diri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dah berumur itu.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda PAS berhubung isu Lynas ini menunjukkan kepada kita semua betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin PAS. 

Mereka jaja keseluruh ceruk rantau bahawa mereka akan memartabatkan Islam, tapi hakikatnya perangai dan sikap mereka amat buruk sekali.

Kerana mahu mendapat kuasa yang diidamkan, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran demi untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pihak yang mereka jadikan musuh.

Dan yang paling parah, mereka turut menghalang ahli-ahli dan penyokong mereka daripada menyatakan kebenaran sedangkan sikap terpuji seperti itu amat dituntut oleh Islam yang mereka mengaku memperjuangkannya.



12 comments:

YY said...

Hahaha bangang punya Brahim...

Anonymous said...

Lerrr! xmatang lagi rupanya org tua tu. Malu weh!

Otak Geliga said...

tu la pemimpin PR terutamanya dr PARTI ISLAM SEMENTARA (PAS)....fakta yg BENAR lagi SAHIH disembunyikan KEBATHILAN & Pembohongan diagongkan diangkat menjadi perkara TERPUJI lagi SUCI.

Anonymous said...

apa nak heran! dah kena batang hidung sendiri baru padan muka! sebab tu mengelabah biawak Berahim tu!... dia low class, certificate pun bawah lagi... siapa dia nak bagi arah kat DR. Che Rosli tu yang Pakar Nuklear.

manjung said...

ish ish ish macam tu ka perangai pemimpin2 HamPAS sanggup menyembunyikan kebenaran demi politik. Memang HamPAS la puak2 ni...

Anonymous said...

Lain kali kalo dgr apa2 berita dan cerita dari juak PAS, selidiklah dulu. Sifat munafik dah sebati sgt dlm diri juak PAS. Paling ketara, depa ni paling kuat berbohong bila bercakap.

Anonymous said...

PAS mmg parti sampah...cuma PEMIMPIN tertinggi mereka bijak menggunakan agama untuk menakutkan para CENDIAKAWAN...nik ajis tua nyanyok...ulamak hamPAS..

Anonymous said...

Rakyat jadi keliru dan percaya kepada PKR dan PAS kerana kebijaksanaan mereka berbohong,

begitu juga dengan Dr Che Rosli antara yang menjadi mangsa bohong dakyah PAS sehingga melihat PAS adalah parti yang berlandaskan Islam.

Kalau orang secerdik Dr Che Rosli pun termakan dengan dakyah PAS, siapalah pencacai pencacai PAS.

Negara menjadi rugi apabila orang orang cerdik macam Dr Rosli boleh jadi bodoh kerana dakyah PAS ...

Dr Che Rosli akan menjadi Islam yang lebih baik tanpa berpolitik !!!

Horas! Hulu Langat said...

Anon 5:30: Betul apa yg sdra/sdri katakan itu. Kehebatan mereka berbohong membuatkan rakyat keliru untuk menilai mana yang benar dan mana yang palsu. Sudahnya ramai yang percaya dengan pembohongan mereka.

Mereka berselindung (bukan semua)disebalik imej mereka yang nampak zuhud dan warak untuk melindungi sikap buruk mereka itu.

usin said...

tu namanya 'budak' tua.

Anonymous said...

Hihihi...macam ni ropanya tahap pemikiran ketua penerangan parti PAS.....

jack said...

aku pun bukan sokong bn, tapi jangan la kebenaran ditolak kerana parti, gile babi betul , kalau ustaz macam tu, apa lagi yang jahil, jangan la jilat ludah bosss