Ada sebuah blog pro peliwat, ultra rasis dan ulamak politik yang nampaknya teramat-amat terdesak mahu membuktikan Kelantan sudah maju.
Horas! tak perasan apa nama blognya. Yang Horas! perasan ada gambar dibawah ini dalam blog tersebut.
Horas! mulanya tak kisah pun apa yang mahu dia tulis dan sampaikan pasal kemajuan di Kelantan itu. Suka hati dan lantak dialah.
Tapi bila diamat-amati fakta dan bukti yang dikemukakan...perasaan Horas! jadi berbaur. Ada rasa lucu...dan ada rasa kasihan.
Lucu kerana dia bersungguh-sungguh mengatakan Kelantan sudah teramat maju hanya kerana beberapa unit premis perniagaan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah dan sedang dibina....
KFC & Pizza Kok Lanas KFC Kota Bharu.Juga teramat-amat maju kerana beberapa kompleks/premis perniagaan, sebuah pasar dan sebuah medan selera seperti dalam gambar dibawah ini telah berjaya disiapkan dan ada yang sedang dibina....
kompleks perniagaan pasar medan selera
Oh ya!...sebelum Horas! terlupa blog itu turut menjadikan sebuah pasaraya Mydin (yang selalu dikutuk dan dikondem Pakatan Haprak kerana KR1Mnya) yang masih diperingkat awal pembinaannya adalah juga bukti bahawa Kelantan sedang mengalami kemajuan yang pesat yang tiada tandingannya.
Jangan tak tahu, kerja-kerja mengubahsuai untuk membesarkan sebuah hotel juga turut ditakrifkan sebagai sebuah kemajuan yang hebat :) ............
Setujukah rakan-rakan pembaca sekalian dengan dakwaan blog terbabit bahawa apa yang terdapat dalam gambar-gambar diatas adalah bukti bahawa Kelantan kini sudah maju mengatasi negeri-negeri lain yang ada di Malaysia?
Fikir-fikirkan lah...
Kalau sekadar berjaya membangunkan beberapa premis perniagaan, pasar, medan selera, pasaraya Myden dan KFC dijadikan penanda aras bahawa Kelantan sudah maju, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan cara berfikir juak PAS.
Kalau sekadar berjaya membangunkan beberapa premis perniagaan, pasar, medan selera, pasaraya Myden dan KFC dijadikan penanda aras bahawa Kelantan sudah maju, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan cara berfikir juak PAS.
Baiklah, bab lucu sudah habis, sekarang kita masuk kepada bab kasihan pula.
Tang mana yang kasihannya?
Horas! kasihan kerana bila sudah tiada lagi modal yang boleh ditunjukkan sebagai bukti kononnya Kelantan sudah mencanak-canak maju, blog tersebut terpaksa selitkan juga kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pusat yang diterajui UMNO.
Ini antara kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pusat di Kelantan walaupun teruk dikutuk, dimaki hamun dan dikondem macam nak gila oleh PAS (termasuk blog terbabit).
Pembesaran HUSM untuk kemudahan rakyat Kelantan (termasuk untuk kemudahan penyokong2 tegar PAS)
Pembesaran HRPZ untuk kemudahan rakyat Kelantan (sekali lagi termasuk untuk kemudahan penyokong2 tegar PAS)
Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai kemudahan untuk rakyat dan serta penyokong tegar PAS menggunakan kemudahan pengangkutan udara keluar dan masuk ke Kelantan
Wisma PERKESO yang kewujudannya mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan (termasuk memberi peluang pekerjaan untuk penyokong tegar PAS)
Walau bagaimanapun, memandangkan Horas! bukanlah seorang blogger yang hipokrit dan tidak jahat seperti blogger-blogger pro PR yang tetap akan menghentam walaupun sesuatu yang dilaksanakan oleh UMNO dan kerajaan adalah baik...jadi Horas! kena akui...ada juga antara projek-projek kerajaan PAS Kelantan yang boleh memajukan negeri tersebut dalam sektor pelancongan.
Contohnya seperti pembinaan beberapa buah hotel. Walaupun ada diantaranya masih lagi sekadar diperingkat perancangan namun sekiranya jadi kenyatan ianya akan memberi banyak peluang pekerjaan dan juga peluang untuk rakyat Kelantan yang sememangnya gemar berniaga menjana ekonomi dalam sektor tersebut.
Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan jumlah rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah kenegeri-negeri lain bagi mencari rezeki.
Tapi sebelum sebarang kempen menarik pelancong datang ke negeri Kelantan diadakan secara besar-besaran, pastikan dulu masalah sampah sarap dan masalah air paip kotor yang dah berdekad tak dapat diselesaikan itu diatasi terlebih dahulu.
Jadi tidaklah pelancong yang datang berkunjung nanti akan disambut dengan 'hiasan' sampah sampah-sarap busuk yang bertimbun dan air paip yang lebih kurang macam air kopi warnanya.
Buruk benar rupanya kalau begitu keadaan di 'Serambi Mekah' dan 'Bandaraya Islam'.
Tak gitu?
11 comments:
Lu dok kaluitt ni pasai apa...Kelantan biarlah rakyat kelantan yang tanggung....
Tak kalut pun...tapi bab air tu memang kegagalan hakiki PAS...nak nafi jugak...tak perlu...apa yang perlu...adalah BUAT KERJA...cakap jer tak buat kerja tak guno....
Buktikan ambo salah...bila ambo kelik kelate air tak keluar mace air kencing lagi....tapi ambo dah tunggu terlalu lamo doh tak dok perubahe apo....jadi silalah BUAT KERJA..
Muahahahhahahha!!!!!! elok ler tu, ada kfc dijadikan dalil negri kelate tu maju. Bangang ke haper nih?
Pembangunan utk rakyat adalah prasarana kegunaan rakyat spt jalanraya, spital, sekolah, air etc disamping bw pelaburan masuk. Kalau setakat kfc, mydin, tesco tu biasala...dimana ada target market, di situlah depa buka kedai. Sempitnya otak dia...
Hahaha kelakar, lucu. Backup xkna tmpt. Org klntn, sila akui ngeri anda tak maju. TUKAR!
PERHHH SELAMA 21 TAHUN RAKYAT KLNTN MINUM AIR KELADAK..KLNTN PGANG TITLE BERPENYAKIT AIDS PALING TINGGI DI MESIA DAN MCM2 TILTE JAHANAM YG HEBAT2 BELAKE DI BWH WALLY SLIPAU?..TP WALLY SLIPAU DH DOA MTK 17 TAHUN LAGI BUTEKAN MATE & HATI RAKYATNYE UTK JAGA KLNTN LG KEHKEHKEHKEH
21 tahun minum air keladak sampi otak pon berkeladak!
tak caya? aku nak bagi teka-teki, pengikut parti mana yang tak boleh beza antara PARTI POLITIK dan AGAMA?
memang mundur...kelantan memang mundur..
mundur sungguh2.....kenapa tak caya ke?....
mundur nya kelantan sbb puak2 lembumporno
banggang.....
kecoh pasal kltan apehal, negeri sabah ko yg sakai xnak ambik tahu plk..sebok jge tepi kain org..klau sume negri bwh umno sial ko 2 maju aku blh trime, ni lau ckp sal negeri sabah n perlis..blh ke korg back up...cuba korg pegi jenguk kt sabah n perlis, maju sgt ke sampai nk hina negeri kelantan..agak2 la, jgn smpai taksub sgt nagn umno smpai otak jadi bangang..kat kelantan pon ade gk umno..lg ko hina kelantan lg susah umno keparat nk rampas kelantan.klau xsuke sgt pas ckp je la, ni smpai nk hina satu negeri.dasar bodoh macam org papua new guinea..muka je cam mlsia..dasar admin blog babi, sial , jhanm,otak anjing
Anon 8:22 PM. Tengok dari skill maki hamun kau tu, aku dah tau kau jenis pencacai tegar PAS. Kawal-kawal lah sikit perangai hodoh tu. Ke pencacai tegar PAS dapat pahala bila memaki hamun? :)
ikut kolah macam ko tu kaya sangat.....mak bapak ko ade syarikat besar...tu nak bawak kemana ?
boleh bawak ke akhirat ke semua benda tu...
ko tu bodoh kerja kutuk kelantan otak kat kaki bukan kat kepala...
ko agama x cukup pergi belajar...
Post a Comment