Bila Mat Sabu atau Mahfuz bercakap dan berhujah sebaris dua ayat tentang ekonomi, serta merta PAS akan anggap ianya benar dan tepat. Dan tanpa bertangguh akan dipersetujui serta disokong 100%.
Walhal Mat Sabu dan Mahfuz bukanlah terdidik atau mahir dalam ilmu ekonomi pun.
Begitu juga halnya bila Fuziah Salleh bercakap pasal nuklear, maka akan melopong dan menganga mulut ahlul PAS mendengarnya.
Pengetahuan ciput yb dari PKR itu akan PAS iktiraf dan kata-katanya juga akan diangkat sehingga ketahap tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Tapi bila Dr Che Rosli Che Mat yang terdidik sehingga bergelar saintis dalam bidang sains nuklear bercakap dan berhujah panjang lebar tentang isu Lynas yang dijaja Fuziah, mereka anggap pula ianya kelentong semata-mata.
Ilmu dan hujah Dr Che Rosli mereka perlekeh dan jadikan bahan tawa.
Malah dengan sinis dan sombong, ada kepimpinan tertinggi PAS yang meminta loji Lynas itu dipindahkan kebelakang rumah Dr Che Rosli sendiri. Klik disini.
Apa buktinya PAS perlekeh, pandang remeh dan tidak iktiraf pandangan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh ahli parlimen Hulu Langat yang juga seorang saintis dalam bidang nuklear itu?
Ini dia...
Persoalannya.....
Mengapa PAS tidak iktiraf pandangan Dr Che Rosli? Sedangkan ilmunya diperakui dan beliau adalah dikalangan pemimpin PAS sendiri?
Jawapannya kerana Dr Che Rosli berani berkata benar walaupun pahit. Satu prinsip mulia yang amat digalakkan oleh Islam tapi amat tidak digemari oleh PAS dalam percaturan dan kaedah politik mereka meraih sokongan rakyat.
Kasihan Dr Che Rosli...
Bersungguh-sungguh benar dia mengeluarkan fakta dan bukti mengatakan loji memproses nadir bumi Lynas itu tidak merbahaya atau boleh mendatangkan kemudaratan kepada penduduk disekitarnya berdasarkan ilmu serta pengetahuan yang dimilikinya......
...tapi cakap kosong lagi merapu Fuziah juga yang dijunjung dan dipandang PAS.
5 comments:
nak wat camner bro, penganut PAS memang lagi sukakan auta dari fakta. lagi hebat auta yg dibuat oleh pemimpin pr, lagi suka penganut pas mendengarnya.
kalau pemimpin dada kosong, pengikut lagilah bingai...itu lah dia senario dlm hamPas..
Saya setuju dengan pendapat ringkas anon 3;09.
Penyokong parti Pas memang gemarkan sesuatu yang berbentuk rumor atau pun gossip. Penilaian ini saya buat berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Saya pernah beberapa kali mengikuti ceramah politik yang disampaikan oleh beberapa orang pemimpin Pas, termasuklah oleh Mat Sabu.
Sudah 3 kali ceramah Mat Sabu saya ikuti dan berani saya katakan, tiada isi yang benar2 bermanfaat boleh diambil dari ceramahnya.
Yang banyak disampaikan oleh Mat Sabu hanyalah andaian2 liar dari persepsi sendiri sambil diselang seli dengan lawak jenaka.
Tapi saya lihat penyokong2 Pas cukup teruja dengan auta yang dijual Mat Sabu.
Orang melayu terutama kalangan cai PR sukakakan FITNAH, PERSEPSI, ANDAIAN, GOSSIP LIAR...
Benarkah Dua Kapal Dagang ZIM Milik Israel?
celakalah diorg nie,penat2 kerajaan tarik pelabur diorg senang2 nak sabotaj...beribu peluang kerja yang ditawarkan mungkin akan lenyap begitu sahaja..berapa banyak cukai yang bakal kerajaan dapat pun mungkin akan lenyap...
Post a Comment