Friday, February 3, 2012

Isu KUIN: PAS Zalim, Halang Ustaz Azizan Bela Diri.


Kasihan Ustaz Azizan.

Dalam isu KUIN, beliau teruk diserang dari depan, belakang kiri dan kanan...terutamanya dari seorang bekas profesor yang kini jadi penganggur terhormat.

Punyalah lekeh Ustaz Azizan pada pandangan bekas profesor yang menganggur itu, sampaikan MB yang menjadi tenaga penting dan penggerak dalam usaha PAS menawan Kedah dari UMNO itu disuruhnya letak jawatan dan dihalau-halaunya keluar dari partinya sendiri.

Kini nasib Ustaz Azizan bertambah malang kerana dia diarahkan pula menutup mulut dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan berhubung kontroversi KUIN oleh kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Walhal Ustaz Azizan pada ketika ini amat mengharapkan sokongan dan pembelaan dari pemimpin-pemimpin PAS yang lain bagi menangani isu KUIN itu

Maka akan tersenyumlah dan tertawa rianglah pihak yang bersungguh-sungguh menyerang Ustaz Azizan selama ini...terutamanya si bekas profesor yang menganggur. 

Akan bertambah galaklah mereka menyerang Ustaz Azizan kerana mereka tahu Ustaz Azizan kini tidak akan mampu lagi untuk mempetahankan diri kerana mulutnya sudah dikunci.

Tapi entah mengapa Horas! merasa yakin tindakan mengarahkan Ustaz Azizan tutup mulut oleh kepimpinan tertinggi PAS ini bukan dilakukan atas kehendak dan kerelaan hati mereka melainkan ianya adalah atas arahan pihak-pihak tertentu dari luar PAS.

Atau dalam bahasa straight to the pointnya, pihak yang menekan PAS agar memecat Dr Hasan Ali dulu jugalah yang kini bertanggungjawab meminta kepimpinan tertinggi PAS memasung mulut Ustaz Azizan. 

Kita semua sedia maklum bahawa Ustaz Azizan baru-baru ini ada menyindir Pakatan Rakyat bahawa kitab jingga yang mana janji untuk menghapuskan AUKU (yang menjadi punca kontroversi di KUIN) ada disebut didalamnya bukanlah seperti Al-Quran - yang isinya perlu dihayati dan dijadikan panduan.

Sedikit sebanyak kenyataan Ustaz Azizan itu sudah tentu menyinggung dan sekali gus memperlekehkan apa yang amat-amat dibanggakan dan dianggap serba sempurna serta serba hebat oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Jadi untuk menghalang Ustaz Azizan daripada terus memperlekehkan kitab tersebut yang jika dibiarkan boleh memberi kesan buruk kepada Pakatan Rakyat...maka sesuatu perlu dilakukan. 

Kalau diarahkan PAS memecat Ustaz Azizan sepertimana yang pernah dilakukan ketika Azmin mengarahkan Dr Hasan Ali dipecat dulu mungkin nampak terlalu drastik selain dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan ahli-ahli bawahan PAS di Kedah. 

Jadi jalan yang terbaik adalah dengan mengarahkan kepimpinan tertinggi PAS mengunci sendiri mulut Ustaz Azizan walau dengan apa cara sekalipun.

Apa nak buat...nampaknya inilah untung nasib mana-mana pemimpin PAS yang berani mempertikai dan memperlekehkan apa-apa yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Dan kerana Anwar Ibrahim juga, jasa dan budi Ustaz Azizan selama ini boleh PAS lupakan dalam sekelip.




1 comment:

Anonymous said...

masih tak sedar2 lagi para penyokong hamPas yag pemimpin mereka hanya jadi baruah dan balaci kepada DAPigs & PKR..ulama2 dlm hamPas sebenarnya munafiqun bertopengkan jubah dan serban, termasuklah nabi jadian si tua kutuk n.ajis tu...