Wednesday, February 1, 2012

Bawa-Bawalah Berfikir Sebelum Bercakap Wahai Mokhtar Senik Oii..



Siapa Ustaz Mokhtar Senik?

Beliau adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Semasa berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang baru-baru ini, ustaz Parti Adat & Sukan ini ada mengatakan bahawa 'habitat' UMNO ialah masyarakat yang jahil dan disitu biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. Kononnya PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat. 

Katanya lagi, UMNO-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan PAS yang berkembang subur dalam masyarakat bermaklumat. Sumber haramkahdaily.


Alahai Ustaz Mokhtar oiii! pihak mana yang sebenarnya hidup dalam keadaan tidak bermaklumat? Bukankah totok-totok PAS yang sebenarnya hidup dalam keadaan tidak bermaklumat. 

Semua orang tahu pemimpin-pemimpin PAS menghalang dan 'mengharamkan' pengikut-pengikut mereka mendapatkan maklumat dari media-media cetak yang lain selain dari harakah?

Semua orang juga tahu yang pemimpin-pemimpin PAS melarang dan 'mengharamkan' penyokong-penyokong mereka mendapatkan maklumat dari media elektronik melainkan dari TV PAS sahaja?

Malah lebih teruk dari itu...pemimpin-pemimpin PAS juga turut menghalang dengan keras ahli-ahli parti mereka daripada hadir mendapatkan maklumat daripada siri-siri ceramah dan penyampaian maklumat yang dianjurkan oleh NGO-NGO...walaupun ianya dilaksanakan atas kepentingan agama.

Program Himpunan Sejuta Ummah yang dianjurkan oleh gabungan beberapa NGO tidak berapa lama dahulu boleh dijadikan bukti. 

Mengapa pemimpin-pemimpin PAS tidak membenarkan pengikut-pengikut mereka mendapatkan maklumat melainkan dari sumber yang Horas! sebutkan tadi?

Jawapannya mudah. Mereka tidak mahu para pengikut mereka mengetahui keadaan dan situasi sebenar sesuatu isu atau perkara yang berlaku. 

Mereka tidak mahu penyokong totok dan ahli-ahli bawahan tahu tentang keburukan PAS.

Mereka juga tidak mahu penyokong totok dan ahli-ahli bawahan tahu kelemahan PAS. Pendek kata mereka mahu menyembunyikan pekung busuk yang ada pada parti mereka sendiri.

Jadi pihak mana yang sebenarnya hidup dan bergantung harap pada masyarakat buta maklumat dan jahil? Bukankah amat tepat kalau dikatakan ianya adalah PAS sendiri?

Tapi yang lucunya, Ustaz Mokhtar Senik  kata pula UMNO dan BN yang hidup dan bergantung harap pada masyarakat yang tidak bermaklumat.

Tapi biasalah. Pemimpin-pemimpin PAS mana mahu berfikir sebelum bercakap. Asalkan ada yang sudi mendengar...mereka akan bercakap pung pang pung pang macam bertih goreng.

Mat Sabu, Mahfuz Bean malah Nik Aziz sendiri boleh dijadikan contoh klasik......




5 comments:

dinturtle said...

mohon saya copy link artikel ini :)

Horas! Hulu Langat said...

silakan bro...

hanizam said...

sejak jadi PARTI ADAT SSSOOOCIIIIAL, ceramah mereka dah takda power...

masih menyalahkan pihak lain, walhal, mereka pun teruk...

Anonymous said...

Terima kasih UMNO..kerana UMNO..kami orang melayu hidup mewah...

Anonymous said...

Kami bangga kebanyakan bisnes dan kediaman mewah milik orang melayu...10 orang terkaya malaysia adalah melayu...Tan sri Robert kuok kirim salam..tima kasih manyakx2 aa UMNO...