Sunday, February 19, 2012

Amoi DAP Berceramah Di Surau Boleh, Sambutan Maulud Nabi Di Masjid Tak Boleh...Itulah Hulu Langatku.

Masjid Taman Rakan

Semalam, sekumpulan wanita di Taman Rakan, Sungai Long mahu mengadakan Maulud Nabi dimasjid kariah mereka. Sambil itu mereka mahu raikan juga 50 warga emas yang tinggal dikawasan sekitar.

Program ini sudah lama dirancang dan diatur. Segala keperluan dan kelengkapan sudah disiapkan. Malah 50 warga emas yang hajatnya mahu diraikan itu sudah pun dikumpulkan.

Tapi disaat-saat akhir program tersebut akan dijalankan, tiba-tiba tampil pengurusan masjid Taman Rakan menghalangnya. Tanpa timbangrasa dan tanpa sedikitpun budibicara mereka bertegas tidak membenarkan masjid tersebut digunakan.

Alasan maha kayu yang mereka gunakan...program tersebut berbaur politik. Memualkan sungguh!

Inilah politik sempit dan dungu PAS. Mereka memandang semua perkara itu adalah politik dan kerana politik.

....anjurkan Maulud Nabi, ohhhh! itu politik
....beramah mesra dan raikan warga emas, ohhhh! itu politik juga.

Tapi bila seorang amoi DAP yang tidak menutup aurat dan berkebaya ketat datang berceramah disurau sambil menghulurkan sumbangan, bukan politik pula kata mereka. Dan seribu satu alasan mereka gunakan untuk menghalalkan apa yang telah mereka lakukan itu.

Teo Nie Ching di Surau Al-Huda Kajang

Kepada kumpulan wanita di Sungai Long yang dihalang menggunakan masjid untuk menjalankan program mereka semalam...janganlah bersedih, kecewa atau patah hati. Anggaplah itu satu dugaan. Untuk melaksanakan sesuatu yang baik dan terpuji seperti itu bukan mudah. Pasti akan ada halangan dan dugaannya.

Pada yang menghalang, ingatlah...Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan pasti akan ada balasannya. Jika tidak dengan kadar segera, lambat laun pasti akan sampai juga balasannya kepada anda semua. 

Harap ahli parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, pandang serius isu yang berlaku di Masjid Sungai Long ini. Jangan sekadar menutup mata dengan sikap buruk pihak-pihak yang menguruskan masjid atau surau di Hulu Langat ini.

Ingat! itu rumah Allah...bukan rumah PAS.



10 comments:

Anonymous said...

PAS sial

Anonymous said...

Nampaknya yg layak dan bole gunakan masjid tuk buat apa2 aktiviti skang ni PAS dan DAP je la. Selain PAS dan DAP dah tak boleh dah.

Otak geliga said...

HANCUR agama Allah dipermainkan Parasit2 kecik dlm PAS...hmmmm

kepada yg terkena serangan parasit, sabar je la

Anonymous said...

aku x sabar2 nak tengok Pas dan Pakhatan Rakyat melingkup kat S'ngor ni. Dah makin macam haram jadah cara politik dorang.

Ahmad Shukri Mokhtar said...

selama nipun ceramah agama diseleweng dgn ceramah parti ajaran sesat, zaman kita bebudak dulu bl iktikaf di surau atau masjid kita dilarang bercakap hal2 dunia. Tp puak haramjadah PAS gunakan masjid utk berbalah dgn orang yg tak menyokongnya, tazkirah ramadhan pun citer politik nuar berahi, n.ajis

Anonymous said...

padan muka orang UMNO. Dulu masa memerintah Selangor, buat benda yg sama juga. PAS tak blh buat itu, tak blh buat ini. Sekrang baru tau cane rasanya.

Harap bila UMNO perintah Selangor semula nanti, fikirlah balik untuk lebih mengamalkan demokrasi dan lebihkan kepentingan ummah. Bukan smua yg orang PAS buat itu ada niat politik. Bg peluang pd sesiapa saja yg ingin bantu, asalkan memberi faedah pd ummah.

-atas pagar

GotYou said...

Bawak cina kapir buat ceramah dalam masjid...bantu kepala banar apanya???

nonbal said...

ADA MALAUN MANA AMBIK SEORANG PENCERAMAH (USTAD) PAS UNTUK CERAMAH MAULIDURRASUL DI PEJABAT AKU di mergong a/s PADA 16 FEB LEPAS, DIPENDEKKAN CERITA, PERTENGAHAN CERAMAH, DIA MULA MELENCONG MENGATAKAN WANG PEMEBERIAN KERAJAAN BR1M (RM500) ADALAH UNSUR RASUAH, DAN KATANYA PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH KEDUA2 DALAM NERAKA. KECUT PERUT STAFF YANG DENGAR KERANA RATA-2 MEREKA MENERIMA TERMASUK MALAUN YANG MENJEMPUT USTAD TERSEBUT. TAPI NASIB BAIK USTAD TU KATA, KALAU TAK PANGKAH BN, ANDA SELAMAT, ANGGAPLAH PEMBERIAN TERSEBUT SEBAGAI HADIAH. MAKA TERSENGIHLAH KEMBALI PARA PENDENGAR YANG DISELUBUNGI KERISAUAN TERSEBUT DAN ADA YANG TERCENGANG SERTA TERKESIMA DIATAS KEBIJAKSANAAN USTAD TERSEBUT MEMUTAR BELIT AGAMA DAN DLM MASA YANG SAMA DAPAT 'MENGHALALKAN' PEMBERIAN RASUAH K'JAAN. SETAHU AKU YANG HALAL ADALAH TERANG DAN YANG HARAM JUGA TERANG. BEGITULAH TAHAP PEMIKIRAN UGAMA PUAK HAMPAS.

Anonymous said...

aku yg org kedah ni rasa malu.nilai halal & haram dlm Islam begitu murah diperdagangkan oleh ustaz PAS. klu dah ustaz mcm tu, tak hairan lah para jemaahnya dan penyokongnya lebih teruk jadinya.

Anonymous said...

Maksud PAS.. Pembangkang Adalah Sial