Sunday, February 5, 2012

Imbas Kembali: Jelas Yang Menolak Hudud DAP Dan PKR, Tapi UMNO Juga Yang Dipersalahkan.



Ini bukti PAS beriya-iya mahu melaksanakan hudud bukan kerana Allah SWT...tapi kerana keuntungan politik semata.

Jika PAS benar-benar mahu melaksanakan hudud ikhlas kerana Allah, halangan dan kekangan daripada DAP dan PKR tidak sepatutnya dijadikan batu penghalang.

Tapi biasalah PAS...walaupun terang-terang DAP dan PKR yang menghalang cita-cita mereka, UMNO jugak yang mereka persalahkan dan jadikan kambing hitam.

Tidak pernah sekalipun kita dengar dari mana-mana mulut pemimpin PAS yang mengaku bahawa mereka sebenarnya mendapat halangan dari DAP dan PKR dalam usaha mereka melaksanakan hukum Allah berkenaan. 

Mereka tetap menuduh yang menghalang mereka adalah UMNO....

Mereka tetap menuduh yang tak mahu hudud  itu adalah UMNO...

Dan mereka tetap menuduh yang menolak hudud itu adalah UMNO...

Walhal UMNO seklipun tidak pernah menolak hukum berkenaan. Cuma UMNO berpandangan ianya belum sesuai dilaksanakan atas beberapa sebab dan faktor tertentu.

Nah! kita boleh lihat dan nilai pihak mana yang lebih ikhlas dalam isu hudud ini sebenarnya.

Pihak yang beriya-iya mahu hudud terlaksana menuduh ianya tidak dapat dilakukan kerana menerima halangan dan tentangan dari musuh mereka, walaupun hakikat sebenarnya rakan-rakan sekutu mereka sendiri lah yang menolaknya dengan keras.

Manakala satu pihak lagi, tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak lain mengaku hudud belum sesuai dilaksanakan atas beberapa faktor terutamanya dalam soal untuk memastikan ianya memberi keadilan kepada rakyat berbilang kaum dan agama dinegara ini.

Selagi kita mahu menggunakan akal yang waras dalam menilai sesuatu perkara, tidak susah sebenarnya mahu melihat pihak mana yang benar.

Jadi rakan-rakan pembaca sekalian nilai dan fikir-fikirkan lah hal ini. 

Mudah-mudahan kita tidak termasuk didalam kelompok yang sanggup mempergunakan agama semata-mata kerana mahu mengejar keuntungan dan sedikit kuasa didunia.




No comments: