Siang tadi Horas! ada membuat satu posting tentang kisah mimpi Subky Latif bertemu dengan Rasulullah SAW dan Horas! turut menempelkan sekeping gambar yang diambil dari Harakah tentang artikel bertajuk 'Saya Sayang Ambiga' yang beliau tulis.
Untuk membaca posting berkenaan rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.
Dan dibawah ini pula adalah komen yang Horas! terima berkaitan posting tersebut dari seseorang yang hanya menggunakan pengenalan anonymous namun mengakui bahawa dia adalah anak kepada Subky Latif.
"ini lah yg jd kalau org yg ngaji agama sekerat je...
klu hampa ngaji ngan maulana2 ngn ulama2 besar kat luar dr malaysia, most of them mimpi jumpe Nabi SAW, dan seorg ulama mengatakan, bahawasanya klu kite mimpi jumpe nabi, kita tau itu nabi, dan syaitan sama sekali xkn mampu untuk menyerupai nabi.
wal hal klu hampa nak tau mufti dari Darul Uloom Zakariya di India pernah mengatakan kepada seorg ulama yang pernah bermimpi jumpe dgn nabi bhw apabila seseorg tu mimpi jumpe nabi, ade dua sbb, sama ade org yg bermimpi itu rindu kpd nabi atau nabi nk bgtau petunjuk yg akan berlaku pd mase akan dtg,
hal ini kerana ulama yg bermimpi jumpa nabi itu mengatakan dlm mimpi die, die nmpk nabi xde janggut, pakai blazzer..ulama ini die mimpi pada tahun 1880 an...
aku ni anak Subki, xkn la aku nk tgk korg kutuk dan fitnah bapak aku tanpa bela bapak aku..tp xpe la, da mmg perangai org umno mcm ni, aku terima la hakikat perangai korg mmg mcm ni..
btw, aku tau amalan bpk aku hari2 camne..so truskan la korg kutuk..bapak aku pun bahagia ade jugak org mcm korg ats muke bumi ni...byk pahala beliau dpt...
By Anonymous on Dia Pernah Mimpi Bertemu Rasulullah, Tapi Kasihnya... at 9:13 PMRakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri komen diatas.
Horas! tidak mahu mengulas tentang kisah individu-individu tertentu yang bermimpi menemui Rasulullah SAW seperti yang terdapat dalam komen diatas. Apa yang Horas! ingin ulas adalah tentang sikap double standard si pemberi komen.
Nampaknya anak (kalau benarlah) Subky Latif sensitif dan tersinggung dengan komen-komen pembaca blog Horas! yang ada diantaranya sedikit keras dan sinikal.
Mengapa perlu terasa dan tersinggung? Bukankah selama ini kebanyakan penceramah-penceramah PAS sendiri...yang kononnya memperjuangkan Islam lebih keras cercaan dan maki hamun mereka kepada pemimpin UMNO atau sesiapa sahaja yang mereka anggap musuh?
Bukankah ada penceramah PAS yang memaki hamun dan menuduh Mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria) sebagai pemakan duit pelacur, duit judi dan duit babi?
Bukankah ada penceramah PAS yang memaki hamun dan menggelarkan ulamak-ulamak tertentu sebagai syaitan bisu dan menyokong kemungkaran?
Bukankah ada kalangan pemimpin dan penceramah PAS yang dengan mudah memaki hamun dan menuduh orang itu dan orang ini sebagai munafik, kufur, fasik dan entah apa-apa lagi gelaran yang buruk?
Malah dulu ada penceramah PAS yang sanggup membuat fitnah yang amat dahsyat apabila mengatakan kononnya Tun Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya.
Kalau Horas! mahu menulis apa maki hamun dan fitnah yang pernah dilemparkan oleh pemimpin dan penceramah PAS kepada pihak-pihak yang mereka anggap musuh...tiga hari tiga malam belum tentu habis.
Kepada pemberi komen diatas yang mengaku dirinya adalah anak Subky Latif, Horas! ingin bertanya kepada anda, apa agaknya perasaan anak-anak mereka yang pernah menjadi mangsa maki hamun dan fitnah itu?
Gembirakah mereka?
Seronokkah mereka?
Atau mereka merasa sedih dan terhina apabila ayah mereka dihina, dimaki hamun dan dicerca sewenang-wenangnya.
Inilah contoh fikiran bercelaru jumud PAS. Mereka melenting apabila sesuatu yang kurang enak terkena pada batang hidung mereka sendiri. Tapi apabila ada dari kalangan pemimpin atau penceramah mereka yang mencerca dan memaki hamun orang lain...mereka sambut pula dengan sorak dan derai tawa gembira.
Akhlak yang dituntut dan diajarkan Islamkah itu? Boleh jalan lah!
Horas!: Selain Ustaz Harun Din Al-Hafiz, Horas! tidak pernah mendengar Nik Aziz, Hadi Awang mahupun mana-mana pemimpin atau penceramah PAS yang diangkat sebagai ulamak pernah bercerita mereka bertemu Rasulullah SAW didalam mimpi.
5 comments:
Senjata makan tuan...hahaha
kepada anon yg dikupas oleh Horas!
Syaitan mmg tidak boleh menyerupai nabi Muhammad TAPIiiii....syaitan boleh meengaku sbg nabi......2 soalan basic terpenting tanya pada sesiapa yg pernah mengaku berjumpa nabi di alam mimpi:
1) bagaimana rupa nabi Muhammad
2) apa yg nabi Muhammad sampaikan
hal ini kerana ulama yg bermimpi jumpa nabi itu mengatakan dlm mimpi die, die nmpk nabi xde janggut, pakai blazzer..ulama ini die mimpi pada tahun 1880 an...
---------------------------------------------------------
berdasarkan keterangan yg diberi oleh Ustaz Fathul Bari, yg ulama itu jumpa BUKAN nabi Muhammad sbb:
1) Nabi x pakai blazer
2) Nabi berjanggut & janggutnya HITAM hanya bbrp helai yg PUTIH BUKAN PUTIH keseluruhannya
sila buka blog ABUAQIF utk lebih lanjut.....tq
Askm... Adab sekiranya kita bermimpi berjumpa Rasulullah SAW ialah jangan kita ceritakan pada orang. Biarkan ia menjadi rahsia dalam diri kita.
Sapa-sapa pun boleh ngaku mimpi jumpa Nabi. Budak tadika pun boleh. Bukan sapa pernah nampak muka nabi pun. Lainlah muka mat sabu ke, muka N ajis ke atau muka Ambabiga ke...Orang yang mengaku mimpi jumpa Nabi biasanya ada kepentingan atau muslihat tersendiri.
Post a Comment