Monday, February 6, 2012

Video Syahdu: Meleleh Air Mata Melihat Program Pra Sambutan Maulidur Rasul Di Kedah.

Suara wanita itu adalah aurat.

Itu sebabnya kerajaan Kelantan yang diterajui PAS melarang wanita dari negeri berkenaan menyertai Tilawah Al-Quran.

Kata Nik Aziz;
"Tindakan dilakukan sebahagian wanita Islam yang ghairah bernyanyi di depan khalayak ramai tanpa memikirkan masalah aurat dari segi pemakaian dan suara cukup dibimbangi."
“Apakah orang Melayu khususnya golongan wanita boleh hidup dengan hanya bernyanyi semata-mata. Kita bimbang kecederongan itu merebak memandangkan tiada usaha kita untuk menyekatnya. 
"Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai."
Tapi itu dulu.

Kini, semenjak bercemolot dengan DAP dan PKR, jangan kata suara...wanita bergelek meliuk lentok dengan pusat terdedah pun PAS dah tak kisah.

Kalau dulu di Selangor PAS pernah bersekongkol bersama DAP dan PKR menghidangkan kepada rakyat konsert mega oleh artis barat sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak, baru-baru ini PAS dan rakan-rakan pakatannya sekali lagi bersekongkol menghidangkan tarian gelek yang mengghairahkan untuk dinikmati oleh rakyat sebagai program pra sambutan Maulidur Rasul.

Mari tonton video dibawah




2 comments:

Anonymous said...

Toodiaaaaa !! hahahaha

Anonymous said...

kalau ikut hukum agama PAS, yg jadi aurat wanita suara jer kot. Bodi tak termasuk,,,muahahahha...