Tuesday, February 21, 2012

Hebat! 'Smart Meter' Bukti Kerajaan PAS Kelantan Dan AKSB Bijak Membuat Keputusan.


Banyak pihak yang mempertikaikan tindakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menukar meter air lama pelanggannya dengan meter air baru jenama 'Smart Meter'. 

Alasannya, walaupun kadar penggunaan air adalah sama, namun meter air yang baru itu mencatatkan bacaan kuantiti penggunaan yang lebih tinggi berbanding meter lama. 

Selain itu,  'Smart Meter' itu juga dikatakan mudah rosak.

Tapi Horas! tidak bersetuju dengan kedua-dua alasan tersebut. 

Mana mungkin kerajaan Kelantan melalui  AKSB sanggup membazir wang sebanyak RM 11 juta bagi menggantikan meter air yang lama dengan meter air baru jenama 'Smart Meter' kalau ianya tidak memberi faedah kepada rakyat.

Mustahil kerajaan PAS dan pihak pengurusan tertinggi AKSB sepandir itu! 

Takkan lah PAS sanggup menganiaya majoriti rakyat yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negeri berkenaan selama lebih 20 tahun.

Maaflah, kali ini Horas! amat tidak bersetuju dengan tindakan segelintir blogger pro UMNO dan BN yang mengkritik pendekatan AKSB menggunakan meter air jenama 'Smart Meter' itu.

Horas! ada terjumpa tentang 'kelebihan' menggunakan meter air canggih berkenaan diinternet. Dan kelebihan itu tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri lain melainkan di Kelantan.

Tonton video dibawah dan lihat betapa canggihnya meter pintar tersebut bertindak dan berfungsi menjadikan air paip di Kelantan bukan sekadar air biasa.





Nah!...bukti sudah ada didepan mata. Masih lagi mahu menuduh kerajaan PAS Kelantan melalui AKSB sengaja membazirkan RM11 juta untuk sesuatu yang tak berfaedah?

Air kopi keluar dari paip tu beb!....hebatttt. Kalau mahu yang sejuk, tinggal tambah ketulan ais sahaja. UMNO/BN boleh buat macam tu? kirim salam lah!

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang 'Smart Meter' yang digunakan oleh AKSB berkenaan, boleh klik disini.




7 comments:

Anonymous said...

woww! canggihnya smart meter itu..muahahaha!!

Anonymous said...

Itu air kopi turun dari syurga Pok Nik melalui paip yang diselenggarakan oleh AKSB la..... ngok betul blogger2 UMNO ni.

Keh keh keh keh.... semua salah UMNO beb. Tercirit keluar taik hijau pun salah UMNO...

Anonymous said...

Ini melibatkan kepentingan rakyat Kelantan. SPRM kena buka fail siasatan sebab mungkin ada sesuatu yang telah berlaku. Orang awam nak tengok SPRM buat kerja ke tidak.

wong edan said...

yahooo...dah jimat duit kopi..
lpas nih x yah sibuk2 beli kopi..buat kopi...semuanya dah tersedia..
tinggal bukak paip n bubuh gula aja...
itu bukti kerajaan berkebajikan..perihatin masaalah rakyat..
itulah kebijaksaanaan kerajaan pimpinan poknik..
tahniah rakyat kelantan undi la lagi PAS..

Anonymous said...

Meter air ini tidak mematuhi Perintah Bentuk Timbang dan Sukat 1981 dan tiada kelulusan dari Penyimpan Timbang dan Sukat.

Anonymous said...

Kononnya nak pakai meter canggih ler tu...last2 rupanya barang yg tak qualified

usin said...

teringat pulak maharaja lawak mega. "apapun tak boleh". alahai kelantan, kerajaan serambi mekah....