Monday, February 27, 2012

Ana Tak Salah! Yang Salah UMNO, Suami Perempuan Itu Dan JAIP...



Ye lah labu...!
Orang-orang suci macam kamu dan puak-puak kamu mana pernah buat salah dan silap.

Kamu bawak isteri orang duduk berdua-duaan dalam bilik hotel...kamu tak salah. Yang salah suami orang itu.

Kamu langgar undang-undang syariah yang ada, sampai kamu kena tangkap basah...kamu tak salah. Yang salah JAIP.

Kamu dah terang-terang kantoi kerana perbuatan kamu sendiri...kamu tak salah. Yang salah UMNO.

Suka hati kamu lah labu...!
Salahkan lah sesiapa pun yang kamu nak salahkan. Tudingkan lah kesepuluh jari kamu yang ada tuduh pihak itu dan pihak ini menganiaya dan memerangkap kamu.

Tapi ingat!

Benang basah takkan selama-lamanya boleh kamu tegakkan.
Esok lusa rakyat tahu lah siapa yang salah sebenarnya.

Masa tu kamu akan malu semalu malunya....

3 comments:

Anonymous said...

Kalau kami lah bini2 kamu, kami minta cerai talak tiga dgn kamu.

Bingai @ Bangang said...

aku rasa JAIP salah kot. dia bukan buat depan publik pun. Kan kaunseling dalam bilik TERTUTUP?

Bini orang tu Ostad! Di TendangTerajang

Anonymous said...

Ostad Butt boleh tipu kita semua, tapi ostad Butt tak boleh tipu Allah. Tunggu la waktu dan ketikanya balasan Allah sampai.