Saturday, February 11, 2012

Inilah Puncanya Mengapa Tahun Ini PAS Halalkan Sambutan Hari Valentine

Banyak pihak yang terkedu dan terkejut apabila melihat PAS melalui Dewan Pemudanya ketika ini nampak begitu bersungguh-sungguh mahu menghalalkan pasangan bercinta - termasuk yang telah berkahwin - menyambut dan meraikan Hari Valentine.

Masakan tak terkejut, PAS yang selama ini dilihat begitu tegas melarang dan mengharamkan umat Islam daripada menyambutnya dengan mengemukakan pelbagai nas,dalil, hujah serta bukti bagi menyokong pendirian mereka selain turut dengan istiqamah menjadikan Hari Valentine sebagai modal untuk menghentam UMNO dengan pelbagai tuduhan liar dan jahat tanpa disangka telah membuat u-turn secara mengejut.

Nasihat Horas! kepada rakan-rakan pembaca atau sesiapa sahaja diluar sana...usahlah terkejut atau merasa pelik dengan tindakan PAS tersebut.

Horas! pernah menulis mengenai isu Hari Valentine ini tahun lalu dan sudah menjangka PAS akan cuba mencari jalan untuk menghalalkan sambutannya tahun ini.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu, apa yang bakal Horas! tulis inilah yang menjadi punca  mengapa PAS yang sebelum ini amat tegas melarang umat Islam meraikan hari berkenaan...secara tiba-tiba begitu beriya-iya pula mahu menghalalkannya.   .........................................


Tahun lalu, beberapa minggu sebelum tarikh hari meraikan kekasih itu muncul, kerajaan@UMNO melalui pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan satu kempen yang diberi nama 'AWASI JERAT HARI VALENTINE'. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam tentang bahayanya meraikan hari yang dicipta khas untuk penganut agama Kristian itu.

Nasrudin Tantawi dan Dewan Pemuda PAS yang dipimpinnya tidak senang dan cemburu melihat usaha JAKIM berkenaan. Dan kerana tidak mahu dilihat pasif serta ketinggalan dalam usaha menyedarkan umat Islam tentang bahayanya meraikan hari berkenaan...Nasrudin telah merancang untuk melakukan perkara yang sama.

Dia dan barisan EXCOnya didalam Dewan Pemuda PAS Pusat sepakat untuk meniru dan melaksanakan apa yang telah diusaha, dirancang dan dilaksanakan oleh JAKIM itu.

Maka riuh rendah dan sibuklah mereka mewar-warkan kempen yang bakal mereka laksanakan itu keseluruh ceruk alam Tanah Melayu. Kononnya pada detik Hari Valentine mula diraikan nanti, Pemuda PAS dan jentera mereka akan melakukan 'sport check' keatas pasangan-pasangan yang mereka temui.

Tapi belum pun sempat kempen yang mereka ciplak dari JAKIM itu mereka laksanakan, mereka telah disergah oleh rakan sekutu mereka sendiri. 

Anthony Loke yang amat ditakuti oleh Nasrudin

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke membantah keras kempen yang mahu dilaksanakan oleh Nasrudin Tantawi dan rakan-rakannya dalam Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

Ini amaran keras yang dikeluarkan oleh Anthony;
"DAP sama sekali tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih. 
"Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP".
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...belum sempat demam akibat disergah oleh Ketua Pemuda DAP kebah, Nasrudin dan rakan-rakannya disergah sekali lagi. Kali ini oleh pemimpin mereka sendiri yang perangainya memang terkenal sebagai penjilat tegar DAP selain tunduk kepada Kristian. 


Amaran Khalid Samad;
"Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguatkuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama." 
"Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan. Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih".
Maka bertambah terduduklah Nasrudin dan rakan-rakannya.

Kempen yang telah mereka rancang terpaksa dibatalkan. Kalau ada pun perlaksanaannya...hanya dibuat sekadar untuk melepaskan batuk ditangga bagi tujuan menyedapkan hati jentera bawahan Pemuda PAS Pusat yang kononnya telah bersiap siaga dan bersemangat mahu melaksanakan kempen tersebut.

Kesannya boleh kita semua lihat ketika ini.

Kerana tindakan Anthony Loke dan Khalid Samad itulah yang membuatkan PAS langsung tidak berani bercakap apa-apa menjelang munculnya Hari Valentine tahun ini. Mereka tidak sanggup untuk menerima sergahan dan tentangan keras dari Anthony Loke dan Khalid Samad bagi kali yang kedua.

Bagi membuktikan amaran Anthony Loke dan Khalid Samad dulu sentiasa terpahat didalam jiwa selain kerana mahu membuktikan dia setia dan menghormati pendirian DAP tentang sambutan Hari Valentine ...maka  tahun ini terpaksalah Nasrudin bersilat dan berkuntau mencari jalan untuk menjadikan Hari Valentine halal dan amat digalakkan untuk disambut oleh pasangan yang sedang bercinta.

Setelah puas bersilat dan berkuntau mencari alasan...maka sempena sambutan Valentine's Day tahun ini...terpacul lah kata-kata berikut dari mulut Nasrudin;
"Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama yang telah berada diambang perkahwinan, samada sempena Hari Kekasih (Valentine's Day) ataupun pada hari lebaran yang lain"
Dan nampaknya Nasrudin tidak keseorangan dalam usahanya menghalalkan sambutan Hari Kekasih berkenaan. Nik Aziz yang mahu dirinya dilihat sebagai ulamak yang terbuka dan mesra orang muda (walaupun hakikatnya kerana mahu menunjukkan yang dia juga hormat dan takut kepada DAP dan kasih kepada Khalid Samad) tidak mahu ketinggalan. Maka kenyataan dibawah dikeluarkan pula oleh Nik Aziz;
"Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan."
Cumanya untuk cover line...Nik Aziz buat sedikit ubahsuai dengan mencadangkan agar ianya hanya disambut oleh pasangan yang sah telah menjadi suami isteri.


Kesimpulannya, tidak kiralah apa alasan dan hujah yang digunakan oleh Nasrudin dan Nik Aziz, pada Horas! tindakan PAS yang beriya-iya mahu menghalalkan sambutan Valentine's Day mempunyai dua tujuan. 

Pertama kerana mahu menjaga hati serta mendapat keredhaan DAP, dan yang keduanya disebabkan kerana mereka sudah amat terdesak mahu menarik undi golongan muda.

Inilah cara politik penakut dan jijik PAS.

Tapi jika difikirkan kembali, seperti kata Horas! awal-awal tadi, kita semua tidak perlu merasa pelik atau hairan dengan perangai PAS yang sering berubah-ubah pendiriannya.

Kalau kalimah Allah dan ayat Quran sanggup mereka jual dan putar belit untuk keuntungan politik...apa sangatlah susahnya jika sekadar mahu menghalalkan sambutan Hari Kekasih. Itu semua ada dihujung jari mereka.

Renung-renungkan dan selamat beramaaaallllllll !!!!............

Klik disini untuk membaca artikel Horas! berkenaan Hari Valentine tahun lalu.



4 comments:

Anonymous said...

tunduk, jgn x tunduk. Taat la PAS selamanya pada DAP. Sepatutnya redha ALLAH yg dicari, bkn redha DAP kafir harbi laknatullah.

Anonymous said...

PAS GO TO HELL

Anonymous said...

ALLAH dah balas khutbah N,ajis yg menyeru umat islam tidak menyambut maulidur rasul krn katanya meniru kristian. Skarang dah boleh plak meniru kristian dlm pesta mengumpul anak luar nikah setelah 9bulan 10hari dari tarikh 14 Feb..
Brapa bnyak dah dosa kita krn mengikut agama sesat n.ajis. Lupakan DAP , Abaikan Anwar Ibrahim dan Jauhi N.ajis dan kesesatannya separti.

Anonymous said...

Nik Aziz yg mengaku ulama hina orang Islam tiru Kristian, dlm khutbah Jumaat pulak tu! Perbuatan plg kurang hajar penah aku tengok stkt ini (hrp jgn ada lebih truk lah). Tapi hari ini dia ubah smbutan Hari Valentine jd hari suami isteri, katanya nak sesuaikan dgn Islam???

Samalah mcm dia suruh Tun M letak jwtn. Hari ni dia sendiri gila jwtn, tknk turun2???

Mmg siot. Canelah orng yg menyokong Nik Aziz blh tksub sgt dgn pembohong ni? Jlas2 sesat. Pd akulah, dia nilah yg mengurngkan penguasaan ulama dlm PAS. Pemimpin munafiquun dlm PAS! Semua tertipu dgn 'warak' Nik Aziz. Golongan mcam Ubai.