Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bakal menguatkuasakan larangan wanita Islam bekerja sebagai GRO tahun depan.
PAS Kuantan yang amat terkejut dengan larangan itu tiada pilihan lain. Terpaksalah mereka menyokong apa yang bakal dilaksanakan oleh MPK itu dengan muka yang pahit dan malu-malu alah.
Macam mana tak malu, dulu ketika Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Selangor mahu melaksanakan undang-undang melarang umat Islam bekerja di pusat-pusat hiburan yang menyediakan arak dikawasan mereka, DAP bermati-matian membantah. Baca disini.
Ronnie Liu sampai mengamuk dan beri amaran pada MPSJ agar jangan pandai-pandai nak buat undang-undang macam tu.
PAS Selangor ketika itu langsung tak berani membantah amukan Ronnie Liu. Hanya Hasan Ali yang sedikit berani bersuara dan menyokong apa yang MPSJ nak laksanakan itu.
Dan hasil tentangannya terhadap DAP itu, kini Hasan Ali digugurkan oleh PAS Pusat dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Tempatnya dah digantikan oleh Abd Rani Osman, bekas orang kuat Anwar didalam ABIM...yang sudah pasti akan lebih mesra, akur dan tidak akan melawan DAP.
Di Selangor, semenjak Pakatan Haprak memerintah, sebutlah apa jenis pusat maksiat pun...pasti ada. Dan jumlahnya pulak bukan sedikit.
Jadi tidak mustahil GRO-GRO Islam yang sebelum ini cari makan dipusat-puast hiburan Kuantan akan berpindah secara besar-besaran ke Selangor.
Pindahlah.....kedatangan anda akan disambut dengan hangat dan penuh mesra oleh DAP, PKR dan lebai-lebai PAS. Bertambah makmurlah maksiat di Selangor.
3 comments:
ini buktinya UMNO secara berperingkat-peringkat mempraktikkan hukum dan undang2 Islam.
Bukan macam PAS, yang secara berperingkat-peringkat membelakangkan Islam semenjak berkawan rapat dgn DAP dan PKR. Walaupun sebelum ini perjuangan mereka kononnya berteraskan dan untuk Islam.
hamPAS stakat berdegar2 ckp nak melaksanakan Islam. Hakikatnya satu benda pun depa tak buat apa.
Tahniah MPK. Harap apa yg bakal dilaksanakan oleh MPK akan dicontohi dan diikut oleh PBT2 yg lain.
TAKPEEE...DIORANG LAGI SRONOK..SAMBIL BIKIN MAKSIAT, WALLY SLIPOR KASI PAHALA KEHKEHKEH
Post a Comment