Sunday, July 17, 2011

Kisah Anjing Yang Takut Pada Selipar Buruk Warna Biru.


Gambar hiasan : Diambil dari http://flickrhivemind.net

Pertengahan tahun 90an dulu Horas! pernah tinggal menyewa dengan teman-teman yang sama-sama masih bujang disebuah rumah teres dua tingkat yang terletak didalam sebuah bandar utama di Selangor.

Kawasan perumahan tersebut majoritinya didiami oleh masyarakat keturunan Cina. Ada juga kaum Melayu yang tinggal dikawasan tersebut tapi jumlahnya tidak ramai dan kebanyakannya sudah pun berkeluarga.

Dihadapan rumah Horas! tinggal sepasang suami isteri keturunan Cina yang usianya sekitar pertengahan 50an. Mereka mempunayi dua orang anak yang sudah agak dewasa dan pada masa itu sedang menuntut disebuah kolej swasta. Mereka juga ada memelihara seeokor anjing berwarna hitam.

Dalam seminggu, si suami akan meluangkan masa diantara 2 hingga 3 kali bermain-main, bermesra dan melatih anjingnya. Bermacam-macam arahan yang diberi oleh lelaki berkenaan kepada anjingnya. Sekejap disuruh berdiri, sekejap disuruh duduk, sekejap disuruh bergolek-golek dan entah apa-apa lagi.

Selalunya anjing berkenaan akan menurut saja arahan tuannya. Tapi ada juga masanya anjing itu buat tak tahu dengan apa yang diarahkan oleh tuannya dan hanya tegak berdiri sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

Rakan pembaca sekalian ingin tahu apa yang dilakukan oleh si lelaki berkenaan apabila anjing itu ingkar dengan arahannya? Dia akan mengambil satu selipar buruk berwarna biru dan memukul muncung anjing hitam berkenaan bertalu-talu.

Maka menginking-ngingkinglah anjing yang kesakitan itu berlari lintang pukang dikawasan rumah yang berpagar. Tuannya hanya memerhati. Tidak lama kemudian apabila dipanggil tuannya, dengan pantas anjing itu berlari datang dan duduk dalam keadaan takut-takut dihadapan tuannya. Mungkin dengan tujuan untuk memujuk, kepala anjing berkenaan akan diusap-usap dan ditepuk-tepuk oleh tuannya beberapa kali.

Perbuatan lelaki itu yang memukul muncung anjingnya dengan selipar buruk berwarna biru amat menarik perhatian Horas!. Selalu Horas! terfikir mengapa perlu dipukul muncungnya? Mengapa tidak kepala, badan, kaki atau anggota badannya yang lain. Mengapa hanya selipar berwarna biru itu yang digunakan, sedangkan ada banyak lagi selipar lain dirumah berkenaan.

Suatu hari, dalam satu kesempatan yang baik, Horas! berpeluang bertanya kepada lelaki Cina berkenaan apa sebabnya dia memukul muncung anjing itu dengan selipar semasa melatihnya. Mengapa hanya gunakan selipar berwarna biru itu juga turut Horas! tanyakan.

Pada mulanya lelaki Cina berkenaan agak terkejut kerana tidak menyangka Horas! memerhatikan dirinya ketika dia bermesra dan melatih anjingnya. Tapi kemudian dengan senyum dia menjawab. Dia memukul muncung anjing itu kerana itulah tempat yang paling sensitif kepada anjing. Anjing yang paling degil pun akan patuh dan menurut arahan dan apa yang diajar tuannya kalau dipukul dimuncungnya.

Tentang selipar buruk berwarna biru pula, itu adalah sebagai alat istimewa yang digunakan untuk menakut-nakutkan anjingnya. Anjing itu akan ingat bahawa selipar itu boleh mendatangkan kesakitan kepada muncungnya, dan secara spontan juga anjing itu akan ketakutan kalau nampak tuannya memegang selipar berkenaan.

Satu lagi kelebihannya, jika ada orang yang mahu menceroboh rumahnya, anjing itu tidak akan takut untuk mengkerkahnya, Tunjukkan dan acahlah dengan pisau, parang, pistol atau senapang gajah sekali pun...anjing itu takkan berhenti untuk menyerang kerana yang ditakutinya hanyalah selipar buruk berwarna biru...kah!..kah!...kah!.....

Apa sebenarnya tujuan Horas! menceritakan kisah diatas kerana selalunya Horas! hanya menulis tentang pembohongan, keburukan perangai dan sikap juak-juak Pakatan Haprak serta konco-konco mereka?

Sebenarnya pada Horas! anjing yang dipukul dimuncung itu tidak ubah seperti PAS pada masa ini. Yang sentiasa akur dan taat kepada DAP walaupun sesekali cuba juga tunjuk berani.

Lelaki Cina berkenaan pula ada persamaannya dengan DAP. Manakala selipar buruk bewarna biru pula adalah lambang hubungan dan kerjasama politik yang dijadikan oleh DAP sebagai alat untuk mengawal dan menakut-nakutkan PAS.

DAP akan menggunakan selipar buruk bewarna biru (hubungan dan kerjasama politik) untuk mengugut PAS sekiranya 'parti isle' itu memandai-mandai cuba membuat sesuatu yang tidak digemari oleh DAP.

Contoh yang paling baru ialah apa yang terjadi pada kerajaan PAS Kedah. PAS Kedah bercadang mahu menutup pusat hiburan yang ada di negeri berkenaan sepanjang bulan Ramadan yang akan datang. Perkara itu tidak dipersetujui dan dibantah oleh DAP. 

Memandangkan DAP tidak mempunyai suara yang kuat di Kedah kerana hanya mempunyai satu kerusi DUN, mereka mengugut bahawa tindakan PAS itu boleh menggugat hubungan dan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti. DAP juga mengugut mahu mengkaji semula hubungan dan kerjasama politik mereka dengan PAS.

Dan PAS, apabila diugut sahaja oleh DAP dengan kata-kata mahu mengkaji hubungan dan kerjasama politik (selipar biru) terus ketakutan dan dengan serta merta terus akur dengan kehendak DAP yang mahu pusat hiburan di Kedah terus dibuka walaupun didalam bulan Ramadan.

Bayangkan, walaupun hanya memiliki satu kerusi DUN sahaja di Kedah, tapi DAP boleh dan mampu untuk menentukan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat oleh PAS. Dan PAS walaupun memenangi majoriti kerusi DUN di negeri berkenaan tidak mampu melakukan apa-apa selagi tidak diperkenankan oleh DAP.

Kerana apa DAP boleh menjadi begitu berkuasa sedangkan kerusi DUN yang mereka menangi hanya ada satu?

Jawapannya kerana DAP mengugut dengan menggunakan 'selipar biru' yang amat ditakuti oleh PAS.



5 comments:

Anonymous said...

menarik tulisan bro horas...santai dibaca tp bagi pukulan tahap patah rusuk kat puak khawarij pas. Makin terbukti ketakutan khawarij pas kat dap skrg. Keburukan pas juga makin terserlah sedikit demi sedikit.

Inilah balasan tuhan pada khawarij pas yang melacurkan agama utk politik.

Anonymous said...

Memang dh nampak jelas PAS skrg tak ubah menjadi anjing pd DAP kapir harbi. Malangnya PAS berbangga pulak dgn kedudukannya sebagai anjing tu...adussss...

ISAC said...

Salam bro terimakasih diatas kunjungan.

Blog anda telah dilinkkan dengan blog bumiyang.blogspot.com

Terimakasih

Horas! said...

Bro isac

Terima kasih atas sokongan...

Anonymous said...

assalammualaiku.
hm, semua org ckp pssl dosa dan pahala. ni, korang duk gaduh2 ni x dosa? apepun, pas memg bnyk slh. tp, cre korg duk ckp ni, ish x berkenan. mnta maaf pd yg x stuju. :(