Makin lama Horas! semakin meluat melihat gelagat kebudak-budakan Pemuda PAS. Taring mereka semakin lama semakin tumpul dan kini semakin suka membuat kerja-kerja yang entah apa-apa.
Tak tahulah apa tujuannya, tapi Pemuda PAS Gombak melancarkan sampul raya berwarna kuning. Dibelakang sampul raya tersebut dicetak pula 8 tuntutan Bershit 2.0.
Horas! ingatkan sampul hari raya itu akan diedar dan diagih-agihkan secara percuma, tapi rupanya tidak. 3 bungkus sampul raya itu (Horas! tak pasti berapa jumlah sampul yang ada dalam satu bungkus) dijual dengan harga RM10.
Nampaknya Pemuda PAS Gombak betul-betul istiqamah berjuang dan berdiri dibelakang Ambiga dan DAP. Isu murtad di Selangor yang sepatutnya lebih mereka berikan perhatian dan tumpuan pun tak berapa mereka endahkan.
Isu kanak-kanak Islam yang cuba diselewengkan akidah mereka melalui kelas tuisyen yang diberikan secara percuma pun Pemuda PAS tak berapa nak pandang. Bukankah perkara itu lebih penting dan perlu diberi perhatian serius?
Isu kanak-kanak Islam yang cuba diselewengkan akidah mereka melalui kelas tuisyen yang diberikan secara percuma pun Pemuda PAS tak berapa nak pandang. Bukankah perkara itu lebih penting dan perlu diberi perhatian serius?
Nampaknya yang ada dalam kepala otak mereka siang dan malam adalah bagaimana mahu meralisasikan cita-cita Ambiga dan DAP. Itulah perkara yang maha penting yang mereka fikirkan sekarang.
Bukankah lagi bagus kalau sampul surat itu dibuat mengikut warna bendera PAS sendiri dan dibelakangnya dicetak 8 perkara yang jika tidak diberi perhatian boleh menyebabkan umat Islam menjadi murtad.
Atau boleh juga dicetak dengan 8 perkara yang dijadikan senjata oleh pihak-pihak tertentu untuk menjerat dan seterusnya menyebabkan umat Islam keluar dari agama mereka. Bukankah itu lebih berfaedah?
Setidak-tidaknya nampak juga ikhtiar dan usaha Pemuda PAS yang cuba menyedarkan umat Islam dalam pelbagai cara dan kaedah.
Ini tidak, balik-balik Bersih...Bersih dan Bersih juga yang dihebohkannya. Yang untung bukannya umat Islam...tapi Ambiga dan DAP jugak.
Apalah gunanya bersemangat dan berapi-api bercakap akan mempertahankan kesucian agama dan akidah umat Islam walau dengan darah dan nyawa tapi dalam pada masa yang sama usaha kearah itu langsung tidak dibuat. Itu cakap tak serupa bikin namanya.
Horas! nak lihat nanti, adakah Ambiga dan DAP juga akan sanggup mengeluarkan sampul yang sama seperti Pemuda PAS Gombak buat bila tiba perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.
5 comments:
Rugi jer buat kat sampul raya ni. Budak-budak pasti akan buang lepas keluarkan isinya. Lagi pun buat apa dirosakkan fikiran anak2 yg masih kecil dgn tuntutan tahik tu.
Patutnya PAS cetak tuntutan tu kat jubah, serban, kopiah, tudung dll. Baru boleh tahan lama. Pakai selalu...org ramai pun boleh baca...
baik letak 5 rukun islam... kurang2 nya org ingt jugak.. ni letak rukun2 kafir ambiga buat apa
Sampul tu xde siapa yg nak amik tau nanti. Sudahnya masuk tong sampah lepas isinya dikluarkan. PAS pun bakal masuk tong sampah macam sampul tu. Simbolik tu.
PAS PIS PUS dah nazak politiknya. Bila dah terdesak semua benda nak dipolitikkannya termasuk la hari raya.
Silap-silap nanti kat dinding dan sejadah masjid pun tulis tuntutan bersih...pastu letak gambar ambiga besar2.
ini semua tanda2 Allah dah tutup mata hati golongan sesat lagi menyesatkan ni dalam Pas..apa nak heran...nabi dan imam semuanya ada kat dlm parti tu...isk..isk
Post a Comment