Monday, August 8, 2011

Benarkah Isu MyKad Lebih Merbahaya Dari Isu Murtad?


Persoalan diatas Horas! tujukan pada rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian untuk menilai dan menjawabnya.

Bukan Horas! yang mencipta persoalan itu, tapi ianya lahir dari mulut bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Kata Idris yang kini telah diturunkan jawatan kepada AJK PAS Pusat :-
"isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR". 
"Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini". (sumber haramkahdaily
Patutlah ada kalangan rakan blogger yang pernah mengiktiraf Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan paling bengap yang pernah ada dalam PAS.

Dan Horas! juga sudah faham mengapa PAS Pusat mengambil tindakan menurunkan kedudukan Idris Ahmad daripada menjawat jawatan Ketua Penerangan ke AJK Pusat biasa.

Rupa-rupanya PAS sendiri sudah tidak tahan dengan kenyataan-kenyataan bodoh yang selalu dibuatnya selama ini.

Tapi Idris Ahmad tetap Idris Ahmad. Membuat kenyataan bodoh yang boleh menjahanamkan parti sendiri memang sudah jadi kepakarannya.

Jadi tidak peliklah bila dia menganggap isu MyKad lebih bahaya dari isu murtad.



4 comments:

Anonymous said...

Salah satu bukti PAS telah 'berjaya' berdakwah kepada DAPig...OOPPPSSS!!!!
silap, dakwah DAPig berjaya terhadap PAS.. TANIAH PASpispus mampos....

Anonymous said...

Malaysia negara cikai sape saja boleh jadi rakyat Malaysia, siapa saja boleh rogol Malaysia negara tiada daulat negara tempat penjenayah2 duduk.. huh gua tak bangga lagi jadi rakyat (rakyat ke?) negara kotor ni.

Anonymous said...

Tuan,
Terbukti PAS lebih utamakan kepentingan politik dari kepentingan agama Islam. Seperti sekarang dan terdahulu PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan politik. Sendiri jawab dihadapan ALLAH nanti. Penyokong dan pengundi PAS juga turut terlibat atas sikap toughud PAS. Tetapi keadaan masih belum terlewat jika semua yang telah tersedar akan hipokriknya PAS dalam berpolitik dan beragama. Berdasarkan kepada perkembangan dari dulu hingga sekarang pihak kepimpinan PAS dan penyokong mereka lebih mengutamakan parti dari Islam. Buktinya mereka lebih suka bersembahyang di masjid dan surau yang ditadbir oleh ahli PAS yang dicatkan dengan warna hijau dan ada waktunya bersembahyang di markas PAS sahaja. Fikir-fikirkanlah untuk perpaduan Islam bukan untuk parti.

Horas! said...

Anon 11:47 : Masalahnya PAS selalu perasan mereka kononnya berjaya berdakwah dan mentarbiyah DAP. Penyokong totok sendiri bolehlah mereka tipu.

Anon 12:09 : Kalau kau rasa negara dan kotor sangat dan tak sesuai untuk untuk diri kau yang suci murni tu...apa lagi? Angkat kaki lah. Cari negara lain yang lebih layak dengan kesucian kau tu. Ada tak menambah...tak ada takmeluakkan.

Anon 12:42 : Itulah hakikatnya. Tapi bila kita cakap benda tu pada juak-juak PAS...bersilat dan berkuntau mereka menafikannya.