Saturday, August 27, 2011

Cehhh! Rupanya Bukan Dr Che Rosli Seorang Sahaja Pakar Nuklear Dalam PAS.


Selama ini tidak ramai yang perasan atau tahu bahawa ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat adalah seorang saintis dalam bidang nuklear.

Namanya tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia tampil di TV3 membuat penjelasan dan menerangkan bahawa bahawa kilang Lynas itu selamat dan tidak memberi ancaman kesihatan kepada manusia berdasarkan kepada teknologi yang digunakan serta tahap kualiti keselamatannya.

PAS dan PKR menjadi seperti cacing kepanasan akibat pendedahan yang dibuat itu kerana dalam masa yang sama Dr Rosli turut mendedahkan bahawa Parti Kencing Rakyat telah banyak memanipulasi dan mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan pembinaan kilang tersebut. Dan beliau pula dalam masa yang sama dihalang daripada menjelaskan perkara yang sebenar oleh Penerangan PAS pusat.

Itu cerita panas tiga hari lalu. 

Hari ini, apa yang membuatkan Horas! benar-benar terkejut ialah apabila melihat kemunculan secara tiba-tiba  pakar-pakar nuklear dari dalam PAS. Jumlahnya pula bukan lima atau sepuluh orang, tapi berpuluh-puluh orang. 

Horas! yakin, tidak lama lagi jumlah pakar-pakar nuklear dalam PAS akan bertambah menjadi beratus-ratus orang dan tidak mustahil jumlahnya akan meningkat menjadi beribu-ribu orang pula jika dicampur dengan kemunculan mengejut pakar-pakar nuklear dari PKR.

Mengapa? Tak percaya dengan apa yang Horas! katakan?

Baiklah, kalau rakan-rakan pembaca sekalian tidak percaya dengan  apa yang Horas! katakan, cuba lihat atau jenguk-jenguk laman sesawang, portal-portal sembang maya dan blog-blog yang pro kepada PAS atau Pakatan Haprak. Disitu boleh dilihat betapa ramainya pakar-pakar nuklear dari PAS dan PKR yang membuat kemunculan secara tiba-tiba.

Hujah dan penjelasan mereka dalam membantah, menyangkal dan menafikan apa yang telah dikemukakan oleh Dr Che Rosli hebat-hebat belaka...sambil diselang seli dengan berbakul-bakul sumpah seranah dan maki hamun yang hebatnya juga bertaraf nuklear.

Jangan terkejut kalau terjumpa disitu individu-individu yang mungkin bekerja sebagai pembantu makmal di UPM atau pembantu am di SOCSO tapi memberi komen laksana pakar nuklear yang hasil kajiannya telah diiktiraf diperingkat antarabangsa. 

Kah!...kah!...kah!...kah!...kah...!...kah!...kah!...kah...!kah!...kah!...kah...!..................

Horas!: Sedang tunggu komen beberapa ahli parlimen Pakatan Haprak berkaitan projrk Lynas yang selama ini kita tahu mereka-mereka itu boleh menjadi pakar apa pun dalam sekelip mata.



4 comments:

whiteorange said...

PAS dan PKR memang pakar dalam segala hal !!!

Satu sahaja yang mereka masih belum pakar , jadi Tuan kepada DAP

Anonymous said...

ha..ha.. standard la tu, dalam Pas ramai penglipur lara yg anytime ready tunjuk cerdik walau hakikatnya ilmu cuma sekelumit.

depa bila2 masa boleh jadi pakar apa saja bidang dgn kombinasi pelbagai temberang.

skang depa kepanasan kerana kebenaran dah terbongkar, berbulan-bulan duk menipu orang ramai.. skang ambik, pemimpin sendiri yg tolong bongkar depa puna temberang.

aku said...

salam semua,
biasa lah tu...sekarang la masa sesuai untuk menonjolkan/menglamerkan diri untuk dipilih jadi calon PRU walaupun isu yg dibawa terlalu BODOH..
TQ

Anonymous said...

Aku sokong yang betul ajer yang menguntungkan BANGSA MELAYU yang MENGAGUNGKAN agama ISLAM dan MEMAJUKAN MALAYSIA dengan berpandukan ALQuran dan HADIS.. mana2 tak betul aku tibai jer baik puak2 Kerajaan atau Pembangkang...sebab kat dalam dua2 puak ni ader gak KAFIR HARBI lahanat...