Thursday, August 18, 2011

Inilah Yang Anwar Dan Khalid Samad Mahu...Biar Semakin Mudah Umat Islam Dimurtadkan.

Apa yang didedahkan oleh blogger screwkuat ini benar-benar membuatkan Horas! gerun. Serta merta juga timbul rasa benci yang meluap-meluap kepada Khalid Samad dan partinya PAS, serta Anwar Ibrahim dan partinya PKR.

Merekalah yang amat beriya-iya menyokong penggunaan nama Allah oleh gereja. Belum digunakan pun sudah ramai umat Islam yang keliru dan murtad, apatah lagi jika sudah digunakan.

Itukah yang Khalid Samad dan Anwar Ibrahim mahu? Biar berduyun-duyun umat Islam meninggalkan agama masing-masing?



Pulau Pinang juga menjadi pusat gerakan kristianisasi apabila kes cubaan murtad SAIFUL BAHAYAH ABDUL HAMID yang mendedahkan bahawa sebuah flat kediaman di Batu Maung dijadikan pusat kegiatan kristianisasi yang mensasarkan remaja-remaja Melayu di Pulau Pinang. 

Mereka menjalankan aktiviti di flat tersebut pada setiap hari Khamis dengan kehadiran pada setiap sesi seramai 30 orang. Manakala pada hari Ahad mereka akan dibawa ke gereja. 

Modus operandi kumpulan Kristian ini ialah dengan mensasarkan remaja-remaja Melayu yang mempunyai masalah keluarga dan kesempitan wang. 


Dalam kes SAIFUL BAHAYAH ini, beliau menghadapi masalah kewangan dan telah berkenalan dengan ROSIATIMAH (Melayu murtad) yang telah menyelesaikan masalah tersebut dan memujuk beliau memeluk kristian! 

Kepada mereka yang merasakan Tukang Screw hanya mereka-reka cerita, cubalah kesan atau berjumpa SAIFUL BAHIYAH sendiri yang telah ditempatkan di Pusat Remaja Inabah, Kuala Nerang, Kedah bagi menjalani proses pemulihan. 

Secara kebetulan DAP cukup aktif di Pulau Pinang, dulu, kini dan selamanya. 

Kita juga pernah digemparkan dengan kes remaja Islam bernama KARTINI MOHAMAD ROSLI yang didapati memakai salib pada tahun 2007 yang mengaku telah beberapa kali hadir di sebuah rumah yang dijadikan gereja yang terletak di sebuah taman perumahan di Baling, Kedah (belakang hospital lama). 

Secara kebetulan juga rombongan SUARAM yang diketuai AP Sungai Siput juga dikesan berada di sekitar kawasan tersebut sebelum ditangkap di Pulau Pinang pada bulan Jun 2011. 

Kita juga pernah berasa sangat sakit hati setelah menonton video BENJAMIN STEPHEN menghina Islam dalam sebuah gereja di Sarawak pada tahun lepas. 


Untuk makluman BENJAMIN STEPHEN @ MOHD BADROL NIZAM MOHD REDZO yang berasal dari Kelantan merupakan penuntut di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Jalan Yahya Petra, (kemudian diperbetulkan oleh blogger screwkuat69 sebagai Sek Men Yahya Petra, Kuala Krai) Kelantan, yang telah mula didekati mubaligh kristian sejak tahun 1997 sebelum murtad pada tahun 2001 di Gereja St.Peter, Ipoh. 

Sejak 2006 BENJAMIN telah menyebarkan dakyah kristian sebelum menjadi guru di International School, Kuching. Mungkin kebetulan, Ipoh dan Kuching diwakili AP DAP.

Itu hanya sekelumit kes-kes murtad yang dapat Tukang Screw kongsikan untuk renungan bersama dan diharap dapat direnung-renungkan apakah sumbangan kita dalam menangani isu murtad ini! Timbul persoalan, apa kaitan DAP dalam gerakan kristianisasi ini?

Sumber artikel : screwkuat69 
Gambar: Tranungkite




7 comments:

mualaf said...

saya melalui pengalaman ini sendiri di mana anak saya di masukkan ke icu selama seminggu dan ank saya waktu itu hanya nyawa2 ikan.. pada masa saya dan suami sdang dlm kesedihan terdapat seorrang doktor beragama kristian yg selalu datang bertanya khabar dan menenangkan kami berbanding dgn doktor melayu islam lain yg tidak bertanya khabar kepada kami dan selalu sombong. inilah taktik kristian di mana mereka pandai memenangi hati org yg dlm kesusahan tak kira kewangan mahupun spiritual.. mereka sentiasa berdakwah secara halus tak kira masa dan tempat berbanding dgn org melayu ...

Anonymous said...

Surah Al-Baqarah, Ayat 120
"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Anonymous said...

jangan tulis ikut sedap aje.
apa pun.
pertahanan diri dengan ilmu agama adalah sangat penting.
jangan dok menyalahkan paderi sahaja.
pengisian diri dan mendekatkan diri kepada Allah sangat utama.
ini pendinding kita.

green15 said...

Pulau Pinang tempat terbesar kristian kat Malaysia kah kah kah kah apa la bodoh pencacai ni woi semua org tau kat N.Sembilan la pengerakan kristian terbesar Malaysia/ Asia tenggara. pencacai2 dah la bodoh, sesat, murtad, bangang, dan lain-lain

Anonymous said...

memang dasar pasIAL!!!
Terbuktikan sekarang inikan, kebenaran menggunakan nama ALLAH oleh pasIAL INI TELAH DIGUNAKAN untuk memurtadkan org islam secara halus...
Idea bangsat lagi bengong pasIAL!!!

Horas! said...

Mualaf : Mudah-mudahan anak puan kini sudah sembuh sepenuhnya dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Tindakan doktor beragama kristian itu wajar dipuji. Dia datang bertanya khabar, memberi semangat dan menenangkan puan suami isteri. Walau bagaimanapun itu tidak akan menjadikan agama kristian itu adalah agama yang benar. Anggaplah tindakan doktor beragama kristian itu sebagai perbuatan baik sesama manusia.

Manakala tindak tanduk doktor beragama Islam yang seolah-olah tidak kisah atau ambil tahu itu tidak pula menjadikan agama Islam itu tidak benar. Ini sebenarnya bergantung atas sikap dan budi pekerti individu.

Kadangkala sikap segelintir umat Islam itu memberi gambaran yang buruk tentang Islam. Walhal Islam sesekali tidak pernah mengajar perlakuan seperti yang ditujukkan oleh doktor beragama Islam itu.

Apa-apa pun...Horas! doakan puan sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta dan puan sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Horas! said...

Anon 12:56: Tak ada sesiapa yang menyalahkan pastor-pastor kristian dalam hal ini. Yang disalahkan adalah puak-puak PAS yang mengaku akan memperjuang dan mempertahankan agama Islam, tapi mengambil sikap berdolak dalih dan lepas tangan dalam isu murtad di Selangor. Lebih dari itu...JAIS pula yang PAS hentam cukup-cukup kerana menjalankan tugas merek

Anon 1:03: Horas! anggap kamu masih kecil dan tidak tahu apa-apa sebenarnya. Komen kamu menggambarkannya.