Monday, August 22, 2011

Isu Murtad: Buka Saja Mulut, Pesuruhjaya PAS Selangor Terus Menipu.



Baru-baru ini, Pengerusi MAIS, Dato' Mohd Adzib Isa ada membuat kenyataan bahawa mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS ke atas DUMC, secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Kata Pengerusi MAIS itu lagi, "Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu, terletak di bawah kuasa Sultan Selangor".

"Jais adalah badan bebas, tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan JAIS adalah pelaksana atau badan pentadbiran. Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya MAIS terletak di bawah Sultan Selangor dan JAIS terletak di bawah MAIS".

Kita semua boleh mengagak kepada pihak mana sebenarnya kata-kata itu ingin ditujukan oleh Dato' Mohd Adzib. 

Pesuruhjaya PAS Selangor,  apabila merasa partinya disindir, dengan tergesa-gesa terus membalas kenyataan yang dibuat oleh pengerusi MAIS  berkenaan. Dan yang kelakarnya, dalam usaha terdesaknya membela PAS, dia sempat menipu.

Kata Dr Abdul Rani, "tiada pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu. Dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan JAIS apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor tidak tepat". Sumber: haramkah.net

Alahai Dr Abdul Rani...kalau mahu menipu pun agak-agaklah. Senang-senang saja bercakap tiada pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS itu walhal pemimpin PASlah yang berderet-deret dan berebut-rebut mengambil kesempatan menghentam dan mempertikaikan tidakan JAIS itu tanpa usul periksa dan minta penjelasan terlebih dahulu.

Bila rakyat sudah marah kerana tindakan PAS menghentam JAIS tapi berlebih-lebihan pula membela gereja terlibat barulah pemimpin PAS rasa takut dan kecut perut. Lepas itu baru terhegeh-hegeh nak bertemu dengan JAIS minta penjelasan. Mengapa sebelum hentam dulu tak siasat atau minta penjelasan terlebih dahulu?

Selamba betul Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru ini menipu. Dia buat-buat lupa dan buat-buat tidak nampak dengan kritikan dan hentaman  tanpa usul periksa yang dilemparkan oleh  pemimpin-pemimpin PAS kepada JAIS dulu. Bukan setakat JAIS yang kena, Hasan Ali  pun turut dihentam sekali hanya kerana dia bertindak membela JAIS.

Begitulah perangai PAS, bila sudah terdesak apa pun mereka akan sanggup buat. Kalau perlu menipu, mereka akan menipu. Kalau perlu membelit, mereka akan membelit. 

Kalau perlu menghumbankan perjuangan untuk melakasanakan hukum hudud kedalam longkang, mereka akan humbankan. Kalau perlu mencampak perjuangan untuk mewujudkan negara Islam kedalam tong sampah...pun mereka tidak akan teragak-agak untuk campakkan.

Malah kalau perlu jual kalimah 'ALLAH' pun mereka sanggup asalkan nafsu untuk berkuasa dapat dipenuhi. Apa susah...bila dah tersepit nanti boleh tuding kesepuluh jari yang ada menunjuk dan menyalahkan pihak lain. Habis cerita!...



4 comments:

CIFUT said...

Org suka Rani ni sbb senang dpt MC jer.

Anonymous said...

Baru lagi jadi pesuruhjaya PAS Selangor...dah tunjuk bakat menipu. Kalau dah lama...lagi berlori2lah penipuan yang bakal dia buat. Inilah perangai buruk yg ada pada kebanyakan pemimpin2 PAS.

Anonymous said...

pas betul2 kantoi menangani isu murtad ni. tulah...dulu bkn main pandai kata itu tak betul ini tak betul. skrg bila dah ada kuasa,satu benda pun tak bole buat.

Anonymous said...

itulah kelebihan dia...dari dulu sampai sekarang orang2 PAS di meru pun kena temberangnya. ha..ha..kesian kesian