Zuraida Mak Lampir ketika ini sebenarnya sudah jadi kecut perut dan kalut apabila KDN mengambil keputusan untuk menyamannya. Semuanya berpunca daripada fitnah yang dibuatnya terhadap Kerajaan, KDN dan Jabatan Imigresen mengenai skrip sumpah PATI.
Untuk menegakkan benang basahnya, dua hari yang lalu dalam keadaan berpura-pura dan berlakon tenang, Mak Lampir membuat satu sidang media lagi sekali dan menjelaskan penjelasan kononnya dia tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia menghadapi saman dari KDN.
Hujah yang digunakannya ialah kerajaan tidak boleh menyaman pihak yang mengkritik mereka. Dan itulah yang diulang-ulangnya beberapa kali. Malah didalam sidang media itu, Mak Lampir cuba menggambarkan yang Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmmod Adam adalah seorang yang buta dan tidak faham undang-undang.
Tak mengapalah, mungkin ketika kes saman KDN keatasnya itu dibacarakan dimahkamah nanti, Mak Lampir Puaka ini akan tahu untung nasibnya dan tahu untuk membezakan maksud antara perkataan 'kritik' dan 'fitnah'.
Horas! tidak mahu mengulas isu saman itu lagi. Biarlah masa yang akan menentukannya. Apabila sampai detiknya, kebenaran pasti akan muncul dan Mak Lampir akan tersungkur.
Apa yang Horas! ingin kongsikan dengan rakan-rakan pembaca sekalian tentang sidang media terbaru Mak Lampir itu ialah bagaimana Pengarah Strategi Parti Kencing Rakyat, Rafizi Ramli cuba membantu Mak Lampir memutar belit isu skrip sumpah berkenaan.
Jika dulu Mak Lampir sendiri yang berapi-api mengatakan dokumen tersebut dibuat dan disediakan oleh UMNO/BN (merujuk pada kerajaan pusat), kini secara tiba-tiba pula Rafizi Ramli mengatakan dokumen itu diperolehi dari agen-agen yang terlibat dalam proses pemutihan PATI.
Kata Rafizi, mungkin ada dikalangan ajen yang menyalahgunakan subkontrak pemutihan PATI yang diberikan kepada mereka lalu membuat dokumen berkenaan tanpa pengetahuan KDN. Kononnya perkara itulah yang sebenarnya Parti Kencing Rakyat minta dan mahu kerajaan siasat.
Tambah Rafizi lagi, dengan jumlah agen yang sebegitu banyak dilantik oleh KDN, proses pemutihan PATI berkenaan akan terdedah kepada banyak manipulasi. Salah satunya menurut Rafizi ialah apabila pihak ajen menyalahgunakan proses pemutihan untuk memaksa dan memberi gambaran bahawa ianya adalah untuk proses pilahanraya.
Horas! ingin bertanya kepada Rafizi, mengapa dalam sidang media pertamanya, Mak Lampir langsung tidak menyatakan kemungkinan yang kamu sebutkan itu? Mengapa ketika itu dia begitu yakin mengatakan kerajaan memang terlibat secara langsung dengan kewujudan surat sumpah berkenaan? Malah pada satu peringkat Mak Lampir telah menuduh UMNO/BN atau kerajaan pusat menjual kedaulatan negara semata-mata kerana mahu untuk terus berkuasa. Soal keterlibatan ajen langsung tidak disebut atau disentuh oleh Mak Lampir.
Dulu cakap lain dan sekarang bila bakal berhadapan dengan tindakan saman KDN tukar cakap lain pula.
Disini pun kita semua sudah boleh nampak apa sebenarnya niat dan tujuan Mak Lampir dan Rafizi mengadakan sidang media yang kedua itu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbetulkan kesilapan besar Mak Lampir yang secara terang-terangan telah menuduh dan memfitnah kononnya UMNO/BN dan kerajaan adalah dalang utama kewujudan surat sumpah berkenaan.
Mak Lampir sendiri tahu bahawa dia telah tersalah langkah dan melampaui batas dalam sidang media yang pertama. Jadi dia tampil dalam sidang media yang kedua dengan harapan dapat memperbaiki keadaan yang kini menjadi semakin rumit. Dengan bantuan Rafizi, dia berharap dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa dia sebenarnya hanya mengkritik dan bukannya membuat fitnah kepada KDN.
Bagi melaksanakannya, Mak Lampir perlu mencari pihak lain yang boleh dipersalahkan...dan dalam isu surat sumpah berkenaan dia telah memilih ajen-ajen yang dilantik oleh KDN sebagai kambing hitam.
Yang kelakarnya, dalam sidang yang terdahulu Mak Lampir puaka kata dia ada bukti yang cukup berkaitan dokumen skrip sumpah berkenaan. Tapi dalam sidang media yang kedua, Rafizi pula kata mereka kini sedang kumpulkan bukti.

Sekarang rakan-rakan pembaca sekalian boleh lihat bagaimana mudahnya pemimpin Parti Kencing Rakyat memutar belit lidah dan menyalahkan pihak lain apabila tengkuk mereka sudah tersepit. Sekejap mereka kata begitu...sekejap mereka kata begini pula.
Kalau sebelum ini mereka tuduh kerajaan (melalui KDN dan Jabatan Imigresen) terlibat, kini mereka tuduh pula ianya mungkin terjadi akibat manipulasi yang dilakukan oleh ajen-ajen tertentu.
Kalau sebelum ini mereka tuduh kerajaan (melalui KDN dan Jabatan Imigresen) terlibat, kini mereka tuduh pula ianya mungkin terjadi akibat manipulasi yang dilakukan oleh ajen-ajen tertentu.
Kesimpulannya, apa yang paling penting untuk kita semua ketahui dan ingat ialah...pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak, tidak kira dari DAP, PKR mahupun PAS memang kuat menipu dan membelit. Hari ini mereka boleh cakap lain, esok pula mereka boleh cakap lain...walaupun dalam isu yang sama yang mereka sendiri dedah dan bangkitkan.
Dibawah ini adalah sidang media terbaru Mak Lampir yang Horas! maksudkan.
8 comments:
dah tersepit baru ler nak kelam kabut. lepas tu tuduh pulak agen yg buat. sial betul la depa nih.
Saman jer. Mungkin dokumen tu PKR yg buat sendiri utk keuntungan politik. Tak payahklah nak tuduh ejen2 PATI.
Stakat document cenggitu aku pun bole buat sendiri. Base bodo & penipu punya orang.
Apa yg susahnya, kalu dia dah mengaku salah kita terima, tp dgn satu syarat..kita buat PC kat media minta dia minta maaf secara terang2. Kita buat LIVE telecast dkt satu dunia mengatakan yg dia selama ni menipu akibat telalu byk meneguk air kencing NUAR yg masin2 payau tu dan suruh dia berjanji yg dia xkan buat fitnah lg dan kalu adalagi fitnah yg dia buat maka dia rela disumpah jd Ayam Pencen kena panggang....hehehe
p/s
Ada berani ka??
Akibat asyik mencari kesalahan org.. sekejap je Allah tunjukkan. Bulan Ramadan ni kak, jgn nak memutarbelit je.
tuduh dulu, fitnah dulu, kumpul bukti kemudian. wanita ini bertudung, tp telanjang. kalaupun tamakkan kuasa, dptkan secara halal dan sah la makcik oi! jgn buat propaganda menipu. pahala pakai tudung belum tentu cukup nk cover dosa menipu makcik tu....
akhirnya kantoi juga mak lampir nih. harap KDN segerakan proses saman tuh.
OOOO...nak adil ya..bila org tuduh nuar main jubo kenapa plak tak kata ``we will look into that``!!..bukan semua org bangang la bro..kau takut sebenarnya...tgh main psikologi kan?..macam la aku x tau...piiiiraahhh!!..
Post a Comment