Tuesday, August 2, 2011

Lim Guan Eng Sudah Memeluk Islam?


Heboh betul puak pencacai PAS mempromosi gambar diatas.

Letak diblog dan letak di ruang-ruang forum maya. Lim Guan Eng dipuji sampai langit yang ke tujuh. 

Dalam pada mereka riuh memuja dan memuji Lim Guan Eng, sempat pula mereka mencaci dan mengutuk pemimpin UMNO.

Kata puak pencacai...sampai kiamat pun pemimpin UMNO takkan sanggup buat apa yang Guan Eng buat.

Bila lihat riuh rendahnya puak pencacai PAS memuja muji Guan Eng...mati-mati Horas! ingatkan raja biawak dari Penang itu sudah memeluk Islam.

Tapi jangkaan Horas! jauh tersasar. 

Rupa-rupanya gelagat mereka yang macam nak rak dan riuh rendah memuji Lim Guan Eng bukannya kerana dia sudah memeluk agama Islam.

Mereka macam nak rak memuja dan memuji hanya kerana KM Pulau Pinang yang paling kuat putar alamnya itu sanggup meluang masa merasmikan Pasar Ramadhan Bayan Lepas dan seterusnya menikmati juadah berbuka puasa tanpa menggunakan sudu dan garfu.

Itu saja.

Alahai, Horas! ingatkan apa sangat tadi yang riuh rendahnya.

Mudahnya Lim Guan Eng memperbodohkan pencacai-pencacai dan lebai karat hijau.

Rasmikan pasar Ramadhan, luangkan masa menikmati juadah berbuka...dan yang paling penting gunakan tangan untuk menyuap makanan. Habis cerita. Puak pencacai pun bersorak sorai melihatnya.

Hilang semua najis dan tahi yang pernah dibuat Lim Guan Eng di Pulau Pinang sebelum ini....

Hilang isu orang Melayu diusir sedikit demi sedikit dari Pulau Mutiara....

Hilang isu peniaga-peniaga Melayu yang dianiaya. Hilang isu tanah-tanah Melayu yang dirampas.... 

Hilang isu kampung-kampung tradisi yang dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan kediaman mewah....

Hilang isu warung-warung tempat peniaga Melayu mencari rezeki yang dirobohkan dengan zalim....

Malah hilang juga isu warga-waga emas yang diberi wang bantuan dari sumber judi yang haram......

Pendek kata hilang segala kezaliman dan penganiayaan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang hanya kerana dia merasmikan pasar Ramadhan dan menikmati juadah berbuka puasa dengan tangan.

Mudah bukan?

Cuma sekarang ini Horas! terfikir apakah sebenarnya yang boleh dilihat dari kisah diatas.

Adakah Lim Guan Eng memang seorang yang benar-benar mahir menipu dan hebat berlakon...atau pencacai dan pak lebai karat hijau PAS yang terlalu bebal lagi baghal sehingga amat mudah untuk ditipu hidup-hidup.

Yang mana satu sebenarnya?



5 comments:

Anonymous said...

Yg 2nd bro. Pasal puak tu mmg bebal & amat bengap.

Anonymous said...

Sekurang2nya LGE lebih faham dan menerima Islam kalau mahu dibandingkan dengan pemimpin2 UMNO yang kerjanya menjahamkan Islam dan berkiblatkan Yahudi.

Kepada pemilik blog ini, jangan hanya pandai membuat fitnah. Bertaubatlah sementara nyawa masih dikandung badan.

Horas! said...

Anon 9:55

Patutnya kau suruh pemimpin-pemimpin kau yang sanggup jual agama untuk dapatkan kuasa politik tu dulu bertaubat.

Kau ni contoh terbaik siapa yang Horas! maksudkan dengan bebal lagi baghal tu.

Anonymous said...

bengap jugak mamat yg kata LGE menerima islam..LGE belakon je tu la bodoh...yg sokong yahudi al jubury anuwar day tu..agak2 la kalo nak bodoh pun..

Anonymous said...

siapa pelakon video seks dgn china doll....?? yg tu la agen yahudi...