Apa yang Horas! paparkan ini adalah berita beberapa hari yang lalu. Tapi cukup menarik untuk kita jadikan pengajaran dan tauladan agar perkara yang sama tidak berlaku dinegara yang kita cintai ini.
DUSHANBE - Tindakan Presiden Tajikistan, Imomali Rakhmon mengharamkan remaja Islam daripada bersembahyang di masjid menyebabkan para pemimpin Islam di negara ini menyifatkan arahan itu sebagai 'hadiah kejam' untuk umat Islam di bulan Ramadan.
Rakhmon yang berkuasa sejak tahun 1992 menandatangani rang undang-undang 'tanggungjawab ibu bapa itu' pada Rabu lalu dan berkuat kuasa mulai semalam.
Beliau menyatakan tindakan itu perlu bagi mencegah penyebaran fahaman fundamental agama di negara yang memiliki seramai 7.5 juta orang penduduk dengan 98 peratus daripadanya beragama Islam.
sumber: kosmo
Mustahilkah perkara seperti ini akan berlaku dinegara kita?
Kalau ditanya pada Horas!, Horas! akan jawab ianya tidak mustahil akan berlaku jika ditakdirkan Pakatan Haprak yang sebenarnya dikuasai DAP berkuasa suatu hari nanti.
Kalau ditanya pada Horas!, Horas! akan jawab ianya tidak mustahil akan berlaku jika ditakdirkan Pakatan Haprak yang sebenarnya dikuasai DAP berkuasa suatu hari nanti.
Kita semua tahu matlamat dan cita-cita utama DAP adalah untuk mempunyai kuasa politik yang besar dan seterusnya berkuasa dinegara ini.
Untuk mencapai hasrat itu, perkara utama yang perlu dilakukan oleh DAP ialah memecah belahkan umat Islam yang menjadi majoriti penduduk dinegara ini.
Mereka tahu, selagi orang-orang Melayu tidak dipecah belahkan, selagi itulah hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat tidak akan diperolehi.
Tapi mereka juga sedar mereka tidak akan mampu untuk melaksanakan perkara berkenaan secara bersendirian. Lalu PKR dan PAS mereka pergunakan bagi melaksanakannya.
Habuan yang dijanjikan oleh DAP kepada kedua-dua parti berkenaan jika usaha memecah belahkan Melayu berjaya adalah perkongsian kuasa politik.
Habuan yang dijanjikan oleh DAP kepada kedua-dua parti berkenaan jika usaha memecah belahkan Melayu berjaya adalah perkongsian kuasa politik.
Sementelah kuasa poltik itulah yang telah sekian lama diburu, dikejar dan dicita-citakan oleh PKR dan PAS, maka kedua-duanya tanpa bertangguh bersetuju untuk menjadikan impian DAP itu sebagai satu kenyataan.
Usaha PKR dan PAS pula, walaupun belum lagi mencapai kejayaan seratus peratus, namun ianya sudah mula menampakkan hasil. Umat Melayu dinegara sudah mula bercelaru, berpecah dan bertelagah sesama sendiri.
Kekuatan tunggal Melayu sebagai penduduk majoriti mula lemah.
UMNO cepat dapat menghidu dan melihat musibah yang bakal menimpa jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera. Lalu dengan harapan yang tinggi dan ikhlas demi kebaikan agama serta bangsa, PAS dipelawa untuk bersatu.
Tapi salam persahabatan dan persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO ditolak dengan angkuh dan dipandang jijik oleh PAS. Tidak cukup dengan itu UMNO turut dihina dengan pelbagai cercaan. Begitu kuatnya pengaruh hadiah 'kuasa' yang dijanjikan oleh DAP kepada PAS.
Hasil atas usaha dan kerja keras PKR dan PAS memecah belahkan Melayu kini sudah pun mula dinikmati oleh DAP. Mereka akhirnya mendapat kuasa dibebarapa buah negeri.
Tapi DAP cukup bijak dan berhati-hati. Kecuali di Pulau Pinang, mereka tidak cuba menonjolkan diri atau menunjuk kuasa dinegeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Haprak. Mereka berselindung disebalik PKR dan PAS.
Tapi dalam keadaan berselindung itu, merekalah sebenarnya yang menentukan dasar dan juga menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilaksanakan oleh PKR dan PAS dinegeri-negeri yang mereka kuasai.
Mereka mahu arak dijual dikawasan majoriti Islam...mereka berjaya. Mereka mahu rumah urut, pusat hiburan dan spa yang menyediakan pelacur tumbuh sebanyak-banyaknya...mereka berjaya. Mereka mahu orang Islam terus bekerja dipremis-premis yang menyediakan arak...mereka berjaya.
Ada lagi...
Mereka tidak mahu pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadhan...mereka juga berjaya. Mereka mahu orang Melayu diusir secara perlahan-lahan dari kampung halaman masing-masing...mereka berjaya. Mereka mahu agama lain disebarkan kepada orang Islam...mereka juga berjaya.
Dan mungkin ada banyak lagi kejayaan-kejayaan tersembunyi mereka yang kita semua tidak ketahui.
Adakah PKR dan PAS mampu menghalang apa yang dikehendaki oleh DAP? Nampaknya tidak sama sekali. PKR dan PAS hanya mampu menurut dan akur pada segala kehendak serta kemahuan parti ultra kiasu berkenaan.
Jadi pada penilaian rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP berkuasa dinegara ini hasil perpecahan Melayu nanti, mampukah PAS ataupun PKR menghalang jika DAP mahu perkara yang berlaku di Tajikistan itu dipraktikkan dinegara ini?
Tepuk dada tanya selera. Buatlah penilaian sendiri.
Cuma kita perlu ingat, DAP cukup licik. Selagi boleh memberi keuntungan kepada meraka, walau dengan apa cara sekalipun mereka akan tetap berusaha untuk mencapai dan memperolehinya. Mereka tidak pernah takut untuk mencuba.
2 comments:
Salam Perjuangan,
Artikel Terbaik Bro.. Congrates..
Melayu CinDia
Blogger Gelombang RAKYAT
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/
Terimakasih bro...baru belajar2 menulis. Kalau salah tolong tunjukkan.
Post a Comment