Monday, August 8, 2011

Panas! Benarkah Individu Beragama Islam Paling Ramai Menikmati Makanan Percuma Yang Disediakan Gereja?




Ada sumber (dari tranungkite.net) yang mengatakan beberapa gareja di Kuala Lumpur dan Selangor ada menyediakan dan memberi makanan secara percuma kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Pihak gereja berkenaan tidak mengambil kira siapa yang datang menikmati makanan percuma yang mereka sediakan itu. 

Tapi jika yang datang itu adalah penganut-penganut dari agama yang lain, mereka amat dialu-alukan oleh pihak gereja.

Jangan terkejut kerana yang paling ramai sekali datang untuk makan percuma adalah dari kalangan pengemis dan juga dari kalangan keluarga miskin Melayu yang sudah pastinya beragama Islam.

Mereka akan didekati dan dilayan dengan penuh mesra oleh pihak gereja. Dengan secara perlahan-lahan mereka juga akan didakwah secara halus tentang agama, sembahyang, doa dan nyanyian Kristian.

Antara gereja-gereja yang menyediakan atau menaja makanan percuma untuk diberikan kepada mereka-mereka yang memerlukan mengikut sumber tersebut ialah:-

1. Gereja Bukit Nanas - Makanan tengahari disediakan setiap hari. 

2. Berhampiran Gereja Bukit Nenas - Makanan disediakan pada hari Ahad. Program ini dinamakan "Foods Not Bomb"

3. Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street - Setiap pagi.

4. Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka - Setiap pagi Rabu.

5. Grace Community di Wisma Bunus berdekatan 
Jakan TAR - Setiap petang Ahad.

6. Gereja Kedai Bangsar Utama berdekatan Pejabat Malaysiakini - Setiap hari.

7. Pusat Gereja Bukit Bintang - Setiap malam Khamis.

Sebuah pusat kesihatan Kristian yang berada di Rawang yang memberikan rawatan percuma kepada individu-individu yang layak dan majoriti pesakitnya adalah dikalangan orang-orang Melayu.

Nampaknya kaedah utama yang mereka gunakan untuk mendekati umat Islam adalah melalui pengisian PERUT terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan pengisian DAKWAH.

Jika benar apa yang dikatakan oleh sumber itu, kerajaan kena pandang serius dan siasat perkara ini. 

Jangan hanya bila mereka sampai dah tertarik kepada agama Kristian dan murtad baru kita nak kecoh dan kelam kabut nak ambil pendekatan itu dan ini..

Punca yang menyebabkan mereka jadi begitu wajib dikenal pasti, ditangani serta diatasi.

Nak harapkan PAS jauh panggang dari api. Mereka lebih utamakan undi daripada menjaga akidah umat Islam. Orang Islam nak murtad pun puak PAS tak berapa nak peduli, malah pihak yang cuba menghalang perkara tersebut pulak yang mereka hentam cukup-cukup.

PKR lagilah tak guna. Duit zakat di Selangor dulu pun pernah mereka nak rembat kononnya dicadangkan untuk digunakan oleh bukan Islam yang tak ada kena mengena atau termasuk dalam asnaf.



8 comments:

Anonymous said...

persoalannya sekarang boleh kah dan mampu kah badan-badan Islam memberi/membuat apa yang puak kristain ini lakukan? Islam dan Melayu asyik berpolitik (terutamnya PAS). berceramah siang malam..adalah lagi baik kalau di buat amal yang samam seperti gereja buat. yang lapar diluar sana bukan sahaka Melayu malah Cina & India yang boleh ditarik ke agama Islam. Islam & Melayu PERLU bersatu. Tinggalkan kerja-kerja bodoh dan berpauk-puak...insya'Allah ia NYA masih sayangkan umatnya disini.

Anonymous said...

makan free boleh tapi segala bentuk nyanyian atau ajran Kristian

hendaklah ambil sikap berwaspada dan ditolak ketepi....

Anonymous said...

Saya adalah penyokong dan pengundi setia parti PAS semenjak hampir 20 tahun lalu.

Namun dalam hal dan isu murtad ini, saya lebih redha dan suka untuk meletakkan ketepi kepentingan politik.

Saya juga amat kecewa dengan pendekatan yang digunakan oleh PAS dalam menangani isu percubaan untuk memurtadkan sekumpulan orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Sewajarnya umat Islam yang ada dinegara ini bekerjasama berganding bahu mengatasi apa yang berlaku kini.

Jangan lagi isu murtad ini dipandang dari kacamata dan kepentingan politik.

Wallahu a'lam....

Anonymous said...

Mungkin sebahagian orang melayu yg pergi itu mmg dah murtad, cuma ambil pendekatan selamat cakap pergi "ziarah" ja...

PAS Hasan Ali cakap mungkin benar tapi bila ada raid dr JAIS yg melayu islam ala kristian dah tukat jd melayu islam ala pura pura bila JAIS bual bicara...

saya pun dah faham sgt dlm pejabat saya pun sama gak ada sekor ni, murtad gereja pergi, raya krismas g US, posa tidak kira buang dah islam tu cuma tang ic je maintain, tp ternampak gak dia berani expose sikit bab religion tu christian..ada puak tegar PAS dari kelantan yg keja satu bumbung pun berani gossip dari jauh, dekat tak berani..

Anonymous said...

alaaa.. PAS ngan DAP kan tuan dia. tak kan nak lawan tuan. tuan DAP kan kasik anjing PAS makan.
lagipun kan Wilayah dan Selangor dlm pemerintahan PR.
apa yg nak di pelikkan.

mathijau said...

ok la tu ..harapkan Kerajaan UMNO dan duit zakat ntah kemana peginya.

Anonymous said...

Artikel di atas memang ada kebenaranya..100%.Bukan sekadar menyediakan tetapi pehak gereja juga(bkt nanas)ada menyediakan pakaian2(terpakai kepada yg memerlukan)Pengalaman bersama2 kutu2 rayau atau org2 bergelendangan yg berbangsa melayu mengesahkan perkara ini.
Cuba dekati mereka2 ini yg berada sekitar komplek kotaraya.

Anonymous said...

Bukan kat Indonesia ke gambar ni??Jgn memandai2..

Yg punya laman ni adalah kristian