Monday, August 1, 2011

Sampai Bila Umat Islam Harus Berdepan Dengan Masalah Makanan Dan Minuman Tidak Halal Dinegara Ini?



Itulah yang sering berlegar dikepala Horas! sejak sekian lama. Sejak kebelakangan ini apa yang Horas! lihat, keadaan tidak pernah berubah. Masih lagi macam tu.

Sampai bila umat Islam yang menjadi pengguna terbesar dinegara ini akan terus terkena? Sampai bila umat Islam dinegara ini tanpa sedar telah membasahkan tekak dan mengisi perut mereka dengan minuman dan mekanan yang tidak halal?

Kita bangga negara kita menjadi pusat 'halal hub' untuk produk makanan dan sebagainya, tapi yang sedihnya...dalam masa yang sama umat Islam dinegara ini sering terminum dan termakan produk yang ada DNA babi didalamnya. Apa cerita?

Horas! harap kerajaan memandang serius perkara ini. Jangan biarkan umat Islam terus terkena, terkena dan terkena untuk kesekian kalinya.

Kenakan tindakan undang-undang yang tegas dan keras pada pengusaha-pengusaha makanan dan minuman yang tidak sensitif dengan keperluan umat Islam. Ajar mereka agar menghormati dan mematuhi apa yang halal dan apa yang haram dalam soal makanan dan minuman umat Islam.

Dedahkan nama-nama syarikat atau nama-nama perniagaan yang dengan sengaja didapati membiarkan produk makanan dan minuman mereka mengandungi DNA babi didalam akhbar-akhbar utama. 

Biar mereka rasa penangannya bila umat Islam yang menjadi pengguna terbesar dinegara ini tidak lagi membeli produk mereka.

Untuk mengetahui produk makanan dan minuman tidak halal yang terikini, blogger Taipingmali ada mendedahkannya. Rakan-rakan pembaca boleh klik disini.



3 comments:

Anonymous said...

Bro horas!

Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dah. Tapi nampaknya pengusaha yang kurang ajar ni tak pernah serik.

Harap k'jaan ambik jugak tindakan tegas pada syarikat2 yg ikut suka mak bapak dia jer guna logo halal palsu.

Anonymous said...

Bro..selagi ada Pakatan Rosak yang akan membela apa jua perbuatan salah Cina atau India secara memBABI BUTA, selagi tu lah benda macam ni berlaku.

Zahari al-Kelantani said...

Terima kasih kerana maklumat,,terima kasih