Friday, August 5, 2011

Serbuan JAIS Keatas Gereja Methodist Damansara Utama Didalangi UMNO?



Kalau dalam bab-bab spin dan menuduh tahi yang dia sendiri tinggalkan ditengah jalan itu sebagai tahi orang lain, bagilah pada PAS. Juak-juak PAS memang cukup arif melakukannya. 

Walaupun spin mereka itu nampak bodoh dan mudah dikantoikan, mereka langsung tak peduli. Mereka akan tetap konar baring dengan muka yang selamba. 

Terbaru, juak-juak PAS buat cerita kononnya serbuan yang dilakukan oleh JAIS disebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini dirancang dan didalangi oleh oleh UMNO.

Tujuannya macam biasa dari dulu sampai kiamat, iaitu kerana UMNO ingin memalu dan mengkucar-kacirkan PAS.

Budak tadika PASTI pun boleh mengagak apa sebenarnya tujuan PAS yang secara tiba-tiba mengaitkan UMNO dengan serbuan JAIS keatas gereja berkenaan walaupun Hassan Ali dalam masa yang sama menyokong apa yang dilakukan oleh JAIS itu.

Ianya tidak lain dan tidak bukan berniat untuk mengalih perhatian rakyat (termasuk penyokong PAS sendiri) terhadap kegiatan memurtadkan umat Islam yang kini bergerak secara terancang dan aktif di Selangor.

PAS sebenarnya malu dan tertekan kerana walaupun mereka dapat berkongsi kuasa mentadbir negeri Selangor bersama DAP dan PKR, PAS langsung tidak mampu untuk meletakkan agama Islam ditempat yang sepatutnya. 

Malah semenjak mereka berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR, agama Islam sering diperlekehkan dan langsung tidak dihormati. 

Perkara yang sama tidak pernah berlaku ketika UMNO menerajui pemerintahan di Selangor sebelum ini, walaupun pada masa itu PAS menjerit dan melolong kehulu dan kehilir mengatakan UMNO menjahanamkan Islam dan mesra pada maksiat dan kemungkaran.

Dalam pada masa yang sama, PAS menggambarkan parti merekalah yang paling sempurna dan dijamin bebas daripada melakukan sebarang salah dan silap.

Mereka juga war-warkan kepada rakyat kononnya merekalah yang paling layak menjaga kesucian agama Islam.

Allah SWT Maha Berkuasa atas tiap sesuatu. Kini kita semua ditunjukkan olehNya pihak mana yang sebenarnya menjahanamkan Islam serta tunduk pada maksiat dan kemungkaran yang berlaku.

UMNO bukanlah sebuah parti yang 100% sempurna dan langsung tidak melakukan sebarang kesilapan semasa mentadbir negeri Selangor dahulu. Tapi dalam keadaan tidak sempurna itu, UMNO tidak pernah membiarkan agama Islam di negeri Selangor diperlakukan sebagaimana ianya diperlakukan ketika ini.

Semasa UMNO menerajui pentadbiran di Selangor dulu, tidak pernah arak dibenarkan dijual dikawasan majoriti Islam.

Tidak pernah rumah urut, spa-spa dan pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran dibiarkan tumbuh melata. Gerakan atau aktiviti memurtadkan umat Islam secara terbuka apatah lagi, memang tidak pernah terjadi.

Tapi itu semuanya berlaku secara berleluasa semenjak Pakatan Haprak yang disertai oleh PAS dapat merampas negeri Selangor dari UMNO.

Jadi, jika benarlah tindakan yang diambil oleh JAIS menyerbu gereja berkenaan kerana dipengaruhi oleh UMNO dengan tujuan untuk memalukan dan mengkucar-kacirkan PAS, maka kali ini spin juak-juak PAS benar-benar memalukan dan memakan diri mereka sendiri.

Bayangkan, dalam keadaan UMNO langsung tidak mempunyai kuasa politik dan kuasa pentadbiran di Selangor, UMNO tanpa rasa jemu tetap berusaha walau dengan apa cara sekalipun menjaga kesucian agama Islam dan umatnya daripada diperkotak-katikkan atau dimurtadkan..

Sedangkan dalam waktu yang sama, PAS yang ada kuasa politik dan kuasa dalam pentadbiran hanya duduk mengangkang tanpa melakukan apa-apa bagi membela agama Islam dari dijahanamkan dan umatnya dimurtadkan.. 

Yang mereka tahu hanyalah menurut segala kehendak DAP dan PKR pagi, petang, siang dan malam.

Layakkah PAS menggantikan UMNO jika dalam keadaan mempunyai kuasa pun mereka tidak mampu mempertahankan agama Islam dan umatnya dari diperkotak-katikkan...malah mereka sendiri dianjing-anjingkan oleh DAP dan PKR? 

Sendiri mau ingatlah....

Tepuk dada tanya selera.



4 comments:

Anonymous said...

Ini menunjukkan PAS tiada kualiti untuk memimpin rakyat apatah lagi nak memimpin negara. Kalau beginilah sikap pemimpin PAS, Allah tak akan redha perjuangan anda. PAS bukan berjuang untuk Islam, sebaliknya berjuang kerana nafsu babi dan nafsu anjing.

Anonymous said...

Ungkapan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA itu tepat sekali !

sukutiga said...

Walaupun satu persatu aib & keburukan mereka sudah dibuka oleh Allah. Tapi pemuka2 PAS dan pengikutnya masih angkuh dan menganggap hanya puak mereka yang sempurna & terbaik.

Masih lagi memandang hina dan gemar mencaci sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan mereka.

Anonymous said...

Renung2kan dan selamat beramal...