Tuesday, August 16, 2011

Wow! 'Pejuang' Fisabilillah Tuntut RM10 Juta.



Masih ingat lagi dengan mamat diatas? 

Gambar aksinya cuba membaling sesuatu ketika berlakunya rusuhan Bershit 2.0 tempohari tersiar dimuka depan akhbar Berita Minggu.

Dia diangkat sebagai hero dan pejuang sejati oleh PAS. Dia juga diminta menceritakan pengalamannya itu dipentas-pentas politik oleh juak-juak PAS. 

Ketika mula-mula melihat video dia menceritakan pengalamannya itu, Horas! tersenyum sendirian. Tersenyum kerana nampak sangat dia hanya membaca skrip yang telah disiapkan oleh PAS. 

Sampai terpejam-pejam matannya cuba mengingatkan apa yang perlu dia cakapkan. Berkerut-kerut dahinya memaksa diri menangis. Nampak sangat berpura-puranya. Lihat disini.

Horas! percaya, atas nasihat dan tunjuk ajar PAS jugalah dia mengambil keputusan untuk menyaman Berita Harian sebanyak RM10 juta.

Berikut Horas! petik sedikit apa yang dilaporkan oleh Haramkahdaily tentang saman tersebut.
TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan. 
Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat. 
“Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan,” katanya kepada Harakahdaily.

Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat. 
“Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan. 
“Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat,” ujarnya. 
Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil. 
Pada makhluk bernama Abdul Razak Endot @ Ajak, nak saman...samanlah. Tapi jangan lupa rusuhan Bershit 2.0 yang kamu sertai dulu telah menyusahkan jutaan orang lain.

Jalan jadi sesak. Mereka-mereka yang ada urusan mustahak dan perlu pergi ke Kuala Lumpur terpaksa membatalkan urusan mereka. Peniaga-peniaga dan pemandu teksi yang seagama dan sebangsa dengan kamu juga tak dapat mencari rezeki. 

Dalam ceramah kamu, kamu kata kamu ke Kuala Lumpur berjuang untuk menegakkan kalimah "LAILAHHAILLALLAH", sedangkan ianya tidak benar sama sekali. Janganlah nak menipu. Kamu datang kerana politik dan bukannya kerana agama.

Kamu datang semata-mata kerana mahu memenuhi niat dan hasrat busuk Pakatan Rakyat yang mahu mencemarkan serta memburukkan imej kerajaan dimata dunia. 

Bagaimana kamu kata mahu menegakkan kalimah suci tersebut sedangkan kamu sendiri dipimpin oleh sorang wanita Hindu yang menyokong agenda memurtadkan umat Islam di negara ini?

Oh ya! dibawah ini adalah fitnah Haramkah kepada Umi Hafilda. Mereka siarkan gambar seolah-olah Umi menunjukkan isyarat lucah walhal ianya tidak benar. Baca selanjutnya disini.




2 comments:

Anonymous said...

Pas pukimak!!!

Anonymous said...

Bkn pas yg pukimak, ade 1 bnda dikalangan kita yg cuba mnghancurkn umat islam.. Ingat lg tk sape yg prnh brjnji dgn Allah S. W. T. utk mnyesatkn umat manusia smpi akhirat??