Monday, August 29, 2011

Jika Diikut Bodoh Mat Sabu, Maka Leftenan Adnan Saidi Juga Tidak Boleh Dianggap Sebagai Pejuang Negara.




Horas! benar-benar tidak faham mengapa kini PAS begitu bersungguh-sungguh mahu mengubah fakta sejarah kemerdekaan negara. 

Horas! juga tidak faham mengapa PAS kini begitu bersungguh-sungguh mahu menafikan jasa orang-orang Melayu terdahulu yang sehingga sanggup berkorban nyawa menentang Parti Komunis Malaya daripada terus mengganas dan melakukan kezaliman di Tanah Melayu.

Malah Timbalan Presiden PAS baru-baru ini dengan begitu berani dan tanpa rasa bersalah sedikitpun telah mengiktiraf penganas komunis yang menyembelih, membakar hidup-hidup dan menembak hingga mati sesiapa yang menentang mereka sebagai pejuang kemerdekaan.

Kata Mat Sabu, anggota-anggota polis Melayu yang terkorban ketika pasukan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong dulu tidak layak diiktiraf sebagai pejuang atau hero.

Sebaliknya pengganas komunis yang melakukan serangan dan membunuh anggota polis itulah yang sewajarnya diangkat sebagai pejuang kemerdekaan dan hero sebenar.


Malah Mat Sabu turut mendakwa bahawa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh tersebut adalah pegawai British

Alasan maha bodoh yang digunakan Mat Sabu ialah, anggota-anggota polis yang terkorban itu serta Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bekerja dengan British yang ketika itu menjajah negara ini. Sementara pengganas komunis pula berjuang mengangkat senjata mahu menamatkan penjajahan British.

MasyaAllah...mengapa begitu sekali dangkalnya pemikiran Presiden PAS yang seorang ini?

Jika begitu pandangan Mat Sabu, maka Leftenan Adnan Saidi beserta rakan-rakan dan anggotanya yang berbangsa Melayu, yang terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu dari serangan tentera Jepun dahulu juga tidak layak digelar sebagai pejuang negara kerana mereka bekerja dengan British yang pada ketika itu masih lagi menjajah negara ini. 


Sebaliknya, bala tentera Jepun yang datang menyerang dan mengakibatkan rakyat negara ini hidup dalam keadaan sengsara itulah yang lebih layak diangkat sebagai pejuang sebenar kerana serangan yang mereka lakukan itu adalah untuk menamatkan penguasaan dan penjajahan British di Tanah Melayu pada masa itu.

Begitu juga halnya dengan Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang dianggap oleh Mat Sabu sebagai bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka bekerja sebagai pegawai British.

Ketahuilah wahai Mat Sabu, UMNO tidak mengangkat senjata berjuang menentang penjajahan British kerana pemimpin-pemimpin UMNO melihat dan belajar daripada sejarah perjuangan generasi Melayu sebelum itu.

Horas! yakin, pemimpin UMNO ketika itu tetap menyanjung dan menghargai perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Tok Gajah dan sebagainya, yang telah berjuang sehingga terkorban menentang Brtitish. Tapi berjayakah mereka menumbangkan dan menghalau bangsa penjajah itu balik kenegara asal mereka dan seterusnya menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang merdeka?

Datuk Bahaman @ @ Orang Kaya Semantan

Sejarah itulah yang dipelajari oleh UMNO.

Orang-orang Melayu tidak akan mampu menentang dan menghalau British yang tenteranya lebih terlatih serta mempunyai kelengkapan senjata yang lebih maju. Mampukah keris, pedang, kapak dan tombak mengatasi kekuatan senapang, pistol dan meriam?

Kerana itu UMNO tidak ada pilihan lain selain berjuang mencapai kemerdekaan melalui rundingan demi rundingan. UMNO cuba mengelakkan peperangan yang mungkin boleh meragut ratusan ribu nyawa sedangkan hasilnya belum tentu menjadi.

Akhirnya berkat usaha yang berterusan ditambah dengan sokongan jitu rakyat ketika itu, terutamnya dari kalangan Melayu, kemerdekaan dapat dicapai dan tampuk pemerintahan dapat dikuasi oleh orang-orang Melayu...hanya dengan bersenjatakan rundingan dan tanpa mengorbankan banyak nyawa.

Berlainan dengan Parti Komunis Malaya, mereka juga berjuang untuk menumbangkan British tapi dengan matlamat untuk menguasai dan memerintah negara ini berlandaskan ideologi dan fahaman yang menjadi anutan mereka. 

Pada masa yang sama, dalam usaha mencari sokongan yang lebih luas, mereka menyusup masuk kedalam beberapa kesatuan dan parti politik Melayu. Beberapa pemimpin kesatuan dan parti politik tersebut berjaya mereka pengaruhi agar menggunakan pendekatan yang lebih agresif dalam menuntut kemerdekaan. 

British dapat menghidu perkara tersebut dan akibat daripadanya kesatuan dan parti mereka telah diharamkan oleh British, manakala beberapa pemimpin utamanya turut ditangkap dan dipenjarakan.

UMNO terselamat daripada diharamkan oleh British kerana UMNO bersih daripada pengaruh komunis. Jika wujud pengaruh komunis didalam UMNO pada masa itu, percayalah...British akan turut mengharamkan UMNO dan akan menangkap serta memenjarakan pemimpin-pemimpinnya.

Kerana pengharaman beberapa kesatuan dan parti-parti politik yang mereka sertai itulah yang menyebabkan ada kalangan anak-anak Melayu yang menyertai perjuangan bersenjata komunis. 

Manakala faktor lain adalah disebabkan mereka percaya bahawa kemerdekaan hanya akan dapat dicapai dengan melancarkan perang keatas British dan bukannya melalui kaedah rundingan seperti yang dipraktikkan oleh UMNO ketika itu.

Secara peribadi, pada Horas! niat anak-anak Melayu itu betul tapi cara mereka menyertai komunis itu yang salah. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara.

Anak-anak muda bangsa Melayu itu sebenarnya tertipu apabila menyertai komunis. Dalam keadaan semangat mereka begitu berkobar-kobar menuntut kemerdekaan, ditambah pula kerana terpengaruh dengan cara perjuangan rakyat Indonesia menentang Belanda, PKM berjaya menyakinkan mereka bahawa tiada jalan lain yang boleh digunakan untuk mencapai kemerdekaan melainkan melalui gerakan bersenjata dan perang gerila seperti yang dilakukan PKM.

Mat Indera

Tapi anak-anak muda Melayu itu tidak tahu bahawa niat sebenar PKM menentang British ialah kerana mahu menguasai dan seterusnya menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu. Mereka sesekali tidak akan memberikan hak untuk mentadbir negara ini kepada pejuang-pejuang Melayu yang menyertai mereka.

Jika benar PKM berjuang menentang British semata-mata untuk mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar, mengapa mereka masih melancarkan peperangan menentang kerajaan walaupun selepas negara merdeka pada tahun 1957?

Bukankah penjajahan British sudah berakhir, apa lagi yang mereka mahukan?

Dan sekali lagi jika diikut pemikiran bodoh Mat Sabu, maka anggota tentera dan polis yang terkorban, putus kaki tangan dan terpaksa berkerusi roda seumur hidup kerana menentang pengganas komunis selepas negara merdeka juga tidak boleh dianggap sebagai pejuang negara.

Itulah sikap buruk pemimpin PAS yang seorang ini. Kerana terlampau taksub dan terdesak mahu mendapat undi, terutamnya dari kaum Cina, mereka sanggup mengubah fakta sejarah dan mengangkat pengganas komunis yang majoritinya dianggotai oleh kaum Cina sebagai pejuang sebenar.


Pengorbanan anak-anak Melayu yang sanggup berkorban nyawa demi mengembalikan keamanan kepada negara akibat daripada perbuatan kejam pengganas komunis tidak diiktiraf dan dengan mudah dinafikan oleh Mat Sabu.

Kini, bila ramai pihak yang bangkit dan menyatakan kemarahan diatas kata-katanya itu, Mat Sabu dengan selamba cuba berdolak dalih. Dia bersikap seolah-olah dia tidak pernah bercakap sebegitu walhal ada rakaman video yang membuktikannya.

Nampaknya kecederaan lutut yang dialami oleh Mat Sabu akibat 'dirempuh' oleh Land Rover atau Pajero atau Waja polis ketika demo BERSIH 2.0 dulu benar-benar merosakkan sebelah daripada otak beliau.

Sebelum ini, Horas! pernah menulis tentang gerakan yang telah mula dilakukan oleh PAS untuk membela komunis. Baca disini.

Horas!: Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk semua pejuang-pejuang negara yang telah terkorban kerana mempertahankan negara bertuah ini, walaupun jasa dan pengorbanan mereka dinafi dan diperlekehkan oleh PAS. 





25 comments:

Anonymous said...

klu aku jmpa si sapu ni..aku tepuk dahi dia laju2...bg otak dia b'fungsi blik ckit..hehehe

Anonymous said...

Hidup mat sabu sia sia dari muda sampai tua...di makan sumpah bangsa sendiri ! tiada apa jasa mat sabu pada negara !...kecuali sekian lama sejak dulu..kerja nya menghasut..merekareka cerita..memecah belah bangsa melayu...kerana nafsu dan ego pilitk nya ..!!!

Horas! said...

Anon 11.34: Jangan tepuk didahi kerana otaknya tiada dikawasan itu. Tepuk salah satu dari 2 lututnya.

Anonymous said...

Tahniah pada Mat Sabu atas kenyataan yg bernas dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan banyak undi untuk pakatan rakyat diPRU akan datang.Saya lebih suka Mat Sabu kerana dia telah menyelamat negara dari menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM. Dengan kuasa mulut dan nafsu longkangnya dia telah menjatuhkan Anwar dari menerajui negara Malaysia dan sekarang dia memilih untuk menaikkan populariti UMNO dengan kenyataan yg tak masuk dek akal manusia tapi hanya diterima oleh akal binatang macam Anwar. Apa jua yg membabitkan POLIS dia akan membencinya hingga ke akhir hayatnya. Harap pihak berkuasa dapat gunakan lori Polis yg ada untuk melanggar beliau ini yg sah ada keturunan darah pengkhianat. Akhir kata Mat Sabu ''Berjuanglah demi menegakkan KOMUNIS dan ANWAR IBRAHIM dan tidak ketinggalan kekasih tangkap basahku siNORMAH.

Nam Ron said...

Horas tondi madingin!..Tiada apa salahnya dengan mat sabu..fakta beliau memang tepat.hujah beliau berlandaskan sejarah!..tidak seperti media arus perdana yang memanipulasikan berita..setelah saya mendengar hingga habis ceramah beliau saya dapati fokus sebenar mat sabu adalah kepada seorang melayu bernama Mohamad Indera (Mat Indera). org inilah yang memimpin serangan ke atas rumah pasong bukit kepong pada th. 1950 yang diangkat oleh mat sabu sebagai nasionalis. Oleh kerana mat indera ni menggunakan platfom PKM menyerang balai polis tersebut maka kenyataan tersebut telah disalah tafsir oleh media.Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan mengkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca.Mat Indera inilah org yang mengangkat senjata melawan penjajah british. Adakah onn jaafar atau tunku yang diwar-warkan oleh Umno sebagai nasionalis sedangkan mereka berdua adalah tali barut british yang melawan orang yang melawan british..mereka ini barua british sebenarnya!..nasionalis kepala butuh jenis apa ni!

Anonymous said...

Off topic...melayu sejak Zaman portugis dah Ada guna senjata api...bukan setakat keris Dan lembing...Lela retaka pemuras dll

Horas! said...

Nam Ron: Horas tondi madingin!

Seperti yang Horas! nyatakan, niat anak muda Melayu untuk berjuang menentang penjajah itu betul. Cuma silapnya mereka menyertai PKM yang ideologi dan matlamatnya kita semua tahu. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Jika benar niat PKM berjuang mengangkat senjata hanya semata-mata mahu menentang dan menghalau British dan seterusnya mahu menjadikan Tanah Melayu merdeka, mengapa mereka masih melancarkan perang terhadap kerajaan selepas tahun 1957? Adakah mereka tidak tahu penjajahan British sudah berakhir dan negara sudah merdeka? Adakah anak-anak Melayu tadi tetap menyertai PKM menentang kerajaan selepas negara merdeka? Dan kalau ada, apa sebabnya? sedangkan menurut Nam Ron anak-anak Melayu tadi (contohnya Mat Indera) mengangkat senjata hanya kerana untuk melawan British.

Cuba Nam Ron jawab persoalan itu. Kalau nam Ron dapat menjawabnya dengan fakta (bukan auta)...Horas! rela digelar sebagai malas membaca dan mengkaji atau Melayu yang malas.

Tapi jika Nam Ron tidak mampu menjawabnya dengan fakta, maka Horas! cadangkan agar Nam Ron lebih banyak membaca dan mengkaji bukan sekadar mendengar apa yang Mat Sabu perkatakan.

hangkedee said...

Nam ron. kamu ni melayu komunis atau siam perut hijau.tulis sperti hindu mabuk todi aje!

Anonymous said...

Sakit betul hati aku mendengar cakap Mat Sabu ni. Arwah ayah aku dulu anggota Rejimen Askar Melayu Diraja. Jarang dapat bersama aku & adik beradik pasal kerjanya asyik keluar masuk hutan memerangi komunis. Arwah ayah aku tidaklah sampai terkorban kerana menjalankan tugasnya...tapi dipaha kanannya ada parut bekas tembakan komunis. Dia amat bangga dengan parut itu, kerana baginya itu adalah tanda sumbangannya pada keamanan negara. Lepas ini jangan haraplah PAS akan dapat lagi undi dari kami sekeluarga. Taubat lahummmm...

Anonymous said...

Nice comment...
Mohon link

Horas! said...

Anon 12:35 - silakan

Anonymous said...

Toksah la heran sgt dgn Mat Sabun 3 suku nie...Sekolah pon x tinggi mana, nk cakap pasai sejarah..Agaknya dia x baca kot sejarah yg dulu PKM bunuh org Melayu, ngan baling babi dlm masjid???

Anonymous said...

kalau komunis berjaya tewaskan british dulu rasanya mat sabu pun tak merasa jadi yb...hahaha...ke dia lupa asal parti dia pun dari serpihan umno jugak...

kat sini dah nampak puak pembangkang ni cenderung memberontak padahal ruang untuk perbincangan tanpa menimbulkan huru-hara masih luas terbuka...

Anonymous said...

DIA dah Jadi KERA dan BERUK DAPig lantak pi kat dia jadi BARUA dan pengkhianat, melayu jenis tu, kalau disimpan pun hanya jadi VIRUS pembawa penyakit jer kat BANGSA MELAYU.. dah lah HAMPAS,BANGSAT jadi PELACUR pula kepada AGAMA, BANGSA DAN NEGARA demi nak undi dari bangsa BABI HARAM JADAH DAPig tu. Melayu jenis ni mana tau sejarah. apa yang penting kuasa untuk diri dia dan kroni2 dia ajer yang lain lantak pi.. Bangsa Melayu nak merempat kat tanah air sendiri ker, Agama Islam di hina oleh puak2 kafir LAHANAT ke atau Negara bertuah ni kembali di jajah oleh bangsa MATA SEPET ker.. dia peduli apa!!!! PENGKHIANAT BANGSA AGAMA NEGARA... Insyalaallah satu hari nanti mereka2 ini bakal dikutuk, disumpah seranah, di kencing, Di berakkan oleh anak cucu yang marah dengan tindakan Pengkhianat2 ni...Insyallah bukan semua melayu MUDAH LUPA!!!.. cuma SI PENCACAI ANGKAT NAJIS BARUA DAPig MAT SABUN JER yang selalu lupa sebab tu BABI HARAM JADAH LAHANAT DAPig guna dia dan Pak JANGGOAT yang tak sedar diri tu jadi PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA SENDIRI....FIKIR2 lah!!!

Anonymous said...

Tabik mat sabu kerana mencetuskan ramai org untuk melihat sejarah dari sudut berbeza. Mat Sabu tak pernah kata dia sokong komunis yg dia kata Mat Inder patut dianggap pejuang kerana melawan Inggeris. Rumah pasong di bukit kepong tu adalah tempat British menangkap/memasong org yg melawan British. Jadi benarlah Mat Indera tu pejuang. Mat Indera bukan komunis tapi dilabelkan oleh British sebagai komunis

Anonymous said...

Menurut Sejarawan Ulung Syed Naguib Al A’tas: banyak fakta Sejarah tanah air perlu dipinda serta disusun semula . Antaranya label yg diberi oleh penjajah kpd para pejuang tanah air yg benar-benar berjuang menentang secara berdepan dengan penjajahan. Juga terhadap beberapa peristiwa sebenar yg di tokok tambah atau di kosmetik oleh para pegawai British. Rujuk buku-buku Sejarah mengenainya oleh Syed Naguib Al A’tas dan buku mengenai senarai Tokoh-tokoh Pejuang Johor. Pendedahan berani oleh Mat Sabu mengenai label yg diberi kpd Mat Indera adalah sebagai pengiktirafan ke atas jasa-jasa yg disumbang oleh beliau semasa menentang British. Sayangnya penglibatannya disalah tafsir dan sekaligus dituduh bersekongkol dg kominis. British yg melabel beliau sebagai penderhaka dan kominis Melayu kerana penentangannya. Samalah dg Tok Janggut masih dicatat dlm buku-buku Sejarah sebagai penderhaka bukannya pejuang. Sumbernya boleh digali dan di postmortem semula kerana adiknya sendiri masih ada, serta catatan pengakuan sohih polis yg dibantu oleh Mat Indera , tentang peranan sebenarnya . Lain-lain saksi terdiri dpd bekas murid ustaz Mat Indera. Semua ini boleh diketengahkan dan lebih boleh dipercayai dpd media kepentingan British. Lain-lain yg disebut tu juga pejuang, tapi contoh pejuang sebenarnya ialah Mat Indera krn berdepan secara langsung dg British yg telah disahkan secara rasmi sebagai penjajah.

Muara a said...

Menurut Sejarawan Ulung Syed Naguib Al A’tas: banyak fakta Sejarah tanah air perlu dipinda serta disusun semula . Antaranya label yg diberi oleh penjajah kpd para pejuang tanah air yg benar-benar berjuang menentang secara berdepan dengan penjajahan. Juga terhadap beberapa peristiwa sebenar yg di tokok tambah atau di kosmetik oleh para pegawai British. Rujuk buku-buku Sejarah mengenainya oleh Syed Naguib Al A’tas dan buku mengenai senarai Tokoh-tokoh Pejuang Johor. Pendedahan berani oleh Mat Sabu mengenai label yg diberi kpd Mat Indera adalah sebagai pengiktirafan ke atas jasa-jasa yg disumbang oleh beliau semasa menentang British. Sayangnya penglibatannya disalah tafsir dan sekaligus dituduh bersekongkol dg kominis. British yg melabel beliau sebagai penderhaka dan kominis Melayu kerana penentangannya. Samalah dg Tok Janggut masih dicatat dlm buku-buku Sejarah sebagai penderhaka bukannya pejuang. Sumbernya boleh digali dan di postmortem semula kerana adiknya sendiri masih ada, serta catatan pengakuan sohih polis yg dibantu oleh Mat Indera , tentang peranan sebenarnya . Lain-lain saksi terdiri dpd bekas murid ustaz Mat Indera. Semua ini boleh diketengahkan dan lebih boleh dipercayai dpd media kepentingan British. Lain-lain yg disebut tu juga pejuang, tapi contoh pejuang sebenarnya ialah Mat Indera krn berdepan secara langsung dg British yg telah disahkan secara rasmi sebagai penjajah.

Anonymous said...

horas...tok janggut juga telah membunuh polis melayu di balai polis pasir putih yang bernama latif,adakah tok janggut juga pengganas sbb menentang polis suruhan british?

Horas! said...

Tiada dalam mana2 arkib sejarah negara ini yang mencatatkan Tok Janggut adalah pengganas atau pengkhianat agama dan bangsa kerana tindakannya itu. Begitu juga halnya dengan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Ku Paloh, Dol Said dan lain-lain. Mereka semua diangkat sebagai pahlawan.

Ketika itu memang berlaku penentangan secara besar-besaran orang-orang Melayu terhadap British. Banyak perang terhadap British dilancarkan. Kebanyakannya berpunca daripada perasaan tidak puashati terhadap tekanan, penindasan dan cukai yang dikenakan oleh penjajah.

Dalam hal pembunuhan Latiff, Anon 2.58 mungkin sedikit terkeliru. Latiff bukan seorang anggota polis. Beliau adalah pegawai tadbir pentadbiran Jeram, Pasir Puteh yang telah dilantik oleh British. Beliau berasal dari Singapura. Pendekatan lebih British dari British sendiri, yang beliau gunakan dalam urusan pentadbiran Jeram, Pasir Puteh serta sikap beliau yang bertindak menggantikan raja yang berkuasa didaerah itu menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu.

Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai bermula dan ini yang menyebabkan Tok Janggut enggan membayar cukai dan mula melakukan penentangan serta mengangkat senjata melawan British.

Perjuangan Tok Janggut serta pahlawan-pahlawan Melayu lain yang seangkatan dengan beliau tetap dikenang sehingga kini.

Sekarang giliran Horas! pula bertanya kepada anon 2.58. Pernahkah anon 2.58 dengar mana-mana pihak tidak mengiktiraf dan mempertikai perjuangan Tok Janggut serta tindakannya membunuh latiff yang lebih British dari British itu? Dan samakah perjuangan Tok Janggut dengan perjuangan Mat Indera? Jika anon 2.58 berkata Mat Indera menyertai komunis kerana mahu berjuang memerdekakan negara dari penjajahan British, mengapa pula komunis masih melancarkan peperangan terhadap kerajaan selepas negara kita merdeka?

Anonymous said...

kaji lebih mendalam sejarah kita,baru kita tahu siapa baruah dan siapa perjuang.hak pandagan masing2 jangan ikut rasa binasa.tahu hanya sekelumit cerita masing2 macam pakar sejarah. serah pada mereka yg pakar sejarah.biar mereka yg berdebat isu ini,kita bangsa melayu berpecah kita lemah.cukup2lah ekonomi kita di jajah bangsa bukan melayu.malulah.

Anonymous said...

adakah kita btol2 merdeka...apa itu merdeka..apa itu perjuangan..lihat sekeliling kita..apa yg berlaku..kita masih lg dijajah..

Anonymous said...

mat sabu.. tgk muka pun dah tau bodoh. Sbb tulah Allah x izinkan dia mng. sapa yg dok buat gila lg next term kalah la... dgn izin Allah. Mat sabu ni keyurunan negro kut sbb tu dia x rasa pedih org melayu disembelih dulu..

Anonymous said...

mat sabu.. tgk muka pun dah tau bodoh. Sbb tulah Allah x izinkan dia mng. sapa yg dok buat gila lg next term kalah la... dgn izin Allah. Mat sabu ni keyurunan negro kut sbb tu dia x rasa pedih org melayu disembelih dulu..

Anonymous said...

mat sabu.. tgk muka pun dah tau bodoh. Sbb tulah Allah x izinkan dia mng. sapa yg dok buat gila lg next term kalah la... dgn izin Allah. Mat sabu ni keyurunan negro kut sbb tu dia x rasa pedih org melayu disembelih dulu..

Anonymous said...

mat sabu.. tgk muka pun dah tau bodoh. Sbb tulah Allah x izinkan dia mng. sapa yg dok buat gila lg next term kalah la... dgn izin Allah. Mat sabu ni keyurunan negro kut sbb tu dia x rasa pedih org melayu disembelih dulu..