Monday, April 4, 2011

Senangnya Hadi Awang Cuci Tangan.


Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan tentang pengakuan oleh seorang bekas penyokong fanatik perjuangan PAS  yang pernah memulaukan sembahyang berjemaah yang diimamkan oleh ahli atau pemimpin UMNO kerana menganggap sembahyang tersebut tidak sah.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada kalangan ahli PAS yang menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO adalah tidak sah dan perlu dinikahkan semula selain menjatuhkan hukum bahawa sembelihan orang UMNO sebagai tidak sah untuk dimakan. Klik disini.

Hadi Awang dalam responnya didalam harakah.net sendiri mengakui pernah ada suatu ketika dahulu segelintir pemimpinnya yang mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin UMNO. 

Kata Hadi lagi, "Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Samada mereka menyertai UMNO atau entah kemana". Klik disini. Ewahhh!..senang sungguh presiden PAS ini cuci tangan dan bagi jawapan bodoh yang nak melepaskan tengkuk sendiri. Siap cakap penyokong fanatik PAS yang suka kafir-mengkafir tu dah masuk UMNO lagi.

Patutnya Hadi Awang cakap macam ni, " Kecuali saya, mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Samada menyertai UMNO atau entah kemana". Itu baru betul. Kita semua jangan lupa, Hadi Awang ini adalah antara yang pernah mengkafirkan UMNO melalui amanatnya suatu masa dulu. Apa kata Hadi Awang dalam amanatnya tu:-

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Dan yang berikut ini pulak antara kesan daripada amanat yang telah dibuat oleh Hadi Awang:-

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982.

Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu.Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986). 

Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul? 

Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000). Klik disini.


Betul ke kata Hadi Awang bahawa penyokong-penyokong fanatik PAS yang suka mengkafir dan yang suka mengatakan pernikahan ahli UMNO itu tidak sah semuanya samada tak menyertai UMNO atau entah kemana? Nak tahu betul atau tidak cuba sajalah masuk ke Tranungkite.net.

Ruang forum maya tu adalah sarang dan tempat penyokong-penyokong fanatik PAS yang tua, muda, jantan dan betina aktif mengkafirkan ahli UMNO, mengatakan anak-anak yang ibubapanya penyokong UMNO tidak sah taraf, munafik dan macam-macam lagi fitnah dan kata-kata yang amat menjijikan.


Daripada penyokong sampailah kepada pemimpinya, PAS tetap PAS...selagi boleh menipu, pusing dan konar baring, mereka akan tetap menipu, pusing dan konar baring. Khakkkkkk ptuihhhhhh!



3 comments:

Mr Yezzaa 689 said...

bongok! yg dia jadi wakil rakyat tu atas perlembagaan mana??? x sedar diri....Ustaz md noor deris pernah berkongsi dgn saya, masa peristiwa Memali tu, dorang beli berkilo2 minyak Attar dari Saudi dan dicurahkan setiap masa pada jenazah2 yg dikatakan mati syahid itu utk menutup bau busuk mayat2 tersebut..bukankah org mati syahid itu wangiannya bak syurga....subhanAllah

Anonymous said...

klu x menipu bkn Pas namanya....

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu