Mungkin kerana sudah habis modal untuk menyerang UMNO, kini juak-juak Pakatan Haprak sedang giat pula memfitah dan menuduh UMNO mudah dibeli oleh rakan-rakan pakatannya didalam BN. Mungkin yang mereka maksudkan mudah membeli UMNO itu MCA, Gerakan, MIC atau parti-parti lain yang didominasi oleh bukan Melayu.
Kononnya demi untuk mendapatkan kuasa politik UMNO sanggup melakukan apa sahaja, hatta menggadaikan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghilangkan keyakinan dan menimbulkan rasa benci orang-orang Melayu kepada UMNO.
Yang anehnya, semenjak bila pula "Melayu-Melayu" PAS dan PKR dalam Pakatan Haprak prihatin dengan nasib bangsa sendiri? Pelik bukan? Bagaikan seekor sesumpah...mereka boleh berubah dalam sekelip mata mengikut kepentingan poltik semasa.
Pada juak-juak PKR, bukankah dulu...hanya kerana mahu membodek DAP, pemimpin-pemimpin kamu telah beriya-iya menjerit dan menyalak mahu hak istimewa Melayu dihapuskan? Tidak cukup dengan itu, menggila pula mahu dasar ekonomi yang memberi sedikit kelebihan kepada Melayu dimansuh serta dihapuskan? Malah pada satu tahap mereka sanggup menentang raja-raja Melayu yang selama ini menjadi payung bangsa?
Pada juak-juak PAS pula, bukankah pemimpin-pemimpin kamu sendiri yang mengutuk dan menuduh UMNO assobiyah kerana mengutamakan hak-hak Melayu dalam beberapa hal tertentu? Siapa yang sanggup tergolek dan berguling-guling ditengah jalan memprotes bagi pihak DAP apabila kerajaan Pakatan Haprak tumbang di Perak dan kembali kepada UMNO dan BN?
Di Selangor, bukankah PAS dan PKR yang bersetuju dengan cadangan DAP agar arak dijual dikawasan majoriti Islam dan Melayu? Bukankah PAS dan PKR yang berdiam diri apabila beribu-ribu rumah-rumah urut, spa dan pusat hiburan haram yang boleh menjahanamkan anak bangsa tumbuh subur? Siapa yang tiada harga diri dan mudah dibeli sebenarnya?
Kerana sikap PAS dan PKR lah yang menyebabkan bangsa-bangsa lain berani menghina dan membuat kenyataan-kenyataan yang meluka dan menyakitkan hati orang-orang Melayu. Tapi kini biawak-biawak hidup ini tiba-tiba pula mahu menjadi juara dalam memperjuangkan bangsa, walaupun sebelum ini mereka sendirilah yang paling banyak mempertikai dan menggadai hak-hak Melayu di negara ini?
Jawapannya mudah, kerana biawak-biawak berkaki dua ini sudah tahu, nampak dan dapat merasakan yang orang-orang Melayu, termasuklah yang berada dalam parti mereka sendiri sudah mula muak dan benci dengan cara dan rentak politik PAS dan PKR yang sanggup menjual maruah bangsa semata-mata hanya kerana mahu menjaga hati DAP.
Untuk menyelamatkan keadaan dan mengembalikan semula kepercayaan orang-orang Melayu, maka terpaksalah mereka berlakon dan berpura-pura memperjuangkan hak dan nasib bangsa. Dan tanpa sedikitpun rasa malu, mereka katakan pula UMNO tiada harga diri dan mudah dibeli......kkhhaaakkkkk ppttuuiiihhhhh!
2 comments:
MANA PERGINYA TANAH REZAB MELAYU 50% YANG DIJAMIN OLEH RAJA2 MELAYU?
MANA PERGINYA TANAH REZAB MELAYU 50% YANG DIJAMIN OLEH RAJA2 MELAYU?
Post a Comment