Horas! petik sedikit tentang kisah dia bermimpi bertemu Rasulullah itu sepertimana yang dicatat oleh ustaz berkenaan didalam blognya (g-82.blogspot.com).
Semasa aku menyampaikan kuliah maghrib; membaca kitab Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam, karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi, aku ada mengupas sedikit tentang sirah nabi dan sedikit diselit dengan perjalanan hidup dua tiga orang sahabat-sahabat nabi yang hebat-hebat.
Rupa-rupanya, disebalik kupasanku tentang sirah dan perjalanan hidup sebilangan sahabat nabi itu, telah menyebabkan Pak Subki tersentuh, lalu berbual-bual denganku selepas selesai menunaikan solat isya’ berjemaah; diimamkan oleh aku sendiri.
Dalam perbualan tersebut, beliau bertanya tentang nama-nama tokoh yang aku sebut dalam meriwayatkan kisah Nabi dan para sahabat. Aku hanya menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang aku ada sahaja.
Yang menyentuh perasaanku, apabila beliau menyatakan bahawa baru-baru ini, beliau bermimpi berjumpa dengan Nabi SAW. beliau menyatakan, beliau berjaya melihat wajah dan pakaian Nabi SAW, tetapi tidak dapat mendengar suara Nabi SAW.
Beliau bertanya kepadaku, mengapa selepas bermimpi berjumpa dengan nabi SAW; amalan dan tindak tanduk beliau dirasakan tetap seperti dulu; tidak ada penambahan.
Sambil berseloroh, aku menjawab ”Pak Subki memang orang baik”.
Aku bertanya, apakah amalan Pak Subki sehingga kerinduan Pak Subki kepada rasulullah SAW sehingga Baginda SAW boleh berkunjung tiba dalam mimpi Pak Subki?
Beliau berfikir sejenak, lalu berkata bahawa beliau sekarang sedang menulis Sirah Nabi SAW.Aku mengangguk. Mungkin penulisan beliau itulah yang menyebabkan beliau boleh bermimpi; berjumpa dengan Nabi SAW.
Aku berkata kepada beliau, agar sentiasa berdoa untuk kebaikanku; agar istiqamah dalam perjuangan Islam; istiqamah dalam perjuangan mendaulatkan Islam; tidak putus asa menyatakan kebenaran.
Orang yang pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah dalam cerita diatas ialah Subky Latif.
Pada yang tak perasan siapa Subky Latif ini...dia adalah pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, pada tahun 1978.
Dalam politik pula dia pernah menjadi ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan serta bertanding dalam salah satu PRU menentang mantan PM, Tun Mahathir...tapi tewas bergaya.
Kini dia adalah penulis tetap didalam salah satu kolum dalam lidah rasmi PAS, Harakah.
Berbalik pada cerita diatas, jika benarlah Subky Latif pernah bermimpi bertemu Rasulullah, secara peribadi Horas! berpendapat mimpi tersebut benar-benar tidak memberi manfaat dan kesan kepada beliau.
Mengapa Horas! berkata begitu? Jawapannya ada pada keratan akhbar Harakah dibawah.
Berbalik pada cerita diatas, jika benarlah Subky Latif pernah bermimpi bertemu Rasulullah, secara peribadi Horas! berpendapat mimpi tersebut benar-benar tidak memberi manfaat dan kesan kepada beliau.
Mengapa Horas! berkata begitu? Jawapannya ada pada keratan akhbar Harakah dibawah.
Subky Latif menyayangi Ambiga kerana padanya wanita Hindu berkenaan kononnya adalah pejuang kebebasan rakyat.
Bagaimana pula dengan sisi lain wanita berkenaan? Bukankah dia menyokong dan membela umat Islam yang murtad bahkan dia juga menyokong dan berjuang agar seks bebas diamalkan di negara ini.
Wajarkah wanita Hindu ini disayangi semata-mata kerana dia pejuang kebebasan rakyat sedangkan dalam masa yang sama dia cuba pula membawa kerosakan dan kehancuran kepada agama Islam? Perlu diingat...kehancuran dan kerosakan yang cuba dilakukan Ambiga kepada agama Islam itu bukan kecil-kecil anak kesannya.
Horas! ingin bertanya kepada rakan-rakan pembaca sekalian, Katakanlah Rasulullah SAW masih hidup ketika ini dan baginda pula mengetahui akan sikap melampau Ambiga yang menyokong umat Islam menjadi murtad dan mengamalkan seks bebas serta songsang...adakah baginda akan menyayangi Ambiga?
Fikir-fikirkanlah.
Pada Horas!, apa yang ada dalam kepala Subky Latif ini adalah contoh betapa bercelarunya pemikiran totok-totok PAS.
Mereka akan menyokong dan menyayangi sesiapa atau apa saja asalkan yang disokong itu memihak dan bersetuju dengan mereka. Mereka tidak peduli apa kesannya walau ianya boleh membawa kehancuran pada agama sekalipun
Terang-terang Ambiga sokong kebebasan seks, baik yang mengikut tabie mahupun yang melanggar tabie...dia sayang Ambiga.
Terang-terang Ambiga sokong umat Islam jadi murtad...pun dia tetap sayang.
Terang-terang Ambiga mahu agama lain diberi kedudukan yang setara dan seistimewa agama Islam dinegara ini...sayangnya tetap pada Ambiga.
Pendek kata...walau apa pun yang Ambiga buat hatta sampai kepada tahap menjahanamkan agama Islam sekalipun...mungkin sayangnya pada Ambiga takkan beralih arah.
Subky Latif mungkin membuat kenyataan dia menyayangi Ambiga itu semata-mata atas kepentingan politik. Tapi perlu diingat, tulisannya itu dibaca oleh ramai pengikut-pengikut PAS diluar sana dan mereka mungkin boleh terpengaruh dengannya.
Dan jika semakin ramai juak PAS yang mengaku memperjuangkan Islam menyokong, menghormati dan menyayangi Ambiga tanpa mengambil kira dan menutup mata atas kerosakan yang dibawanya pada agama Islam...tidakkah ini akan menjadikan Ambiga semakin besar kepala?
Subky Latif mungkin membuat kenyataan dia menyayangi Ambiga itu semata-mata atas kepentingan politik. Tapi perlu diingat, tulisannya itu dibaca oleh ramai pengikut-pengikut PAS diluar sana dan mereka mungkin boleh terpengaruh dengannya.
Dan jika semakin ramai juak PAS yang mengaku memperjuangkan Islam menyokong, menghormati dan menyayangi Ambiga tanpa mengambil kira dan menutup mata atas kerosakan yang dibawanya pada agama Islam...tidakkah ini akan menjadikan Ambiga semakin besar kepala?
Aduhai!, mengapalah cara politik PAS semakin menampakkan kebodohan yang melantun-lantun.
14 comments:
PAS dh Gila!!
Bro, kalo dia sendiri dh ngaku takde perubahan dlm tindak tanduk, sikap & perbuatan dia selepas mimpi tu..apa lg yg bole dikata. Mmg sah ler mimpi tu x meninggalkan ape2 kesan yg baik kat diri dia. Itu pasal ler ambiga tetap bertakhta dlm hati dia. p
Nampak muka & baju tapi tak dengar suara Baginda s.a.w?
Kalau tak dengar suara, maknanya Baginda s.a.w tak beri salam pada Pak Subki tu la ye?
Habis macam mana dia boleh confident yang dia nampak tu adalah Baginda s.a.w dan bukan syaitan?
Dia nmpk setan yg menyamar sbg Nabi tu sbnrnya. Kalau betul tu Nabi, xkan x bg salam pd dia. Mmg tertipu la mamat tua bongok ni.
ape punye BONGOK penganut hamPAS ni?? Macam mane blh tau ape yg dilihat dalam mimpi tu Nabi Muhammad?? Hanya lihat rupa tanpa suara, maknanya mimpi tu bukanlah Nabi Muhammad, sebab tidak ada pengakuan 'Nabi' dalam mimpi tersebut... dah tahap merepek mereka ni. Nak mampus dah kot....
Bermimpi bertemu dengan rasulallah saw secara berdepan, jika Rasulallah SAW tak memberi salam kepada si pemimpi itu, i think that a something wrong, mana mungkin Rasulallah SAW bertemu dengan umatnya dengan tidak memberi salam ?. Sedangkan Rasulallah SAW amat menyukai sikap menyampaikan salam bahkan ada dikalangan sahabat Rasulallah berlumba2 untuk memastikan mereka ada orang pertama yang memberi dan menjawab salam Rasulallah SAW...so, subky latif memang pembohong dan penipu ...biasa la jadi wartawan kat akhbar penyammbung lidah setan, sebab tu boleh reka mcm2 ceritera..biasa la.
ini lah yg jd kalau org yg ngaji agama sekerat je...klu hampa ngaji ngan maulana2 ngn ulama2 besar kat luar dr malaysia, most of them mimpi jumpe Nabi SAW, dan seorg ulama mengatakan, bahawasanya klu kite mimpi jumpe nabi, kita tau itu nabi, dan syaitan sama sekali xkn mampu untuk menyerupai nabi, wal hal klu hampa nak tau mufti dari Darul Uloom Zakariya di India pernah mengatakan kepada seorg ulama yang pernah bermimpi jumpe dgn nabi bhw apabila seseorg tu mimpi jumpe nabi, ade dua sbb, sama ade org yg bermimpi itu rindu kpd nabi atau nabi nk bgtau petunjuk yg akan berlaku pd mase akan dtg, hal ini kerana ulama yg bermimpi jumpa nabi itu mengatakan dlm mimpi die, die nmpk nabi xde janggut, pakai blazzer..ulama ini die mimpi pada tahun 1880 an...
aku ni anak Subki, xkn la aku nk tgk korg kutuk dan fitnah bapak aku tanpa bela bapak aku..tp xpe la, da mmg perangai org umno mcm ni, aku terima la hakikat perangai korg mmg mcm ni..btw, aku tau amalan bpk aku hari2 camne..so truskan la korg kutuk..bapak aku pun bahagia ade jugak org mcm korg ats muke bumi ni...byk pahala beliau dpt...
Sahabat2 Nabi SAW biasa bermimpikan Nabi SAW dan ada penerangan daripada Nabi SAW yang syaitan tidak mampu menjelma menyerupai Nabi SAW walaupun di dalam mimpi. Jadi sudah pasti apabila sahabat bermimpi berjumpa nabi SAW mimpi mereka adalah sahih kerana mereka kenal dan pernah melihat pada nabi SAW...Tetapi apabila mereka2 yang tidak pernah berjumpa atau melihat nabi SAW, bagaimana mungkin mereka dapat memastikan yang dilihat di dalam mimpi itu Nabi SAW? Adakah cukup dengan pengakuan org yang dijumpai dlm mimpi bahwa dia nabi? Atau cukup mendengar watak lain dlm mimpi yg sama mengatakan org itu Nabi SAW? Atau mungkin juga cukup merasakan di dalam hati si pemimpi bahawa dia berjumpa nabi SAW? Ulama menggariskan supaya diteliti ciri2 org yang dijumpai dalam mimpi itu adakah konsisten sepertimana yang telah disebut di dalam hadis2 yg begitu banyak mengenai rupa paras dan sifat nabi SAW (boleh baca kitab yg terangkan A-Z mengenai Nabi seperti kitab Shamail Tirmizi dll)...Sekiranya kita mendakwa melihat nabi tetapi dlm keadaan yang tak layak utk baginda seperti tak berjanggut atau berkot dsbnya lebih baik kita beristighfar kerana ulama tawil mimpi selalu menafsirkan mimpi sebegini sebagai sebenarnya menunjukkan keaiban dan kekurangan agama si pemimpi...
Anon 12:29, maka kesimpulannya ialah, samaada subki itu berbohong mengatakan dia bermimpi bertemu nabi atau beliau mempunyai kekurangan dlm agama (mungkin banyak sangat dakwa dakwi yang songsang sebagai wartawan harakah)
Saya pernah mendengar ada ulamak yang sering bermimpi bertemu nabi, tapi keadaan dia dan iman, akhlak dan amalan agamanya sehari-2 diceritakan orang adalah sangat unggul, dan yang paling penting, cintanya kepada rasullullah adalah melebihi cintanya kpd dirinya sendiri sehingga beliau mengamal hampir keseluruhan sunnah baginda, mungkin hanya ada 1-2 orang sahaja sepertinya di dunia hari ini. Jadi logikkah si Subki ni sebahagian dari mereka? yang cintanya kpd Ambiga pulak tu... merapu sungguh,
Benar kata pak subky..ada ke mimpi tu boleh merubah seseorang? Mimpi sesekali xboleh merubah seseorang..yg hanya boleh berubah adalah atas usaha diri sndri..for example korg kne nasihat pastu korg berubah..do you think korang berubah dgn sbb nasihat? Mimpi hanya sekadar mimpi dan xmustahil mimpi tu..dan xsemestinya nk tggu nabi ckap dia tu nabi bru kita nak tau..dan xsemstinya ulama'2 shj yg boleh jumpa..kita hidup di dunia ni semua xmustahil..Allah maha bkuasa..percaya x kalau saya kata api tu xpanas?
korang yang komen kat atas termasuk blogger semua ilmu tinggi2.bajet bagus..kuliah agama pn wallahualam pergi ke x..semayang masjid 5 waktu buat awl waktu ikut sunnah Rasukullah saw di buat kat tpt diazankan pn amal ke x.Rasulullah saw tak pernah sembahyang fardhu di rumah. CERMIN DIRI MASING2..JANGAN MASING2 BAJET BAGUS
Pelik sangat nih MIMPI RASULULLAH TAPI RASULULLAH TAK BERCAKAP ATAU MEMPERKENALKAN DIRINYA JADI BAGAIMANA DIA BOLEH TAHU YANG ITU ADALAH MUHAMMAD S.A.W juga bagaimana yang dia tahu itu adalah rasulullah sedangkan kita kebanyakannya tak pernah lihat wajah nabi muhammad
bg org umngok, kalau sesiapa yg bukan umngok atau be end mimpi jumpa nabi tu tak sah....hanya yg betul ialah mereka sendiri...persoalannya..ada ke org umngok atau be end pernah mimpi jumpa nabi?
Sebut aje Ambiga...maka terbayanglah sayang Subky padanya..
Post a Comment