Sunday, February 26, 2012

PAS Kedah Tenat, Geng Parasit Makin Mengganas.


5 EXCO PAS KEDAH PULAU MESYUARAT KHAS BERSAMA MB

AZIZAN meninggalkan Ibu Pejabat PAS Kedah di Kota Sarang Semut 
selepas mesyuarat khas parti, semalam. 


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan apabila lima ahli EXCO PAS Kedah memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya, kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini.

Mereka yang tidak hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul. Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.

Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang enggan menemui pemberita. 
Akhbar semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.

Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya, berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

“Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang). 

“Selepas empat tahun, saya masih bertahan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam. 

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang didakwa mengosongkan pejabatnya sejak beberapa hari lalu, Azizan berkata: “Saya tidak pernah turun pejabat depa (EXCO).

Phahrolrazi pula berkata, dia bercuti sehingga 1 Mac ini dan belum menerima jemputan majlis pelantikan semula jemaah EXCO Selasa ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan pihak tertentu agar Azizan berundur, satu lagi bukti kepemimpinan pembangkang berdepan masalah.

“Kita akan melihat perkara ini dari jauh, namun ia jelas menunjukkan PAS dalam masalah,” katanya.


Sumber: Berita Harian

Horas! : Pasti parasit di Kedah yang diketuai Syeikh Al-Mahpuz tersenyum riang dengan kejadian ini. Hujung minggu yang indah bisik Mahpuz dalam hati :)




3 comments:

Anonymous said...

Ini mesti pasal konspirasi umno..hehehe

Anonymous said...

Konspirasi UMporNO sejak akhir2 ni

Anonymous said...

Gara2 parasit peliharaan Anwar Israel yg membiak didlm Pas.,Pas kini diambang kehancuran.